♕°KTR 72°♕

761 90 28
                                    

"Oh ya Loe,Arl..Papa lupa nak beritahu.....papa ada bertemu dengan Master Guild Hunter sebelum papa berjumpa dengan kalian berdua." ayat Arthur bergantung disitu.

"Master Guild Hunter kenapa bersusah payah bertemu uncle" celah Alexia.Dia hairan.Master Guild Hunter cabang di Schulz yang selalu mengelak kan diri daripada bertemu bangsawan.Tapi master tu akan tertarik dengan bangsawan yang dapat beri untung pada guildnya.

Seperti Chloe dan Charlos,master tersebut sudah mengetahui latar belakang mereka berdua jadi master tersebut sangat menghormati orang yang berasal dari keluarga Schulz.

"Dia memintaku untuk 'Zero' dan 'Nine'....mengawali puteri tunggal Duke Helio yang ingin belajar di akademi kerajaan.Oleh kerana Zero dan Nine sangat sesuai menjadi pengawal untuk puteri duke tersebut.Bermakna Loe dan Arl seumuran dengan kalian." terang Arthur panjang lebar sambil menghela nafas berat.

"Jadi apa yang papa cakap pada master tu" tanya Chloe.

"Pada mulanya papa tidak bersetuju.Namun papa telah ubah fikiran...meskipun papa tidak terlalu suka bersosial namun demi masa depan kalian harus bersosial dengan bangsawan sekeliling...

oleh kerana itu kalian harus bersekolah di akademi kerajaan...sambil tu perhatikan Riky...papa pening banyak sangat aduan tentangnya." jawab Arthur sambil memicit-micit kepalanya.

'dah agak dah agak....masalah baru~timbul.Bilalah boleh bermalas malasan di bilik..Hidup aman sentosa' batin Charlos dengan rasa kesal.

'Kukira pedang aku dapat diasah lagi tajam...Setakat kawal seorang ja senang petik jari.' batin Chloe.

'Lagipula....wilayah Duke Helio bukankah di perbatasan hutan yang dipenuhi monster tambahan lagi cuaca disana sering bersalji.Memang banyak khabar angin tentang puteri Duke Helio yang kudengar dari Kak Alexia.' lanjut batin Chloe.

"Kalau kalian tidak setuju,Papa akan batalkan permintaan misi itu.... sekiranya kalian tidak menyetujui misi itu,hukuman untuk kalian akan berjalan." ujar Arthur sambil tersenyum menyeringai.

" ujar Arthur sambil tersenyum menyeringai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Okeyh....aku tarik balik kata kataku....lebih baik bersekolah berbanding tinggal di kediaman menerima hukuman' Charlos macam terpaksa memilih pilihan ia tak sukai.

'Senyuman papa boleh mencuci mataku....haishhhhh...Chloe itu papa kau...duda anak empat kot...kalau wanita ular pasti tergila gilakan papaku terlajak hensem....jap cam lari dari tajuk je...ah lantak lah janji bahagia' batin Chloe tak pernah rilek.Sempat lai kau fikir pasal tu.

"Baiklah papa....Loe dan Arl setuju dengan permintaan master guild....loe juga nak cuba berkawan dengan Puteri Helio..." kata Chloe dengan bersemangat.Arthur menggangguk faham.Dia akan terima apa apa keputusan anak anaknya dengan tangan terbuka.Chloe juga akan perhatikan si Ericc nanti.Senang kerjanya.

'Woi bambang....sejak bile aku setuju' ujar Charlos melalui telepati.

'Wahai abangku tercinta lagikan hensem terlajak....adakah kau mahu dihukum....tak kan...mestilah kena pilih pilihan yang bernas...' jawab Chloe.

'Tapi.....'

'Shhhhh dengar ya abang yang kusayangi.....aku mahu mengimbas kembali kehidupan zaman persekolahan kita dulu.Ironik bukan....Ahahaha'

'Hah....ikut kau lah....tapi jangan sampai kejadian itu kembali berulang pula.' nasihat Charlos pada Chloe.Chloe pon menukar topik .Dia memberi laporan semua kejadian yang ia lalui selama berada di Empayar Mawlence.

Disebabkan lambat lagi sampai,Chloe sampai terlelap.Walaupun sudah menggunakan gerbang teleport tetap sahaja nak sampai ke Empayar Salvorte memakan masa juga.Tambahan lagi pasukan arthur terlebih dahulu bergerak jadi itu memperlambatkan sedikit kereta kuda yang diduduki oleh mereka.

Skip

Apabila malam menjelma barulah tiba di kediaman Schulz.Hanya Chloe dan Charlos keluar dari kereta tersebut.Cale berserta Iris dan Mary setia menyambut mereka.

"Selamat pulang,Cik muda dan tuan muda...apa perjalanan anda berdua melelahkan" tanya Cale.Chloe menguap beberapa kali sambil menggangguk kecil.

Yelah setelah hantar ayahnya dan Alexia serta Edward ke istana untuk melaporkan hal yang terjadi pada Emperor,dia terlalu excited bersama Charlos yang menunjukkan sebuah beg dipenuhi racun dan material chimera yang berguna untuk lakukan eksperimen.Dia jadi bersemangat sampaikan Charlos perlulah menadahkan telinga mendengar hobi insane Chloe.

Cale terus mengerti dan mengarahkan Iris dan Mary mengiringi Chloe ke bilik."Tuan muda...dimanakah Tuan Grand Duke dan Tuan Edward" tanya Cale kerana dia tidak nampak batang hidung Arthur serta Edward.Takkan kena tinggal kot.

"Papa dan Eddy menghantar Kak Alexia sehingga ke istana Salvorte...sekaligus melaporkan laporan penting pada Yang Mulia Emperor.Esok mungkin pulang" jawab Charlos.Cale menggangguk mengerti.

"Jadi anak anak kecil tu bagaimana....apa mereka sudah berkembang pesat semasa ketiadaan kami" tanya Charlos.Sambil berjalan menuju ke biliknya.Diikuti Cale sekali yang perlu memberi serba sedikit laporan.

"Itu anda dan cik Chloe perlu melihat mereka sendiri.Sejak kebelakangan ini,Tuan Mikaela dan Tuan Ian agak murung kerana pertarungan dengan Tuan Ericc...mereka kalah dalam pertarungan meski tuan Ericc tidak menggunakan sihir" ujar Cale.

Mengapa Charlos memanggil mereka anak kecil? Kerana di mata Charlos,mereka baru mengenali dunia meskipun dah besar panjang.

"Anak anak kecil bertarung dengan Riky-nii?!" Kening Charlos terjongket.Bukan apa dia sendiri tak boleh nak kalahkan si Ericc yang mirip dengan Chloe.Sah sah mereka akan murung kerana usaha keras mereka selama ini bahkan tidak dapat kalahkan hanya seorang dari anggota Schulz yang tanpa menggunakan sihir.

Dari segi stamina dan pertarungan jarak dekat,Chloe dan Ericc sangat seimbang.Sebab tu Chloe suka berduel dengan Ericc.Ericc pula jenis suka mengalah dengan Chloe padahal boleh seimbang.Kalau dengan orang lain langsung tak berikan celah untuk menang.

"Tuan Ericc yang mencabar mereka terlebih dahulu ....dia melepaskan kegeraman pada Tuan Edward." ujar Cale lagi dengan jujur.

Disitu Charlos dapat bayangkan betapa susahnya nak jaga Ericc yang kekanak kanakan itu.Dia rasa dia yang paling matang dan normal dalam keluarga ini.

"Nanti aku suruh Chloe pujuk Riky-nii.....aku mahu berehat...esok pula kau beri laporan" kata Charlos yang sudah sampai ke biliknya.Lalu masuk tanpa melihat wajah orang tua tersebut.

Cale tersenyum kecil melihat tingkah matang Charlos.Walau bagaimana pun,baginya semua anak Arthur masih manja dan kekanak kanakan.

Malam purnama itu sebegini sejuk mata memandang.Jadi Cale ingin berada di luar untuk sementara waktu sebelum kembali melakukan tugasnya.

.
.
.
Tbc...

Sorry gais....nis jarang up...sebab idea bermain main dengan nis....so tahu tahu lah camne....cerita ini merapu macam biasa harap maklum...kalau ada typo itu dah kebiasaan...

Bye Assalamualaikum....

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now