♕°KTR 109°♕

669 90 20
                                    

Suasana di istana Empayar Salvorte menjadi sibuk dari sehari ke sehari kerana festival 6 Keluarga Besar akan tiba tak lama lagi.Tidak kurang juga dengan penduduk di ibukota Salvorte.Sibuk membuat persiapan untuk festival musim luruh.

Kesemua 6 Keluarga Besar perlu hadir ke istana sehari sebelum festival berlangsung.Ini adalah untuk memperatkan hubungan antara sesama keluarga besar ini.6 Keluarga Besar sangat penting untuk Empayar Salvorte.

Terlebih lagi keenam enam keluarga ini telah ada sejak Empayar Salvorte dibangunkan dan juga merupakan keluarga tertua di Empayar.Lebih tepatnya 6 Keluarga Besar semacam pillar untuk kejayaan Empayar Salvorte.Satu keluarga runtuh maka hilanglah sayap kemegahan Empayar Salvorte.

Kerana itu Empayar Salvorte terkenal dengan peradaban yang lebih kedepan dari segi sihir,perubatan, militari dan juga akademi.Bahkan ada artefak sihir boleh digunakan oleh rakyat.Itu pula tergantung kualiti.

Saat ini Chloe sedang minum teh dan manisan dengan tenang di balkoni bilik yang Alexia sediakan untuk para tetamu.Sejak dia ketahui tentang pengkhianat beberapa hari yang lalu,dia sudah beritahu rancangan pada Charlos.

Dia ingat Charlos akan menolak sekeras kerasnya sebab ini banyak risiko perlu diambil.Eh tak sangka Charlos malah keluar sisi insane dia pulak masatu.Kenormalan apakah ini?

Mata Chloe teralih ke arah dua orang sedang berjalan berdekatan dengan tempat Schulz tinggal.Dia duduk tingkat kedua jadi boleh lihat dari atas.Chloe sungguh mengenali salah satu dari mereka.

"Hendrix-senpai...." jerit Chloe dengan teruja.Dia melambaikan tangan.Walaupun dia ini jenis berkata kasar dia tetap hormati orang yang lebih tua.Itu kalau layaklah dimata Chloe.

Hendrix memaling ke arah yang memanggil namanya...dia tersenyum lalu membalas lambaian Chloe."Senang bertemu anda,Grand Duchess Muda" ujar Hendrix.

Sepupunya yang bersebelahan Hendrix ternganga kerana Hendrix mengenali Grand Duchess Muda dari Keluarga Schulz.Tapi dia tidak mencelah kerana nanti dianggap tidak sopan.

"Apa yang senpai buat dekat sini" tanya Chloe kehairanan.Bangsawan lain perlu hadir esok untuk festival atau jangan jangan Hendrix juga merupakan salah satu daripada Keluarga Besar.

"Sudah tentu untuk festival esok....oh lupa anda belum tahu...Saya anak ketiga daripada Keluarga Collins.Dimaklumkan ya" jawab Hendrix.

"Oooo....Maknanya senpai daripada Keluarga Collins...Baik baik saya mengingatinya" ujar Chloe.

"Anda tidak perlulah memanggil saya senpai....panggil sahaja Hendrix" ujar Hendrix sambil tersenyum lebar.

"Baiklah....oh ya...itu siapa " tanya Chloe memandang ke arah sepupu Hendrix.Sepertinya dia seumuran dengan Hendrix.

"Saya Ravian sepupunya Hendrix......Hendrix kata dia pakar dalam semua arah jalan istana tapi sebenarnya kami tersesat" jawab Ravian merupakan sepupunya Hendrix.

"Yah memalukan" Hendrix berwajah hampir putus asa.Tidak sangka sepupunya malah memberitahu masalah yang sedang dihadapi mereka.

Dia dan sepupunya jarang menghadiri festival ini.Oleh kerana dipaksa terus oleh keluarga mereka maka terpaksalah.Sebab apa yang mereka berdua ingin hindari adalah perjodohan yang mengerikan.

"Apa mahu ku jadi penunjuk arah...Istana ini sungguh luas untuk seharian berjalan jalan" Chloe melompat daripada balkoni.Dan mendarat dengan selamat di tanah.Chloe menyapu perlahan lahan habuk pasir di gaunnya.

Hendrix dan Ravian ternganga melihat aksi ganas Chloe.Mereka mampu pura pura tidak melihat aksi ini."A-apa tidak apa apa...kami mungkin membuang masa berharga anda" tanya Ravian kerana mana mungkin orang status tinggi mahu dengan yang berstayus rendah.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now