♕°KTR 137°♕

Start from the beginning
                                    

'Apa jadi kalau aku mengembalikan ingatan kau.....mencekik ku atau membunuhku terlebih dahulu....Aku tidak marah dengan perkhianatan yang telah kau buat...sebaliknya aku makin takut untuk menerima sikap abangku yang dahulu' batin Chloe.

"Chloe....kau ini kenapa...tidak mahu pulang...ayuhlah aku mahu tidur segera mungkin di katil yang empuk" kata Charlos dengan memuncungkan bibirnya.

"Charlos tetaplah Charlos" gumam Chloe.

"Ya ya....tidur sahaja yang kau fikirkan" ejek Chloe.

"Kau bayangkanlah semalaman tidak tidur.....dah macam mata panda aku ini" balas Charlos sambil menunjuk kan di bawah kantung matanya memang hitam.Nampak sangat dia tak cukup tidur.

"Alololo siannya....nanti balik aku dodoikan nak" tanya Chloe dengan wajah polos.Charlos mencebik kesal.

"Oh...sekejap ya...nanti mereka tidak pulang pula" ujar Chloe.

Kemudiannya Chloe buat letupan ais ke langit supaya mereka tahu signal penaklukan istana vampire telah selesai.Butiran salju turun di sekitarnya.

Charlos lalu mengambil segulung kertas portal untuk mereka pulang secara instan.Gulungan kertas portal kalau dijual berharga 10 emas platinum yang dimana hanya emas platinum dimiliki bangsawan kelas atas.

Kalau dah membuang 10 emas platinum begitu sahaja bermakna keluarga Schulz bukan setakat kuat dari segi militari bahkan perdagangan juga tidak kalah kayanya juga.

Sesampai di kediaman Schulz,

Mereka berdua disambut hangat oleh Cale."Selamat kembali Tuan dan Cik muda....Saya sudah menyiapkan keperluan anda berdua" ujar Cale menunduk hormat.

"Aku mahu pergi mandi" ujar Charlos lalu pergi.

"Cale Cale....apa makanan ada....aku lapar" tanya Chloe bersemangat.

Cale tersenyum melihat cik mudanya."Sarapan yang banyak telah terhidang di meja makan bahkan makanan kegemaran anda turut tersedia....anda mahu bersihkan diri atau makan sarapan terlebih dahulu"

Mata Chloe bersinar sinar mendengar ada banyak makanan lebih lebih lagi makanan favorit nya."Aku mahu makan terlebih dahulu" jawab Chloe dengan pantas.Perutnya dah bunyi konsert dah ni.Makanan adalah utama jangan pernah diskip.

Cale menggangguk kecil."Kalau begitu,biar saya iringi anda ke ruangan makan" kata Cale.

"Papa masih belum pulang?" tanya Chloe

"Tuan Grand Duke ada pulang sebentar tadi dan terus pergi...tidak pasti kemana" jawab Cale.

"Oh ya....Kalau Ricky-nii pulang, kata padanya tunggu di penjara Schulz...Kerana ada 'tamu' bersama Ricky-nii tu" pesan Chloe.

"Baiklah Cik Chloe" jawab Cale dengan tenang.Dia sangat faham apabila perkataan 'tamu' tu.Sepertinya dia harus persiapkan 'alatan bermain' untuk tamu kehormat ini.

Sementara Dinaile serta yang lainnya,

"Mengapa mereka semua menurunkan senjata" tanya Dinaile pada Uma.

"Itu hal yang bagus....oleh kerana sudah pagi maka kita harus pulang...." jawab Uma menyarungkan kembali belatinya.

"Tetapi apakah tidak apa apa membiarkan mereka ini?" Celah Nio yang turut membatalkan sihirnya.

"Kurasa tidak apa apa....lagipula tugas kita hanya mengulur masa sampai penaklukan istana vampire selesai..Benarkan Earste" jawab Leo.

Earste hanya memerhati dahulu gerakan selanjutnya para demon sebelum menggangguk perlahan."Lagipula master sudah memberi signal sihir..." Dia ada lihat letupan sihir ais milik Chloe tadi.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now