✧°KTR 170°✧

Start from the beginning
                                    

Mereka berdua berbual panjang. Membuka kisah lama dan kekadang tertawa mengenang masa lalu yang lucu.

Namun Dinaile perasan yang wajah Chloe sangat pucat. Dia memang tahu kulit Chloe memang natural putih. Kali ini lebih pucat seakan menahan sakit. Kalau orang lain tengok sekilas tentu tidak perasan.

"Chloe kau sebenarnya okay ke tak ni?" tanya Dinaile dengan wajah risau.

Chloe malah tersenyum nipis. "Okay je....kenapa?"

"Haihh....kau selalu berlagak kuat meskipun sakit kan..."

Chloe hanya membalas senyuman pahit. Dinaile dah nak start membebel ini. Tetapi ia tidak dinafikan bahawa dadanya sangat sakit dan kepalanya juga.

'Aku rasa aku harus menahan kupu kupu si*l ini dari meracuni fikiranku lagi....' batin Chloe.

"Naile...rasanya aku harus pulang....sudah hampir malam ni" ujar Chloe tersenyum paksa. Dia sedang menahan kesakitan yang sudah menggila. Sudah hampir seminggu dia merasai kesakitan ini namun dia terus menerus menahan.

"Hmm yelah" Dinaile bingkas bangun. Chloe baru je nak bangun tetapi dia hampir jatuh. Untungnya Chloe memegang meja agar ia tidak jatuh.

"Chloe!!!!! Apa kata kau bermalam disini sahaja...." Makin bimbang pula.

"Tidak apa....aku perlu pulang ke rumah" Chloe masih lagi tersenyum nipis. Baru berjalan beberapa langkah, dia terus tersembam ke tanah yang ada bunga bunga.

"CHLOE!!!" Dinaile baru sahaja ingin mendekati namun ada yang menghalangnya. Ternyata Yernia yang muncul secara tiba-tiba.

"Jangan dekatinya"

"Kenapa? Dia sedang sakit...apa kau tidak menolongnya" tanya Dinaile pada Yernia. Yernia kan bawahan Chloe kenapa tidak tolong. Yernia terus menunjukkan ke tempat Chloe pengsan tadi. Dinaile agak terkejut.

"Tuan Keres...." Dinaile memanggil sosok yang juga sedang mengendong Chloe ala ala bride.

Keres pandang Chloe dengan tatapan sendu. "Kau ini memang keras kepala sama seperti dia" gumam Keres.

"Yernia... panggilkan Ray dan Shae sekali.." pesan Keres sebelum ia menghilang bersama Chloe yang pengsan.

"Baik" ujar Yernia.

"Apa yang dah jadi" tanya Dinaile. Dia makin risau keadaan Chloe yang mungkin parah.

"Kau lihat bunga bunga itu" tunjuk Yernia ke arah tempat Chloe pengsan.

Bunga bunga yang tadi mekar sudah mati. Yernia menuju ke arah itu dan diikuti Dinaile.

"Ratu sedang menahan kekuatan besar dari keluar....tetapi nampaknya tubuhnya diambang batas" ujar Yernia sambil menatap bunga itu.

"Kekuatan? Adakah ianya berkaitan dengan kehidupan?"

"Aku tidak boleh memberitahu....baiklah aku sekarang harus pergi " ujar Yernia dan terus ghaib.

"Haihhh...Chloe aku harap kau akan lebih baik" itu je Dinaile mampu ucapkan.

Sementara Keres,

Dia gendong Chloe yang seperti nya kesakitan yang teramat. Dia membawa Chloe ke dalam istana terbiar. Ini salah satu istana milik Chloe lebih tepat lagi istana pertamanya.

Kalau dilihat tanah ini seperti mati. Tanah merekah merah. Inilah tanah kelahiran para demon. Benua ini tidak hilang hanya tanahnya sudah tiada kehidupan dan berbahaya sekiranya tinggal disini.

"Tunggulah sebentar....nanti mereka membawakan mu 'benda' itu" ujar Keres yang terus meletakkan Chloe perlahan lahan di atas batu besar. Disekeliling nya ada pilar pilar besar. Lalu Keres memasang lingkaran kuno membentuk barrier.

Tidak mengambil masa yang lama, Vex dan Shae segera tiba kesana. Termasuklah Charlos yang sangat bimbang terhadap adiknya.

Dia tidak boleh mendekati Chloe kerana dia masih berjasad manusia yang boleh kena impaknya. Membuatkan dia kesal sebenarnya.

Vex terus mencapai tangan Chloe yang cukup sejuk. "Gadis kecil bertahanlah...."

"Beast si*l itu seperti nya ingin keluar....apakah tiada cara untuk menguruskan nya" tanya Shae. Dia juga tidak sanggup melihat Chloe menderita hanya kerana beast itu.

"Cara ya...aku sudah memikirkan nya sejak lama.... mengeluarkan nya secara paksa atau jadikan dia sebagai inti mana Lilith.....dan Ray apa kah boleh ambil spirit beast itu lalu penjarakan ia." ujar Keres pada dua sahabatnya.

"Ambil spirit beast itu...oh maksudnya ambil kesedarannya? Aku belum pernah mencuba ambil spirit beast yang tingkat nirvana...tetapi akan kucuba" vex terus merubah menjadi penampilan nya yang asli sekali dengan sabit rohnya.

Shae juga berubah. "Oleh kerana disini tiada kehidupan....aku juga akan melaksanakan nya dengan terbalik" Shae berubah sedikit mengerikan dari penampilan nya sebelum ini.

"Dan Noir" Keres memandang ke arah Charlos yang menjauh daripada lingkaran yang Keres lakukan.

"Aku tahu kerja aku....Kalau kalian tidak menyelamatkan nya....nyawa kalian taruhan" ujar Charlos dengan penekanan batin ketiga tiga sahabatnya.

Vex,Shae dan Keres mampu menelan ludah. Charlos tidak bermain main dengan perkataan nya. Sebenarnya ini adalah cara terakhir untuk hapuskan beast nirvana yang sudah melekat di jiwa Chloe sekiranya ini benar benar melibatkan nyawa Chloe.

Keres pandang ke arah Vex supaya bersedia. Vex menggangguk faham dan dia berdiri menghadap kepala Chloe. Sabit roh terapung benar benar diatas Chloe.

Vex mengucup dahi Chloe. "Tunggu ya....aku tahu kau kuat" terus muncul lingkaran kuno di atas dahi Chloe.

Cahaya merah muncul dari Keres disalurkan pada tubuh Chloe dan Shae mengeluarkan mutiara hitam dari tangannya.

"Sekarang!!" Arah Keres.

Vex tanpa basa basi mencapai sabit roh lalu menghentakkan nya dari hujung kaki Chloe lalu menariknya sehingga ke hujung rambutnya seakan membelah. Tubuh Chloe masih utuh namun yang keluar adalah jiwa.

Asap berbentuk seperti Chloe....

"KENAPA KALIAN SELALU MENGACAU KAN RANCANGAN AKUU...PADAHAL SEDIKIT LAGI...AKU AKAN KUASAAI DUNIA INI LAGI...DAN MENJADI UNKNOWN TERKUATTT"

Semuanya tidak menjawab kerana itu akan membuang masa. Mereka tahu itu adalah kupu kupu hitam.Tanpa basa basi Vex membelah asap itu dan asap tersebut disedut oleh sabit roh.

"KALIAN AKAN MENYES-" Vex tidak memberi kesempatan untuk asap hitam itu mengatakan kata terakhirnya. Dia berkeringat sedikit menyerap spirit yang terlalu kuat itu.

Shae kemudian melemparkan mutiara hitam ke arah sabit roh. Vex terus menggerakkan jari nya supaya asap hitam itu masuk ke dalam mutiara tadi.

Shae kemudiannya berubah menjadi lebih baik. Rambutnya menjadi panjang kehijaun dan mempunyai sayap fairy. Akar akar lembut mengelilingi Chloe dan mengeluarkan cahaya kehijauan menyembuh dari segi jiwa dan fizikal.

Vex kemudian mengambil mutiara hitam lalu dia menyeimbangkan kekuatan Chloe. Pola pola rumit mulai muncul seiring mutiara itu perlahan lahan masuk ke dalam tubuh Chloe.

Keres terus menghilangkan cahaya merah sejurus ianya selesai. Dia jatuh berlutut dah memuntahkan seteguk darah warna hitam. "Hahaha....ini lagi sakit berbanding dipukuli Lilith" gumam Keres.

"Gadis kecilku...." Vex tersenyum kecil sebelum dia habiskan pola kunonya.

Akar akar lembut mahupun pola pola kuno turut menghilang. Shae mulai rebah dan malah tertawa kecil sementara Vex dah pengsan kerana dia yang paling menggunakan banyak tenaga.

"Haih...kalian ini" Charlos melangkah lingkaran Keres. Dia juga merubah penampilan nya sebagai Raja Kegelapan.

Tongkat yang ia pegang terus dihentam sekali ke tanah. Bayang bayang hitam muncul disetiap bayang mereka semua.

Mereka bertiga terus pulih dalam tidur. Tetapi yang aneh Charlos seakan mengunci pergerakan mereka sementara.

"Kenapa kau membuat dunia mimpi pada mereka?"

Charlos melihat ke arah adiknya sudah sedar. Tersenyum kecil.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now