♕°KTR 148°♕

447 60 8
                                    

Chloe sampai ke tempat pertarungan tadi.Dia melihat hanya 'mereka' sahaja yang bertarung dan yang lain hanya....

Memerhati?

Dengan hanya beberapa detik Chloe telah muncul di belakang ketiga tiga lelaki yang sedang asyik menonton pertarungan free.

"Bawahan Lilith agak mengerikan bukan?" komen Keres.

Charlos dan Vex sekadar menggangguk perlahan kerana mereka merasakan ada aura Chloe dibelakang jadi diorang tidak komen apa apa.

"Tuan dan bawahan sama sama mengerikan....tetapi mereka terlalu lemah...haish tak patut patut" Keres ni belum sedar Chloe mendengar semuanya.

"Lemah ya? Lalu kenapa kau tidak turun tangan" tanya Chloe.

"Bukan nak berlagak tapi kekuatan ku ini terlalu baha- Llllllilithhhhh se-sejak bila kau ada kat sini" Keres terkaku jap melihat Chloe santai sahaja bersebelahan nya.

Mampus

Chloe tersenyum menyeringai. "Keres mahu lihat perkembangan ku tidak" nadanya agak menakutkan.

Keres terus memandang ke arah Vex dan Charlos tapi mereka malah mengelak dan tidak peduli padanya.

Belum sempat Keres mengatakan apa apa.

"KALIAN SEMUA MUNDUR!!!" jerit Chloe.Bawahan Chloe yang sedang melawan monster tersebut terus mundur dan melihat ke arah ratu mereka.

Chloe menciptakan seribu pedang dengan elemen ais kegelapan nya. Dan juga seribu pedang api unggu.

"Tembak" dengan tatapan dingin Chloe melihat monster tersebut.

Monster itu kuat namun serangan secara berterusan membuatkannya tidak boleh memulihkan diri dan terkena serangan yang sangat brutal.

Chloe tahu serangan tadi bukan mematikan jadi bayangan dari tapak kakinya keluar membentukkan sekuntum bunga mawar gergasi.Duri duri mawar dengan cepat menjalar lalu melilit monster yang besar itu.

Dengan satu gerakan jari jemari Chloe menggerakkan duri mawar membuatkan monster itu hancur berkeping-keping.

"Black hole" satu lohong hitam keluar dari telapak tangan Charlos pula menyerap energi monster tersebut.

"Jadi bagaimana, Keres" Chloe terus memaling ke arah Keres yang tercengang dan tak terkata kata itu.

Manakala Vex tersenyum melihat gadis kecilnya.Dia teringin gila nak peluk namun ada penghalang iaitu Charlos dan Keres.Charlos yelah abang kandung Chloe tapi Keres cuma orang tiada kaitan.

Keres merupakan teman masa kecil mereka berdua.Dia pernah menyukai Chloe namun takdir berkata lain.Akhirnya jatuh juga ke tangan Vex.MUAHAHAHAHA.

"He-hebat..." itu je mampu Keres keluarkan.

"RATUUUU!!!" seorang anak kecil terus memeluk Chloe sambil menangis nangis.Tinggi anak kecil itu agak rendah namun umur ehem ehem bukan anak kecil ya.

"Lulu....kau sangat tidak sopan....Gembira dapat bertemu anda Tuanku" celah seorang lelaki dengan sopan melutut separa di hadapan Chloe.

"Maafkan hamba.Ratu" gadis yang bernama Lulu terus menunduk.

Chloe terus mengelus salah satu Jenderal Demon Primodial."Tidak mengapa...Xeros santai sahaja...Dan dimana Yernia serta Erebus" tanya Chloe.

"Inti dunia'' jawab seorang lagi lelaki namun kali ini matanya tertutup dengan sesuatu serta ada seekor burung ditangannya.

Secara tiba tiba Lulu melesat ke arah Charlos dan menyerangnya dengan brutal."KAUUUUUU!!!!!! YANG MEMBUNUHHH RATUU"

Charlos cuba untuk berbicara namun serangan brutal Lulu cukup buat dia tiada celah untuk berbincang.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now