♕°KTR 136°♕

547 66 14
                                    

Chloe membuka matanya secara perlahan-lahan.Demon Lust sedang berlutut menunduk ke arah lantai manakala gurunya berlutut sambil melihatnya dan Vex masih terpinga-pinga.

Ingatan lalunya telah ia ingat dan semua kekuatan nya telah kembali.Chloe melihat ke arah kedua tangannya agak gementar.Perasaan yang sudah lama ia tak rasai selama ini.Satu hal yang perlu ia risaukan iaitu permasalahan dengan mahkluk unknown itu.

Bagaimana ia harus hentikan mereka daripada mencuri inti dunia ini tanpa ada pertumpahan darah lagi? Apakah kesilapan sama yang akan terulang?

Chloe mendarat perlahan lahan ke lantai.Mata Absolute juga turut menghilang sesuai pikiran Chloe.Dia turut mengubah penampilan asalnya.

"Lust.... pertarungan tadi akan kulupakan cuma hukuman tetap hukuman" ujar Chloe tanpa memandang Lust sedikit pun.

"Terima kasih atas kebaikan ratu bijaksana.." jawab Lust gementar.

Chloe berjalan pergi lalu terus dipeluk oleh Vex.Chloe hanya membalas pelukannya."Gadis kecil...aku hanya kau takut kenapa kenapa" suara Vex seperti anak kecil.

"Aku kan dah kata aku kan boleh uruskan....kenapa datang?" Chloe tersenyum lembut.Berubah sikit ke? Tidaklah Chloe always being Chloe walaupun dah dapat ingatan sebenar.

Vex muncung macam itik.Chloe cam geram sahaja nak cubit mulut Vex tapi kena tahan sebab ada orang yang terlupakan disini iaitu Asterope.

"Pak tua...kau mengetahui hal ini bukan " tanya Chloe sambil tersenyum lebar.Tersenyum lebar tandanya mahu ? Mahu menghajar sebanyak mungkin rasanya.

Asterope membalas senyuman ringkas."Hamba tidak berani...tugas hamba hanya melatih kekuatan anda sehingga kekuatan sebenar dapat dikeluarkan...Dan hari yang hamba nantikan selama ini telah tiba..." jawabnya.

"Untuk sekarang identiti ku hanyalah Chloe seorang Grand Duchess Muda Schulz....Jangan panggil panggilan ratu mahupun panggilan formal...Aku masih belum bersedia untuk memunculkan diri" ujar Chloe.

"Baiklah itu yang anda mahu Cik Chloe....apabila anda sudah bersedia,hamba sarankan untuk melakukan acara pertabalan secara rasmi untuk anda...Ini supaya para demon mengenali anda" tambah Asterope.

Chloe hanya diam seketika lalu menggangguk setuju.Dia memandang ke arah Vex masih terpinga-pinga namun Vex seakan tidak mahu bertanya.Cumanya Vex genggam erat gila tangan Chloe macamlah Chloe akan ghaib.

"Yernia mempunyai murid yang cekap" gumam Chloe masih dapat didengari Asterope.Dia tersenyum bangga jap.

Chloe dan Vex pun berjalan keluar dari kediaman Lust.Saat di luar,Chloe jatuh terduduk membuatkan Vex cemas.

"Kenapa gadis kecil?...apa kau sakit?" Tanya Vex.

Chloe tersenyum kecil."Cuma penat sikit...boleh aku rehat sebentar" tampaknya wajah Chloe sangat pucat.

Vex menggangguk setuju sahaja.Maka terus Vex menggendong nya ala ala bride.Chloe terkejut dengan tingkah Vex.

"T-turunkan aku" Chloe memukul mukul dada Vex agak perlahan.

"Kata mahu rehat...jadi rehat sahajalah di pangkuan ku...." Jawab Vex dengan selamba sambil jalan dan bawa Chloe sekali.

"Aku mahu pukul sahaja kau" Chloe mencebik geram.

"Nanti sahaja gadis kecil sayang.....kalau tak kau jatuh nanti..." balas Vex dengan senyuman menawan.

Makin merah pipi Chloe dibuatnya.Terpaksa pasrah walaupun wajah dah macam tomato.Dari pucat jadi tomato.

Tapi kalau lihat wajah Vex memang tampan juga.Vex melirik Chloe."Rindu aku ya gadis kecil...aku tahu aku tampan" ujar Vex mengenyikkan matanya yang sungguh menggoda.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now