✧°KTR 153°✧

Start from the beginning
                                    

Alruna menghela nafas panjang."Maaf atas sikap kami ya...Chloe" ujar Alruna.

"Tidak mengapa....santai sahaja." jawab Chloe.

"Boleh kita tidak berbasa basi lagi" tambah Chloe nada serius.Alasan dia memanggil elf ni supaya aturkan pertemuan rahsia bagi setiap puak.Dia teruskan dengan rancangannya terhadap kedua dua elf mempunyai posisi yang tinggi.

Chloe mahu berdamai dan tidak mahu ada perbalahan lagi diantara puak demon dengan puak lainnya.Termasuklah dunia bawah.

Mungkin kedengaran egois tetapi itulah yang ia nakkan sekarang ini.Dan juga mungkin luka ribuan tahun dahulu belum membaik lagi terutama puak puak yang cukup bermusuhan dengan demon sejak zaman berzaman.

Chloe sebenarnya dia telah berbincang dengan Charlos dan Vex mengenai ini.Mereka berdua juga setuju dan akan menyertai juga pertemuan itu nanti.

"Jadi bagaimana" tanya Chloe setelah terang secara keseluruhannya.

"Kami tiada masalah tetapi.....baru baru ni ada demon menyerang desa dwarf dan beastman harimau.Ada yang mengambil kesempatan dalam pertarungan unknown" jawab Alruna tidak berbohong mengenai ini.

"Begitu... nampaknya tidak mudah seperti yang ku jangka kan." Nada Chloe berubah sedikit kecewa.

"Tapi Chloe jangan bimbang....kami akan uruskan supaya mereka turut datang ke pertemuan perdamaian ini" ujar Alruna tersenyum lebar.

"Kalau aku yang datang pasti mereka langsung menyerang aku" gumam Chloe seperti pasrah.

Noah dari tadi hanya diam.Dia tahu jati diri Chloe tapi yang dia hairan mengapa Chloe ingin tanggung banyak beban.Dan dia jadi ingin tahu kenapa Chloe masih tidak membuka kan topengnya.

"Erm Chloe boleh kutanya" akhirnya Noah membuka suara.Chloe menggangguk perlahan.

"Pertemuan itu akan diadakan dimana?" tanya Noah.

"Tentunya istana musim" jawab Chloe bersahaja.

"Bukannya istana itu tersembunyi? Bagaimana kalau ramai ketahui keberadaan istana itu? Kalau mereka curiga?" Tanya Noah bertubi-tubi.

"Apa alasan Chloe memilih istana kuno milik anda itu?" tanya pula Alruna.

"Pertama...istana itu memang tersembunyi dan yang telah Yernia aturkan...Kedua mereka tidak akan tahu kerana untuk ke istana musim tiada jalan tepat.Ianya seperti dungeon sesat...yang ketiga tidak akan dicurigai kerana istana musim tempat netral.Dipenuhi mana netral.Dan yang terakhir,itu adalah rahsia" jawab Chloe satu persatu soalan yang diberikan.

'Dan juga mungkin mereka berempat diajar cukup cukup di dungeon buatan Yernia' tambah Chloe dalam hati.

"Jawapan yang agak memuaskan.Saya akan berusaha yang terbaik untuk mengundang mereka....tapi anda kata istana musim tiada jalannya lalu kita akan bertemu dimana?" ujar Arluna.

"Wilayah elf...kalian boleh dipercayai bagi mereka...bolehkah?"

"Itu saya perlu berbincang dengan tetua lainnya dan penduduk desa...saya akan segera khabarkan berita baik" jawab Alruna.

"Terima kasih"

Alruna memandang ke arah Noah yang diam tapi seperti nak bercakap dengan Chloe. Dia bingkas berdiri.

"kelihatan tuanku raja mahu berbual peribadi dengan Chloe....Saya turun ke lobi ya dan tuanku anda jangan lambat maka anda akan ditinggalkan " ujar Alruna lalu menghilang.

"Dasar nenek tua itu" gumam Noah agak kesal.Lalu ia terpandang Chloe.Canggung kejap.

Ekhem...."Bagaimana dengan keadaan mu sekarang ni?" tanya Noah.

"Aku baik baik sahaja...." jawab Chloe bersahaja.

Noah pandang ke arah Chloe lalu menghela nafas berat."Kau ini.....memang tidak berubah juga"

"Kau juga" balas Chloe tersenyum sinis disebalik topengnya.

"Bagaimana dengan abang mu? Apakah dia tahu tentangku?" tanya Noah.

"Sama seperti biasa...Dia hanya tahu orang yang aku bertemu harini adalah raja elf dan tetua elf.Kalau dia tahu kau adalah Noah yang kami kenali.....mungkin dia agak 'bersemangat' sikit untuk bermain." balas Chloe

Noah tertawa pahit.Entah kenapa dia merasa merinding mendengarnya."Kalian masih seram....Oh ya bukannya dia ingin hidup normal"

"Normal? Normal dari mana lagi...Dari awal dia paling tidak normal...kalau aku memang 'waras' sedikit." jawab Chloe.Nadanya sedikit riang apabila berbual dengan kenalan rapat.Hilang sekejap rasa sedihnya.

"Mengaku juga" Noah tertawa terkekeh-kekeh.

"Lalu bagaimana dengan keluarga mu..." tanya Noah.

"Mereka sudah tahu jati diriku melalui abangku.....Mereka menerima aku dan abang dengan seadanya"

"Begitu......Chloe apa apapun kau harus kuat ya... Lindungi lah mereka....bukankah selama ini kau mencari hala tuju dan kebahagiaan yang ingin kau capai" balas Noah.

"Jangan pikirkan masa lalu lagi...Kau harus meninggalkan bayangan lalu dan pandang ke hadapan.Setiap tindakan dan fikirkan secara rasional.Jangan biar emosi ambil alih jiwa dan fikiran kau" tambah Noah dengan berbagai-bagai nasihat.

"Kau pemanipulasi orang dalam bayangan...jangan sampai diri kau dimanipulasi oleh perasaan dan orang asing yang mengambil kesempatan" ujar Noah lagi.

Chloe tersenyum kecil."Kau ini masih memberi nasihat seperti emak emak seperti dulu...padahal jiwa aku lebih tua dari kau"

"Aku tetap anggap kau adik....kerana kau pendek" ujar Noah dengan wajah tanpa rasa bersalah.

"Ada yang mahu pulang tanpa kepala nanti" kata Chloe sambil mengetuk ngetuk pedang  yang disisipkan di pinggang nya.Kesal dikatakan pendek.

Noah malah tertawa."Ya ya aku gurau sahaja..." Mana mungkin dia pulang tanpa kepala nanti.Nanti mati lah kan.

"Sepertinya aku harus pulang...Haishhh malasnya....nanti nenek kebayan tu ceramah aku pula...Chloe boleh aku tumpang kediaman mu" ujar Noah dengan polos.

"Tidak....nanti ada peperangan pula kalau kau ada....Lebih baik jangan" awal awal Chloe tolak.Alah macam tak biasa.Kalau kantoi bawa lelaki naye ada yang ngamuk.

"Kalau istana musim?" tanya Noah.

"Tidak...para bawahanku sedang berkumpul disana....." Bantah Chloe.

"Lalu aku akan tinggal dimana?" tanya Noah lagi dengan wajah innocent.

"Oho rajaku....adakah anda sudah lupa kampung halaman anda" tanya Alruna dari belakang.

Noah terus merinding.Dengan perlahan-lahan pusing kebelakang.Kelihatan Alruna tersenyum manis namun seram dimata Noah.

"Tuanku raja terlalu lama berbual jadi saya mengecek ternyata anda mahu lepaskan tanggungjawab anda....jadi saya harus membawa anda pulang...Adakah Chloe keberatan untuk kami pulang segera" Alruna terus pandang ke arah Chloe.

"Tidak...kalian boleh pulang bila bila atau mahu datang bila bila sahaja..." jawab Chloe dengan selamba.

Alruna terus menunduk sedikit kerana hormat dengan Chloe.Dan memberi jelingan maut pada Noah agar ikutinya pulang.Noah hanya mampu pasrah dan berserah setelah melihat Chloe melambaikan tangan.

Setelah kedua dua elf itu pergi,Chloe membuka topengnya dan berbaring disofa.Dia tutup wajahnya dengan lengan.

"Hala tujuku dan kebahagiaan ya" Chloe tersenyum kelat.Tanpa ia sedar air mata jernih yang mengalir.Chloe turut tertawa sinis pada dirinya.

.
.
.

Tbc

Yow ..three chap gais...terajin kejap

Ade yg rindu nis tak.....kalau takde takpelah....Hiks hiks....

Always use fantasy logic ya....abaikan segala typo nis tu....

Harap korang enjoy my story n comment..uhuk...takpelah x comment pon asal sudi vote...

Oke cau

Bye Assalamualaikum

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now