✧°KTR 156°✧

Start from the beginning
                                    

Mula mula mereka singgah ke kedai roti yang terkenal dengan roti yang empuk berserta intinya yang cukup enak.

"Apa ada orang?" tanya Chloe melihat dalam kedai seperti kosong.Banyak roti tersusun elok dan semuanya terlihat enak.

KTANG KTANG

Seorang lelaki yang terbilang agak muda keluar dari dapur.Pipinya comot dengan tepung sana sini."Ah~ pelanggan....maaf ya atas pelayanan kami agak kurang sopan" sambil terbungkuk bungkuk meminta maaf.

"Abang si*lannnn .....kau kemana juga...hari ni aku ke akademi...dan juga mengapa kau lupa tutup apinya nanti roti han-" seorang gadis turut keluar dengan lengkap berpakaian seperti pelajar akademi dan ada sekeping roti di tangannya.

"Eh ada pelanggan" gadis itu terus diketuk perlahan oleh si abang.

"Maaf ya~ ini pemandangan yang agak tidak sopan.." ujar sang abangnya.

Chloe tertawa kecil lalu sejenak dia merasa familiar dengan gadis itu. "Aha...Jeslyn-senpai" tanya Chloe pada gadis itu.

Gadis itu terpinga-pinga kerana namanya disebut."Maaf...anda mengenali saya?"

"Sampai hati senpai tidak mengingati aku...aku ni adiknya Ericc"

Jeslyn terbeliak mata."Chloe? Apa benar itu kau? Wah lama tidak bertemu" Jeslyn terus ke arah Chloe.

"Hehehe...aku hanya sibuk sedikit" balas Chloe.Sedikit apa...sibuk giler ui.

Jeslyn kemudiannya pandang ke arah Charlos."Lalu ini pasti Charlos" teka Jeslyn.Tahu sangat dimana ada Chloe disitu akan ada Charlos kecuali masa tertentu je Charlos tiada disisi.

Charlos dengan eksperisi dingin menatap Jeslyn seakan mengatakan. 'Dia adikku...'

Chloe menggangguk dengan pantas. "Lyn...apa mereka rakan rakanmu" tanya lelaki tadi.

"Ya...mereka berdua junior ku walau sebentar.... perkenalkan ini abangku...Jasver" ujar Jeslyn.

"Ini Chloe dan Charlos" tambah Jeslyn memperkenalkan dua juniornya pada abangnya.

"Eh... sepertinya aku pernah dengar" kata Jasver cuba ingat nama nama familiar itu.

"Tentu sahaja abang b*d* ....mereka berdua merupakan bangsawan Schulz" balas Jeslyn dengan selamba.

Jasver terus pandang ke arah adiknya. Jeslyn menggangguk itu adalah kenyataan.Kemudian mata Jasver beralih ke arah Chloe dan Charlos.

"Maaf ketidaksopanan saya...." ujar Jasver lebih sopan.

"Tidak tidak mengapa....aku hanya ingin memesan roti sahaja...kami mendengar khabar angin yang roti disini sedap" kata Chloe.

"Oho anda ingin pesan roti....baiklah..berapa roti yang anda mahu? Bungkus atau makan disini" tanya Jasver yang sebaik mungkin memberi pelayanan terbaik pada pelanggan.

"100 dan dibungkus ya" jawab Chloe.Jasver dan Jeslyn hampir ternganga manakala Charlos pula yang hairan.

"Maaf?" Jasver seakan meminta untuk ulang pesanan pelanggannya.

"100 dan dibungkus ya..." Chloe mengulang sekali pesanannya.

"B-baiklah" Jasver tanpa basa basi masuk ke dapur.

Jeslyn pun mempersilakan mereka berdua duduk di kerusi yang tidak jauh dari mereka. "Wah kau makan banyak juga" ujar Jeslyn.

"Tidak juga.....itu untuk orang lain" jawab Chloe dengan senyuman innocent.

"Daripada itu...senpai tidak pernah kata pula pada kami yang senpai mempunyai abang..senpai kata senpai tinggal didesa" Chloe mengalih topik perbualan.

"Oh itu....sebab aku memang berasal dari desa...tapi keluargaku merupakan pembuat roti di kota Schulz turun temurun....Cumanya aku tidak berminat makanya abangku yang ambil alih kedai roti" terang Jeslyn dengan santai.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now