✧°KTR 172°✧

Start from the beginning
                                    

"Dasar.....baiklah" ujar Shae dengan pasrah.

Chloe bertepuk tangan. Situasinya berubah serba putih kecuali sofa yang mereka duduki. "Selamat datang ke dimensi hampa....sebarang pertengkaran silakan namun sihir tidak dibenarkan ya" sambil melirik ke arah Shae.

Shae terus mengangkat tangan menandakan dia tidak akan berbuat apa apa.

"Dan tolong cepat sikit ya....aku ada perkara yang belum selesai di rumah" tambah Chloe.

Trysn menarik nafas dalam-dalam lalu memberanikan diri untuk membuka mulut.
"Tuan Shae....izinkan saya bertanya sekali lagi...adakah anda raja fairy?"

"Hah....apa yang membuatkan kau merasa aku adalah raja fairy " tanya Shae dengan dingin.

"M-mana anda....mirip den-"

"Aku tidak mirip DENGAN NYA....aku adalah Shae Arvis...Berapa kali aku nak ulang supaya bangsa kau faham bahasa" bentak Shae berurat marah didahinya.

"Terus anda ini ada hubungan dengan Raja Fairy?" celah Alruna.

"Hei....elf rendahan ini" tangan Shae baru ingin menggerakkan sedikit.

"Shae" mata Chloe tajam mencengkam seakan memberi amaran.

Shae mampu menggepal erat tangannya. "Kalian ingin tahu sangat kan.......dengar baik baik ya....Akulah yang membunuh Raja Fairy dan menyerap mananya supaya aku lebih kuat....Puas hati hah"

Trysn mendengar kenyataan itu tersentak begitu juga Alruna. "T-tidak mungkin...anda bohong kan...fairy terakhir adalah Raja Fairy.."

"Bukankah Raja Fairy tidak boleh dibunuh begitu sahaja? Pasti ada kesalahan " ujar Alruna tidak puas hati dengan jawapan Shae.

"Kesalahan? Kesalahan apanya...itu kebenaran...aku sendiri membunuh adikku sendiri" bahagian adikku sendiri dikecilkan tetap sahaja mereka mendengar nya.

"Maksud anda? Raja Fairy adalah adik anda?" Alruna merasa sulit ingin percaya.

"Hahahahaha...aku merasa jengkel mengakuinya tetapi.....aku adalah abangnya yang merupakan Fallen Fairy yang dipinggirkan....Raja Fairy yang kalian sayangi telah mati...Dan aku jugalah punca semua fairy menghilang dari dunia ini" seringaian khas Shae terpampang jelas.

Trysn terduduk. Dia tidak menyangka Shae sekejam itu. Manakala Alruna mampu menundukkan kepalanya. Ah dia lupa Rey Monarch adalah berdarah dingin yang tidak mengenal ampun. Entah kenapa dia rasakan Shae masih menyembunyikan kebenaran mengenai Raj Fairy.

CTAK....

Mereka kembali ke ruangan tadi. "Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga anda pada kami..." ucap Alruna menunduk sedikit kepala tanda penghormatan. Begitu juga Trysn meskipun sedikit kaku.

"Pesan sekaligus amaran.....jangan membocorkan rahsia ini...kalau tidak....aku mencari kau sehingga ke lubang cacing" ujar Shae bingkas bangun membelakangi mereka.

"Baiklah...maaf dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga anda..." ucap Alruna. Dengan segera Alruna membawa Trysn pulang.

Chloe melirik dengan jengkel ke arah Shae. Lalu menghela nafas dengan malas "Kenapa kau tidak mengatakan hal yang sebenarnya yang adikmu itu menjual jiwanya pada unknown...dan kau yang mencegahnya? Dan kesemua jiwa fairy sudah tiada akibat perbuatan adikmu"

"Dimata mereka adikku adalah raja yang patut dihormati..... sedangkan aku hanyalah fairy cacat" jawab Shae sambil tertawa hambar.

"Dan juga terima kasih kerana tidak masuk campur tadi....aku jadi bimbang sekiranya kau yang memberitahu kebenaran nya" tambah Shae.

"Aku mendapat bayaran yang agak lumayan jadi aku tidak masuk campur" jawab Chloe dengan selamba.

"Huh....kau selalu memikirkan keuntungan "

"Sudah tentu...."

"Oh ya.... bukannya kau kata ada urusan di rumah mu?"

Chloe terus terkaku. "Arghhh aku lupa....aku perlu pergi dulu ya....sampai jumpa nanti ya" Dia bingkas berdiri dan bergegas keluar.

"Gunakan teleport kalau nak cepat" pesan Shae. Chloe hanya melambaikan tangan sekilas.

"Dasar.... rupanya dia cepat melupakan perkara penting dan cuai.." gumam Shae sambil melihat ke arah luar jendela.

"Yah....Lilith...mhm..namanya Chloe kan sekarang....kau masih sama sahaja" Shae melihat kepergian Chloe.

Oleh kerana terlalu lama jadi terpaksalah Chloe teleport ke dalam biliknya dengan segera.  Dia malah terduduk sambil mengurut dada kerana terkejut. Siapa juga tidak terkejut kalau seseorang ada dalam biliknya.

"Maafkan saya cik muda kerana mengejutkan anda....tetapi ini bukan masanya untuk terkejut" Iris membantu Chloe berdiri.

"Apa yang telah terjadi?" tanya Chloe.

"Er....ada rombongan yang ingin melamar anda....saya tidak pasti apa yang terjadi... ada aura yang kuat datang di ruangan keluarga...Mungkin Tuan Grand Duke marah besar atau tuan muda yang lain" jawab Iris.

"Kak Iris bantu aku bersiap...." Ujar Chloe.

"Adakah anda ingin memakai pakaian formal atau-"

"Gaun.....gaun selain warna hitam atau merah"

Iris seketika tercengang namun dia terus menggangguk patuh. "Baiklah...." Iris terus ke almari mencari gaun untuk Chloe.

"Aku harap tidak terlambat" gumam Chloe yang juga merasakan aura dikediaman ini.

Tidak mengambil masa yang lama, Iris keluar dengan gaun simpel yang kena dengan selera Chloe. Dia juga memanggil Mary untuk menolong Chloe terlihat cantik.

Akhirnya siap.....

Akhirnya siap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah" Chloe malah takjub dengan penampilan nya sendiri di depan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah" Chloe malah takjub dengan penampilan nya sendiri di depan cermin. Tetapi dia tiada masa untuk kagum. Dia terus bergegas ke ruangan keluarga.

Tidak sabar nak berjumpa Vex atau lebih tepat menyelamatkan Vex dari tekanan batin.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now