✧°KTR 156°✧

Start from the beginning
                                    

"Oooo....lalu senpai mahu ke akademi" tanya Chloe melihat Jeslyn lengkap berpenampilan kemas pakaian khas sebagai ahli jawatankuasa di akademi.

"Ya...apa si Ericc si*l tu dah pergi ke akademi" tanya Jeslyn.

Chloe melirik sekilas ke arah Charlos."Tentu sahaja.....awal awal lagi abang sudah pergi"

"Ehhh sejak bila ericc pembuat masalah tu pergi awal ke akademi " Jeslyn macam tak percaya.

"Mungkin rindu akademi" celah Charlos setelah sekian lama berdiam diri.Wajahnya tanpa bersalah mengatakan nya.

Wajahnya tanpa bersalah mengatakan nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mungkin juga rindu senpai..." tambah Charlos dengan wajah innocentnya.Yang itu memang benar oke.

Ericc sendiri mengigau tentang Jeslyn sepanjang Charlos sebilik dengan Ericc di akademi.Hanya dia sahaja mendengar sebab yang lain memang tidur mati waktu malam.Dan apabila ditanya si Ericc ni.Memang dia sukakan Jeslyn sejak masuk akademi.Jujurnya.

Muka Jeslyn merah macam tomato."M-mana mu-mungkin aku menyu-nyukainya"

"Aku pun tidak keberatan kalau senpai menjadi kakak iparku..." ujar Chloe dengan senyuman yang polos.

Muka Jeslyn makin merah padam.Dia terus bingkas bangun."A-aku berangkat dulu ke akademi" Dengan cepat cepat dia mencapai beg khas akademi. Dan terus ke pintu keluar

"Jumpa Ericc tau..." teriak Chloe sehingga Jeslyn menghilang daripada pandangan mereka berdua.Chloe tertawa terkekeh-kekeh melihat eksperisi Jeslyn yang lucu baginya.

"Pesanan anda sudah siap" ujar Jasver dari kaunter bayaran.Cepat juga.Chloe ingat harus tunggu berjam jam lagi.

Chloe bingkas bangun dan ke arah kaunter tersebut. Tentunya dia terus menyimpan seratus roti yang dibungkus itu dalam penyimpanan dimensinya.

"Ini bayarannya" Chloe menyerahkan dua puluh koin emas.

"I-ini terlalu banyak..harganya 3 koin emas sahaja"

"Ambil sahaja" ujar Chloe masih lagi tersenyum manis.

"Baiklah..." Jasver tiada pilihan selain menerima bayaran yang ia merasa mahal.

"Jarang juga aku melihat setengah demon tinggal di kota manusia" ujar Chloe membuatkan Jasver tersentak.

"Ap-apa maksud anda?" tanya Jasver agak ragu ragu.

"Setengah demon dan setengah manusia...cukup menarik di mataku" kata Chloe.

Jasver mula berwaspada."Siapa kau sebenarnya?" Dari bahasa yang sopan terus menjadi kasar.

"Tenangkan diri mu...demon muda...Setidaknya jangan lakukan hal yang mencurigakan...." Chloe memberi saran kepada Jasver.

"Aku hanya ingin menyapa saja.....tidak perlu waspada begitu" tambah Chloe.

"Lalu apa yang kau mahu? Dan siapa kau?" Tanya Jasver pura pura santai menyusun roti.Padahal dia gementar kerana identiti nya diketahui.

Sejarah kelam keluarga nya,anak lelaki akan lahir sebagai setengah demon dan setengah manusia.Jasver sebenarnya diasingkan oleh keluarganya yang merupakan bangsawan dari empayar Qarrios.Dia aib keluarga.

Nak dijadikan cerita yang ringkas dia hampir mati di hutan.Namun diselamatkan seorang pemburu sekaligus pembuat roti dari sebuah desa iaitu ayah Jeslyn.Dari situlah dia menjadi abang Jeslyn walaupun bukan abang kandungnya.

Chloe tersenyum. "Cuma ingin kepastian....tetapi Jeslyn-senpai sepertinya tidak tahu identiti kau" kata Chloe.

Jasver terus memandang Chloe dengan tatapan tajam."Jangan kau mengarut...dia tiada kena mengena denganku"

"Kalau diberitahu mengapa juga? Bayangkanlah kalau dia mendapat tahu identiti kau sendiri manakan dia tidak kecewa"

Pukk..Kepala Chloe diketuk perlahan.

"Jangan menakuti orang lain" celah Charlos yang sudah dibelakang Chloe.

"Sakitlah Arl" Chloe memegang kepalanya.Nasib tak benjol.

"Urusan sudah selesai bukan...kata mahu jalan jalan lagi" Charlos memegang tangan Chloe untuk keluar dari situ.

"Ah ya...Sampaikan salam pada pecahan jiwa yang menolong mu itu..dan hati hati ya di masa depan" pesan Chloe sebelum dia benar benar keluar dari kedai roti tersebut.

Setelah Chloe menghilang daripada kedai itu,

Jasver terus ke dapur.

"Siapa dia?" gumam Jasver yang berubah setengah demon.

Suatu bayangan muncul di hadapan Jasver membentuk seperti kanak kanak perempuan. "Patutlah..."

"Kenapa Master" Jasver mengganggap kanak kanak itu gurunya. Jangan tengok pada penampilan nya.

"Dia merupakan salah satu Rey Monarch"

"Rey Monarch? "

"Rey Monarch adalah gelaran bagi mereka yang mempunyai kekuatan kuno yang di luar nalar sesiapa pun....."

"Tapi bagaimana dia tahu tentang master? Dan identiti aku"

"Itu aku tidak pasti....yang pasti dia sangat berbahaya...berhati hatilah untuk tidak terlibat dengan Rey Monarch macam tu" ujarnya. Jasver hanya terdiam.Nampaknya Chloe bukan sekadar 'bangsawan' di empayar ini.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now