♕°KTR 113°♕

674 86 24
                                    

Sementara di Kediaman Schulz,

Dinaile serta Mikaela mencari Cale.Mereka berdua baru pulang daripada Menara Penyihir.Mereka pulang sebentar untuk ambil dokumen penting kerana disuruh.Kemudian mereka terserempak dengan Nio dan Ian.

Nio hampir setinggi bahu Dinaile dan wajahnya juga makin tampan.Rasanya baru beberapa bulan tidak melihat mereka.Yelah setelah pulang akademi,Nio dan Ian sedang latihan khusus tidak boleh diganggu.Jadi tak bertemu pulak mereka.

Ian pula makin tinggi dan tampan...walaupun begitu Ian masih tidak berubah.Dia tetap biasa sahaja walaupun pencapaian dia lebih unggul berbanding mereka berempat.

"Nio apa nampak Tuan Cale" tanya Dinaile.Meskipun Cale Ketua Pelayan tetap sahaja dia hormati yang lebih tua dan berpengalaman itu dengan panggilan 'Tuan'

"Oh...Kak Naile..Aku tidak pasti kak..." ujar Nio

"Kenapa Naile mahu bertemu Tuan Cale...."celah Ian ingin tahu.

"Yah para peneliti di Menara Penyihir menyuruh kami mengambil beberapa dokumen laporan di meja kerja Cik Chloe.Katanya Cik Chloe lupa untuk mengembalikan dokumen tersebut.Dokumen itu tentang pengembangan dagangan artefak apa apalah itu" terang Dinaile.

"Oh begitu..Mari ikut saya" ujar satu suara lelaki paruh baya di belakang.Terkejut mereka berempat.Sejak bila Cale berada di belakang Dinaile.Sungguh mereka belum terbiasa Cale muncul secara tiba-tiba dan ghaib juga secara tiba-tiba.

Dinaile dan Mikaela terus ikuti Cale.Sebelum tu Dinaile melambaikan tangan ke arah mereka berdua dahulu.Cale menjadi pemandu arah ke tempat kerja Chloe.

Sesampai di hadapan pintu sederhana,Cale mengeluarkan token hitam membuatkan pintu itu bercahaya merah malap.Banyak lingkaran sihir terpecah pecahkan lalu hilang sementara.

"Cik Chloe tidak memberi orang lain masuk tanpa seizinnya kecuali hal yang penting seperti kalian sebutkan tadi.Sila masuk dan keluar dengan segera" ujar Cale.

Dinaile dan Mikaela hanya turuti,mereka masuk ke dalam bilik tersebut.Semuanya sederhana sahaja.Ada sofa,ada meja dan juga kerusi tetapi kenapa siap ada 'pengunci' lagi.

Dinaile ke arah meja untuk cari dokumen dokumen tersebut.Mikaela ke arah papan yang banyak tempelan kertas.Map terbentang benua Vofland juga banyak ditandai dan ditulis beberapa point penting.

Nampak sangat Chloe jenis teliti dengan kesemua tempat yang ia jelajahi.Dan ada beberapa gambar seperti bangsawan dipangkahi merah.Sepertinya itu menandakan mereka telah terhapus.

Dinaile sedang sibuk mencari dokumen.Oleh kerana terlalu banyak dokumen di meja jadi dia harus melihat satu persatu.Tiba tiba ada sebuah buku jatuh ke lantai daripada celah dokumen.

Buku itu berwarna biru gelap.Dinaile mengambil buku itu terbuka isinya.Macam jurnal.Fikir Dinaile.

Namun isi buku itu bukan tertulis bahasa 'disini' melainkan bahasa yang ia kenali.Bahasa Spanish,Sepanyol,Mandarin dan lebih banyak adalah bahasa Inggeris.Bukan jurnal tetapi diari.

Meskipun dia tidak kuasai bahasa yang susah setidaknya dia ini paham bagaimana struktur tulisan dan bahasa Inggeris adalah bahasa ibundanya di England.

(Anggap sahaja selama ini kita berbahasa alien😂👍)

Dinaile terbeliak....kerana ada rahsia dalam buku ini yang sepatutnya dia tidak tahu.Dia cepat cepat menutup buku tersebut lalu letakkan di meja dengan dokumen dokumen lain.

Dia ambil dokumen yang diperlukan lalu mengajak Mikaela keluar.Mikaela berasa aneh dengan sikap kakaknya terburu buru tapi dia malas mahu bertanya lanjut.Mereka meminta diri dahulu pada Cale untuk ke Menara Penyihir kembali.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now