✧°KTR 174°✧

Start from the beginning
                                    

"....kau mahkluk paling stress" Dinaile tentunya kesal.

"Lalu kau buat apa kesini...bertemu dengan Kael?"

"Singgah sahaja"

"Kau ini cakap lah betul betullah...."

"Betul?"

Dinaile makin frustrasi menghadapi sikap Charlos ini. Makin lama dia tidak faham dengan Charlos ni.

"Chloe datang sekali kah?" tanya Dinaile.

"Tak....dia mabuk cinta"

"Mabu- hah sejak bila dia yang bercinta ini"

"Entah" jawab Charlos dengan selamba.

"Kau tidak marah adik kau? Bukannya kau overprotective lebih lebih lagi kalau ada lelaki yang ingin dekati adik kau" Dinaile tahu benar si Charlos bahkan sebagai Lyle yang mengamuk bila ada lelaki permainkan adiknya.

"Aku sudah tumbuk lelaki itu...tetap sahaja lelaki itu keras kepala..Dia makin tergila gilakan adik aku sampai aku ingin meremukkan dia" jawab Charlos dengan seringai khasnya. Seram juga.

"Tetapi.....aku tidak boleh...Itu sama saja menghancurkan kebahagiaan yang ia baru jumpa" tambah Charlos dengan wajah sedikit sedih.

"Aku faham bagaimana nak jaga adik...Kael itu popular sampai banyak rubah inginkan gelar Duchess disampingnya....Stress aku melihatnya" Dinaile kesal.

"Ditambah lagi ada banyak lelaki menghantar surat lamaran bahkan ada juga surat lamaran daripada putera" tambah Dinaile mengurut dahinya. Bagaimana tidaknya bertimbun surat lamaran untuknya.

"Kau menerimanya?"

"Hah mana mungkin.... keluarga ku baru sahaja dibangunkan....soal pernikahan ini aku masih muda untuk laluinya lagi....aku masih mahu enjoy" ujar Dinaile sambil memandang langit yang cerah.

Charlos tersenyum kecil. "Syukurlah..." gumam Charlos.

"Kau ada cakap apa apa?" Dinaile terus pandang wajah Charlos yang datar.

"Apa?"

"Memukul bangsawan kelas atas itu boleh tak ye....Makin lama kau makin menjengkelkan"

'Setidaknya kau tidak berubah dan aku suka' Charlos tersenyum dalam batinnya. Dia bingkas berdiri.

"Ada apa?" tanya Dinaile terkejut melihat Charlos tiba tiba berdiri. Dia pun ikut berdiri.

"Aku hanya singgah....sampai jumpa" Charlos menghilang daripada pandangan Dinaile yang terpinga-pinga.

"Lelaki aneh...." gumam Dinaile

"Dia tetap sama..." Dinaile tersenyum manis.

"Ish apa yang aku fikirkan....baik aku sambung berlatih...semangat"

"Kakak!!" Panggil seseorang dari arah bertentangan.

"Oh Kael...kenapa tidak suruh pelayan sahaja panggil aku?" melihat adiknya berlari tercungap-cungap ni dah kenapa.

"Ada seseorang ingin bertemu dengan kita..."

"Siapa?"

Mikaela berwajah datar seperti kecewa. Dia terus membisikkan sesuatu membuatkan Dinaile terbeliak. Dia terus bergegas pergi disusuli Mikaela.

Mereka berdua ke ruangan menunggu yang kebiasaannya tetamu menunggu. Tanpa basa basi, Dinaile membuka pintu dan terlihat seorang wanita tua namun dengan make up tebal membuatkan dia kelihatan menonjol dan sedikit cantik.

Dinaile mengubah riak wajahnya dengan tersenyum paksa.

"Ada apa Countess Barlow datang kesini?" tanya Dinaile sambil memegang tangan adiknya dengan erat.

"Dina...Mika...ibu rindu pada kalian berdua" namun dia mendapat tatapan sinis daripada Dinaile dan Mikaela. Tatapan Countess Barliw seakan rindu pada anak namun dimata Dinaile seperti siap sedia merampas semuanya.

Baru sekarang mencari. Kenapa sekarang? Apa sekarang kerana mereka ada gelar bangsawan dan hidup mewah.

Dinaile tidak akan biarkan harta dan gelar mereka dirampas hasil mereka bekerja dengan Schulz. Dan juga dia tidak akan menyusahkan Chloe lagi. Dia dan adiknya akan kawal situasi ini.

Malamnya,

Situasi agak canggung ditambah lagi kehadiran Vex dan Nicole sebagai tetamu Schulz. Hanya bunyi detingan sudu dan garfu dipinggan.

Alexia dan Empress Emilien sudah pulang senja tadi kerana mereka ada hal di istana. Sementara Reese perlu pergi bertugas sebagai doktor dan memang ia tidak boleh tinggal kerjanya. Begitu juga Luca ada hal yang mendadak.

Yang tinggal hanyalah Brianna yang paling tua disini sebagai ketua keluarga Arnold dan juga nenda kepada cucu cucunya.

"Ekhem....Chloe dan Charlos....bulan depan ulangtahun kalian yang ke 16....kalian mahu apa apa?" Tanya Brianna selaku penceria suasana.

Chloe dan Charlos saling berpandangan. Mereka tidak tahu pula umur mereka sudah 16 tahun. Oleh kerana banyak hal berlaku sehingga mereka lupa akan ulangtahun mereka sendiri. Mereka terdiam sangat lama.

"Setakat ini belum ada,nenda" jawab Charlos mewakili Chloe. Charlos dengan selamba minum air kopi pelan pelan.

"Nenda dan papa kamu sudah bersetuju untuk Chloe bertunang dengan tuan Zyrion bertepatan hari ulangtahun kamu berdua" ucap Brianna dengan ceria.

Pernyataan itu membuatkan Charlos tersembur air kopi tepat di wajah Vex yang berhadapan dengannya. Ericc tersedak buah epal manakala Edward terbatuk-batuk. Reaksi Chloe seakan tidak percaya. Vex  redha air kopi itu tersembur ke arah wajah kacaknya.

Nicole hampir tergelak namun ditahannya agar martabat dia sebagai Archmage Hietler tidak jatuh.

Arthur pula tetap dengan wajah datarnya meletakkan sudu dan garfu di pinggan. "Tentu sahaja semua keputusan terletak di tangan kamu,Loe" ujarnya.

"Adakah kamu setuju atau tidak?" tambah Arthur. Semuanya sedang menunggu jawapan Chloe serta Vex menatap Chloe dalam dalam agar gadis kecilnya tidak tertekan.

.
.
.

Tbc

Heyyo.....

Ada yang rindu ke? Takde eh....takpe
(っ˘̩╭╮˘̩)っ

Nis harap korang tak bosan dengan cerita mengarut ni...

Vote n komen ye...harap sudilah ye....

Bye bye

Assalamualaikum

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now