♕°KTR 71°♕

757 98 34
                                    

Chloe dan Charlos kembali ke penginapan desa tersebut.Alexia benar benar risau keadaan Chloe sampaikan Chloe harus menadahkan telinga.Luca pula akan menyambung perjalanan setelah dia singgah ke sini.Katanya ada banyak artefak yang harus ia terokai jadi dia perlu menyambung perjalanannya sebagai pengembara.

Sudah pasti Chloe mengucapkan terima kasih pada Luca sebelum ia pergi kerana menolongnya dan juga memuji Luca yang boleh tahan hebatnya.Charlos kata dia penat jadi dia ingin tidur di biliknya.

Charlos menutup pintunya perlahan-perlahan lalu duduk di birai katil.Dia berfikir sejenak.Nasib Chloe tidak mencurigainya yang dia sedang berfikir persoalan yang muncul di benak fikirannya.

Sebelum tu dia mengaktifkan sihir pengedap suara supaya tidak mendengar suaranya di luar.

"Beruntung ya...." gumam Charlos sambil tersenyum menyeringai.Dibenaknya terfikir apa yang Putera Arslan katakan pada ia...

Tiba tiba Charlos tertawa keras plus insane.... sehingga dia terbaring di katil.Dia pun berhenti ketawa."Lucu sekali perkataan itu.....yah... sememangnya beruntung..." ujar Charlos menutup wajah nya dengan salah satu lengannya.

Namun entah kenapa dia tiba tiba teringat kan sesuatu.Lahir di keluarga yang kuat dan harmoni.Konflik yang tidak terlalu berat.Dipandang tinggi oleh penduduk kota.Terlalu mudah mendapatkan guru sihir.Padahal si Asterope seorang neutral.Terlahir dengan mana yang tinggi.Bahkan ada jiwa beast kontrak dan telepati semula jadi tanpa mana.

Bukankah itu terlalu beruntung.Charlos makin curiga.Dia bagaikan mencantumkan semacam puzzle di fikirannya.Kemudian memori lama muncul satu persatu di benak fikiran Charlos.

Dibuang ibu bapa sampaikan dia dan Chloe tidk tahu siapa ibu bapa mereka,dihina oleh masyarakat,bertahan hidup di dunia kejam,dieksperimen, dipermainkan oleh yang mereka percayai, dipandang remeh,dan di didik menjadi mesin pembunuh serta dikhianati yang dinamakan 'sahabat'.

Mana mungkin Charlos melupakan semua memori itu.Bila Charlos memikirkan kembali... seperti ada yang mengatur hidup mereka.Namun ia tidak pasti kehidupan yang dahulu sama ada diaturkan sengaja ataupun tidak.

"Hah kerana itulah aku tidak terlalu menyukai puzzle yang banyak...." gumam Charlos.Di sudah malas memikirkan yang berliku-liku.Sakit pale otak je.

Siapa pun yang atur kehidupan dia dan Chloe....dia tidak kisah.Asalkan adiknya bahagia dan senyuman hangat dari adiknya dapat dipertahankan.Dia tidak mahu adiknya kecewa dan putus asa sekali lagi.

Charlos seorang abang yang akan buat apa sahaja demi adiknya bahagia.Bahkan nyawa pun dia sanggup jadikan sebagai taruhan.Dia memikirkan itu sehingga terlelap di atas katil.

Beberapa hari kemudian,

Setelah Chloe benar benar sihat dan segar bugar,Arthur mengatakan untuk pulang secepat mungkin ke Empayar Salvorte.Nak buat apa lama lama kat negeri orang.Satu lagi kerja Arthur sebagai raja di kota Schulz juga diabaikan pasti banjir dokumen.

Sebelum mereka berangkat,Chloe memutuskan untuk menyapa Emperor baru yang telah ditabalkan beberapa hari yang lalu.Sesuai ekspetasi Chloe, emperor baru seorang ketua yang boleh memimpin empayar ini dengan damai dan aman.

Jadi Chloe tidak perlu bimbang keadaan disana.Mereka disambut dengan ramah oleh Emperor baru tersebut.Setelah saling menyapa,mereka pun pulang ke Empayar Salvorte.

Dalam perjalanan,

Chloe duduk di tepi tingkap hanya diam menikmati pemandangan di luar.Yang lain semua tengah merenung Chloe dengan tajam termasuklah Charlos.

Chloe sekarang berada dalam situasi keluarga overprotective.Membuatkan Chloe agak berpeluh nak pandang mata mereka semua.

'Aku tahu aku cantik....tapi janganlah tenung lama lama...malu kiterss...' Chloe cuba nak hiburkan diri melalui batin sambil tersenyum namun makin lama pandangan mereka makin tajam.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now