✧°KTR 153°✧

438 56 12
                                    

Chloe berjalan keluar dari gerbang belakang istana.Dengan segera dia menutupi kepalanya dengan mantel.

Dia berjalan sambil melihat-lihat penduduk bekerja keras jual jualan dan membangunkan kembali rumah mereka.Untuk dua tahun kehadapan mungkin cukai dikurangi 5 persen jadi mereka tidak perlu merasakan beban.

Ada seorang lelaki paruh baya tengah angkut beberapa guni beras hampir saja terjatuh dihadapan Chloe.Nasib tangan Chloe cekap menyambut guni yang berat tu.

"Terima kasih,tuan pemurah" ujar lelaki paruh baya dengan sopan.Oleh kerana pakcik ni ingat Chloe merupakan lelaki jadi Chloe menolong pakcik tersebut membawa guni beras tadi.

"Terima kasih ya,tuan" ucap lelaki paruh baya itu sekali lagi.

Chloe hanya menggangguk perlahan.Dan beredar pergi.Topengnya sebagai Nine muncul di wajahnya.Mantelnya turut berubah sebagai hunter kelas S.

Dia menuju ke arah pusat guild hunter yang hanya mempunyai kerosakan sedikit.Pusat untuk guild hunter terletak ditengah-tengah kota Salvorte.

Chloe melihat ada beberapa hunter bantu membantu pekerja binaan dan beberapa penyihir turut serta menolong mereka.Tanpa Chloe lengah dia terus melangkah masuk ke dalam guild.

Dia ke arah kaunter penjagaan terletak di tengah tengah aula guild.Dalamnya seperti kediaman bangsawan.Tentu sahaja ini kerana pusat guild hunter dimiliki Schulz.Hampir seluruh guild hunter di empayar Salvorte merupakan milik Schulz.

Wanita yang menjaga kaunter bingkas berdiri."Perlihatkan token pengenalan hunter anda" tidak kira hunter kelas ataspun akan ikut prosedur masuk

Chloe menyerahkan token hunternya.Wanita itu cek dengan teliti lalu memberikan kembali token Chloe."Tetamu tetamu anda sudah menunggu di tingkat 4...." ujar Wanita itu tersenyum ramah.

"Jangan benarkan sesiapa ke tingkat 4" akhirnya Chloe bersuara.Dia pun menuju ke tangga.

"Baik...cik" jawab wanita itu dengan patuh.

Chloe mempercepatkan langkahnya ke tingkat 4.Sampai sahaja ke tingkat 4, Chloe terus menjentik jari dan barrier terpasang di area itu.

Ada dua sosok berkerudung hitam sedang menunggu di sofa.Mereka berdua terus bangun melihat kedatangan Chloe.

"Duduk" ujar Chloe yang terus duduk di sofa dihadapan mereka.

"Aku minta maaf.... sepatutnya aku ketempat kalian bukan kalian ke tempat ini" kata Chloe sebagai pembuka kata.

"Tidak mengapa.Anda juga sepertinya juga sibuk disini...Kami sudah diberi layanan yang baik " salah satu dari mereka membuka kerudung.

Telinganya runcing dan rambut perak.Wanita elf ini merupakan high elf dan juga seorang tetua elf.Sejarah kuno terdahulu akan diturunkan dari generasi generasi high elf jadi wanita ini telah ketahui identiti Chloe.

"Kami juga menikmati pemandangan kota meskipun masih dalam proses membaikpulih..."

"Maaf atas ketidak selesaan mata kalian dan terima kasih kerana dapat memenuhi undangan ku...erm namamu?" kata Chloe dengan nada ramah.

"Nama saya ialah Alruna...Yang Mulia Achlys"

"Chloe....panggil sahaja Chloe....aku sudah tidak pakai nama itu" ujar Chloe lagi.

Alruna tersenyum kecil kemudian dia menyiku orang yang disebelahnya."Noah!!" ujarnya dalam keadaan berbisik.

Orang disebelah Alruna terus membuka kerudung di atas kepalanya."Ya ya nenek tua...banyak drama pula" balas Noah.

"Apa kamu kata tadi,tuanku?Saya tidak mendengar tadi" tangan Alruna sedang cubit lengan Noah agak kuat.

"T-tidak ada apa apa" jawab Noah terbata bata.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now