✧°KTR 152°✧

Start from the beginning
                                    

"PERGIIII!!!!!! AYAHANDA MASIH ADA....KENAPA KALIAN TANAM DIA HIDUP HIDUP" Alexia histeria.Pelayan yang setia dengan Alexia mampu menunduk ke bawah.

Pelayan yang lainnya juga takut takut mendekati Alexia.Bukan apa mereka semua hampir sekali dicederakan kerana pasu pecah.

Alexia mengambil serpihan kaca pasu dilantai dan ingin menoreh nadinya dengan kasar.Untung sempat dihalang oleh Chloe.

"Kakak!? Apa yang kakak lakukan?" ujar Chloe dengan cemas.Dia tidur selama lima hari penuh seletah pertarungan dengan unknown kerana kehabisan energi.

Apabila ia terbangun tentunya terkejut setelah mendengar khabar Alexia mengamuk dan menangis secara tiba-tiba.Namun dia masih dalam penyembuhan,jadi dia belum boleh keluar.

Seminggu kemudian,Chloe melawat Alexia ke istana.Keadaan Alexia tidak terurus ditambahkan lagi kebimbangan Empress dan Alvino pada Alexia.

Dalam masa itu juga banyak bangsawan yang menentang Alexia menjadi penerus takhta untuk diserahkan pada Alvino. Chloe membantahnya dengan keras dan ancaman pada mereka.

Tetapi hal yang paling Chloe takutkan telah terjadi.....Alexia membencinya.

"LEPASKAN AKU......KAU PENYEBAB AYAHANDA DITANAM HIDUP-HIDUP!!!" Alexia meronta-ronta dilepaskan.

Chloe tersenyum pahit."Jangan begitu kak...." lirih Chloe yang masih pegang pergelangan tangan Alexia.

"AKU KATA LEPAS" Alexia malah menoreh pipi Chloe dengan serpihan kaca.Tapi Chloe tetap tenang.

"Cik Chloe...biar kami tangani" ujar pelayan setia Alexia yang risau keselamatan Chloe.Ini kali kesepuluh Chloe dilukakan.

"ALEXIA!!!" Seorang lelaki masuk ke dalam kerana tidak tahan melihat Chloe diperlakukan begitu.Itu Kayden.Oleh kerana dia mendengar khabar tunangannya menjadi gila,dia terus kesini.

Kebetulan dia bertemu dengan Chloe di gerbang istana jadi mereka pergi sekali.Sampai je depan bilik Alexia,apa yang ia lihat memang benar benar terjadi.Chloe dahulu bertindak.

Chloe melepaskan pergelangan tangan Alexia kemudian dia pergi begitu sahaja.Alexia melihat Kayden terus menangis dan peluk tunangnya itu.Alexia terus terusan mengeluh.

Chloe berlari tidak tentu arah.Lalu bersandar ke arah dinding.Tanpa ia sedari air mata yang jernih mengalir deras.Sakit.

Dengan cepat cepat dia mengelap air matanya setelah dia mendengar tapak kaki menuju ke arah ini.

"Loe?" tanya satu suara.

Chloe terus menoleh ke arah suara itu."papa...siap dah ke kerja papa" tanya Chloe pura pura ceria.

"Hampir....papa rasa lah...." Arthur terus perasan pipi Chloe agak basah.Dia terus mengusap pipi Chloe.

"Kamu baru habis nangis ke, sayang" tanya Arthur dengan lembut.

"Tidaklah...." jawab Chloe tanpa bertatapan mata dengan Arthur.

Arthur tahu Chloe membohongi nya lagi.Setelah dia tahu semua kebenaran tentang Chloe dan Charlos,dia tetap menerima mereka berdua sebagai anaknya selama lamanya.Fakta itu tidak akan berubah.

Namun sekuat apa apapun Chloe,dia tetaplah mempunyai hati yang rapuh.Bagi Arthur untuk lindungi hati yang rapuh harus menjaganya dengan baik.

"Tentang Alexia lagi kah?"

Chloe tidak tahan ingin menangis lagi.Dia terus memeluk Arthur.

"Kakak benci padaku...Loe merasa bersalah dengan kak Alexia,aunty dan abang Vino......." Kata Chloe dengan terbata bata.

"Alexia tidak membencimu...Dia hanya perlukan masa untuk memahami situasi.....ini bukanlah salahmu...dan juga bukanlah salah sesiapa" Arthur menenangkan Chloe membelai rambutnya.

Chloe pun mengangkat wajahnya."Dah jangan nangis....tidak comel puteri kecil papa ni...senyum sikit" tambah Arthur.

Chloe tersenyum nipis.Lalu dengan cepat cepat ia mengelap air matanya."Kamu pulang dulu....lihat keadaan kediaman Schulz pula ya...entah bagaimana Ericc dan Charlos disana" ujar Arthur.

Sepatutnya Edward perlu mengurus kediaman Schulz tapi Edward dihantar ke kota sempadan Empayar Salvorte dengan Qarrios.

Katanya pemimpin kota disana sudah tewas oleh kerana itu salah satu tempat naungan bangsawan Schulz.Sudah menjadi tugas Edward untuk menguruskan nya.

"Baik papa" jawab Chloe dengan patuh.Dia pun mengundurkan diri lalu keluar dari istana ini.

"Art....aku minta maaf atas kelakuan Alexia...Chloe seperti agak kecewa " ucap Empress yang sejak tadi bersembunyi mendengar perbualan Chloe dan Arthur.

"Tidak mengapa....Aku tahu juga bagaimana kehilangan orang yang paling kita cintai... Alexia sama dengan Edward....mengambil masa untuk terima semuanya" jawab Arthur dengan nada cukup sayu.

"Tapi kita sebagai orang tua mereka harus memberi sokongan dan luangkan masa bersama-sama....jangan sampai mereka tersisihkan" tambah Arthur.

"Terima kasih,Art...meskipun kita hanya saudara tiri.....kau tetap menolongku" ujar Empress tersenyum kecil.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now