✧°KTR 157°✧

Start from the beginning
                                    

Tiada jawapan.....

Rupa-rupanya Ericc pura pura tertidur...siap berdengkur lagi.

"Wah pemalas ni....." Jeslyn terus menyising lengan kemejanya bersiap siap tinju untuk round two.Awal awal lagi Oryn terus menjauh daripada mereka dan berdiri bersebelahan dengan Hendrix.

Ericc yang pura pura tidur terus terbangun."Jess hentikan...aku aku bangun" cemas Ericc.

"Maaf ya aku tidak dengar" Jeslyn beri tatapan khas yang menakutkan dimata Ericc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maaf ya aku tidak dengar" Jeslyn beri tatapan khas yang menakutkan dimata Ericc.

BUSH BUKK BUGHHH

"Dia masih akan hidup kan" tanya Hendrix.

"Dia kan kebal dengan serangan Jess" balas Oryn dengan selamba.

"Meriah macam biasa....di gerbang pula" ujar satu suara.

"Ilijah ....kawan kau sedang terseksa tu" balas suara perempuan pula. Perempuan yang cantik dan anggun ini Roxana.

"Tapi aku puas kalau dia dihajar begitu" jawab Ilijah dengan selamba.Roxana hanya mampu menggelengkan kepala nya.

Oryn pun pandang ke arah sekelilingnya."Baiklah semua sudah ada kan? Ayuh ke ruangan mesyuarat....pengetua memanggil kita kesana"

"Eh sejak bila pengetua panggil kita waktu pagi buta buta ni...apa kau tahu Oryn?"" tanya Ilijah rasa ingin tahu.

Oryn tersenyum nipis. "Aku pun tidak tahu"

"Bukannya dia ayahmu" tanya Ilijah dengan kehairanan.

"Pak tua itu terlalu berahsia dan menjengkelkan" jawab Oryn dengan malas.

"Sudah ayuh bergegas...nanti bising pula orang tua tu" tambah Oryn berjalan sambil memeluk boneka.

Ericc terlebih dahulu berlari meninggalkan mereka semua saat Jeslyn lengah."Jumpa kalian disanaaaa" teriak Ericc.

Jeslyn yang mulai kesal."Tunggu kau ERICC....kau masih berhutang tinju denganku" teriak Jeslyn sambil mengejar Ericc.

"Arghh kan sudah tadi" teriak Ericc sambil berwaspada melihat ke arah belakang.Stamina Jeslyn dengan dia seimbang.Dengan terpaksa Ericc menggunakan sihir mempercepatkan langkah kakinya.Tapi Jeslyn tetap sahaja boleh mengejarnya.

"Aku KESALLLL sedikittt saja" balas Jeslyn yang hampir dekat dengan Ericc.

'Gila ini....Jess ini makan apa sampai dia mahu lampiaskan kesalnya padaku' batin Ericc.Dengan tangkas ia mengelak setiap serangan yang Jeslyn lancarkan.

Padahal wajah Jeslyn makin merah.Dia teringat kata kata Chloe sehingga ingin memukul Ericc.

'Dasar tidak peka...Ericc tidak peka' Jeslyn mengulang berkali kali ayat yang sama.

"Mereka terlalu bersemangat kan Ketua" kata Ilijah sambil menyiku Hendrix mampu melihat nasib kawannya yang tragis.Harap masih hidup lagilah.

Selang beberapa minit kemudian,

Akhirnya mereka berkumpul ruangan mesyuarat seperti yang Oryn katakan tadi.Namun kelibat pengetua pun tiada.

"Mana pak tua itu....aku dah lapar ni" ketus si Ericc.

"Kau belum sarapan" tanya Jeslyn bersebelahannya.

"Belum lagilah.....kau tahu dekat kediamanku ada mahkluk jadian yang menjengkelkan selalu saja melekat dengan dua adikku....rasa mahu lenyet saja" Ericc sedang geram.

"Bukan manusia?" tanya Ilijah untuk kepastian.

Ericc menggangguk laju."Aku sampai sini pagi pagi buta pun kerana dia...untung dia hantar sekali barang barangku"

"Mujurlah orang hantar secara percuma" celah Oryn.

"Masalahnya tanpa isyarat....manakan aku rasa mual sebab tiba tiba teleportasi..tidak sarapan lagi...bahkan aku belum menyapa adik tercintaahhhku" keluh Ericc.Dia cukup kesal.

Ericc membebel pula sehinggakan mulutnya disumbat kan roti."Makan dan diam...kalau tidak aku cekik kau" kata Jeslyn.

"Mmphmm" Ericc makin tak puas hati namun jelingan maut Jeslyn terus dia mengunyah roti tu macam anak kecil.

"Semua sudah berkumpul?" tanya satu suara. Pengetua Federick serta seseorang yang asing bagi mereka masuk ke dalam ruangan.

"Sudah...mengapa anda memanggil kami semua" Hendrix sebagai wakil mereka untuk bercakap.

"Baiklah.....perkenalkan ini Tuan Luca Ernold..beliau akan mengajar kelas khas kalian sehingga kalian lulus" ujar Federick dengan senyuman seringai.

Ericc terus tersedak dan terus pandang orang asing itu dengan mata membulat sempurna."Kenapa kau ada disinii?" Protes Ericc.

Disisi lain.

Chloe yang sedang makan terus teringat sesuatu. "Ah...Aku lupa mahu beritahu"

"Bwritwahwu apwa (Beritahu apa)?" Mulut Charlos tengah penuh dengan makanan.Lapar.

"Uncle Luca bercuti sementara daripada menggembara...jadi aku rekomen pada uncle Federick untuk dia mengajar di akademi" jawab Chloe.

Charlos meneguk segelas air lalu meletakkan gelas itu atas mejanya. "Bukannya Ericc takut dengan uncle Luca?"

"Ini adalah untuk kebaikan Ericc....Etikanya agak tidak terjaga...Kalau uncle Luca disana pasti Ericc lebih menurut...Tidak lama pun sampai kelulusan akademinya saja" balas Chloe sambil tertawa kecil.

"Ti-tidak lama.....7 bulan lama tidak ya...mentalnya boleh tahan tak tu" Charlos tertawa akan nasib si Ericc.

"Itu tergantung kemampuannya......kalau tidak Ericc harus mengulang setahun lagi supaya lulus...Tentunya dia tidak mahukan" jawab Chloe tersenyum menyeringai.Senyumannya seperti villain yang puas hati.

"Dah tak payah nak acah sangat jadi villain lagi...makan...kata mahu ke suatu tempat nanti" ujar Charlos.

Chloe terus mencebik."Kacau daun betul lah" dengan cepat tangan dia ambil satu biskut lalu makan dengan nikmatnya.

Charlos mampu tersenyum kecil dengan karenah adiknya itu.Dia juga segera menghabiskan sarapannya.

.
.
.
Tbc

Citer nie kembali mereng sebab adanya Ericc mereng...tepuk tangan👏...

Fantasy logic oke

Fantasy logic oke

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hi?

And

Bye
Assalamualaikum

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now