♕°KTR 128°♕

Start from the beginning
                                    

"Aku hanya meminjamnya...nanti kupulang semula...dasar kedekut" jawab Arthur lalu menghirup teh.

"Abaikan sahaja mereka" ujar Edward.Charlos dan Ericc menggangguk faham secara serentak.

"Erm....wanita itu siapa? Agak berani memarahi Grand Duke" tanya Arslan keadaan separuh berbisik.

Belum sempat mereka menjawab,wanita itu terus duduk di tempat kosong bersebelahan Arslan."Namaku Reese Ernold....Maaf tiba tiba aku masuk tanpa sopan santun....." ujar Reese nada lebih lembut.

Atheia dan Arslan menggangguk patuh.Dan berkenalan secara singkat dengan Reese.

"Oh Eddy, Ricky,Arl....kalian sihat sihat sahajakan...Sudah lama aunty tidak memeluk kalian" Reese bingkas bangun lalu ke arah mereka dan menyerabai rambut ketiga tiga jejaka itu.Dan peluk style agak kasar.

Pasrah jelah dengan kelakuan makcik mereka yang terlajak sendu kerana singlet eh single."Reese...kalau semata mata ingin menceremahiku hanya kerana aku meminjam orang orang mu sebentar sebaiknya tidak perlu" ujar Arthur.

"Apa kau kata?!!!!"

"Nanti aku jelaskan.... sekarang ini masih ada tetamu" ujar Arthur yang masih tenang.

BUMMM

Aura yang kuat sampai dirasai oleh seluruh penghuni Schulz walaupun sedang hujan.Arthur dan ketiga anak lelakinya saling berpandangan.Bahkan Atheia dan Arslan merasai tekanan yang sangat buruk bagi mereka.Untung sahaja Reese mengalirkan mana pemulihan buat mereka secara perlahan-lahan.

"Loe" Charlos dengan wajah cemas bingkas berdiri dan terus pergi meninggalkan mereka.

"Mananya sedang meluap...Segera menyusul Arl" ujar Arthur.Dia bingkas berdiri untuk memanggil si Asterope tu.Guru kepada Chloe dan Charlos.

Edward dan Ericc secara bersamaan pergi ikuti Charlos.Iris turut bimbang kerana Charlos keluar tanpa pakai sebarang untuk berlindung dari hujan.Dia keluar begitu sahaja.Begitu juga Edward dan Ericc.

Iris harap Chloe serta dua tuan muda lain baik baik sahaja.Meskipun pelayan mahupun para pengawal adalah anggota Schulz tetap sahaja tidak boleh mendekati darah asli Schulz sekiranya mereka mengalami luapan mana kegelapan.

Charlos tercari cari keberadaan adiknya.Setahunya Chloe sungguh benci hujan tapi mengapa dia merasakan luapan mana Chloe di tengah-tengah hujan.Melihat sahaja Chloe akan terus duduk di tempat dimana yang dia takkan dapat melihat hujan.

Akhirnya Charlos melihat,Chloe terbaring dipangku seseorang yang asing.Jelas Charlos melihat Chloe sedang menahan kesakitan.

"Chloe!!!!" Dengan segera Charlos ke sana.

Orang yang memangku Chloe terkejut dan memaling ke arah suara tadi.Rupanya itu adalah Zie.

"Apa yang kau perbuat pada adikku" tanya Charlos agak kasar.Melihat adiknya pucat lesi membuat dia hampir hilang kawalan.

"Bawanya masuk...manusia boleh sakit apabila mandi hujan begini" jawab Zie dengan tenang.Charlos ingin bertanya lebih tetapi lihat keadaan adiknya seperti tiada masa.

Charlos tanpa basa basi mengendong Chloe untuk dibawa masuk ke dalam.Memang satu kediaman kecoh.Zie mengikuti sahaja Charlos ke bilik Chloe.Sebenarnya dia baru sahaja sampai diistana dunia bawah.Zie mendapat tahu ada yang menyerang Vex ketika dia berada di perbatasan dunia permukaan.

Vex terluka dalaman agak parah.Dia sedang dirawat oleh Azz serta Nicole.Zie terus bergegas mencari keberadaan Chloe.Kerana Vex terluka pasti Chloe sedang terluka.Impak luka yang besar boleh diterima oleh pasangan sekiranya tidak diubati.

Memang kecoh kediaman sampai tiada satu yang menyedari kehadiran Zie.Zie menghela nafas lelahnya.Bagaimana Chloe boleh baik baik sahaja tanpa situasi terkendali?

Arthur dan Reese baru sampai."Apa yang telah terjadi dengan Chloe" tanya Arthur bergegas ke arah putrinya terbaring di katil.Charlos berada di tepi katil seperti frustrasi.Aliran mana Chloe tidak stabil.

Tiada satu yang menjawab...."APA PENYEBAB PUTRIKU BEGINI" tanya Arthur dengan lantang pada para pelayan bahkan pada anak anaknya.Aura intimidasi milik Arthur lebih kuat.Terkaku dibuatnya.Hanya Charlos abaikan Arthur.

"Arthur...tenanglah" celah Reese.Setelah dia memasang pelindung pada para tetamu,dia turut bergegas bersama Arthur kesini.Arthur kemudian mundar mandir cuba menenangkan diri.

"Biar aku memeriksa nya terlebih dahulu" sambung Reese lagi.Dia terus duduk di birai katil.

"Oh ya.....sila keluar yang tidak berkaitan" ujar Reese sambil memeriksa nadi Chloe.Reese mengeskperisi perasaan terkejut setelah merasakan nadi di pergelangan tangan Chloe.

'Mananya dialirkan pada organ luka? Ini aneh.....ada mana asing juga yang terikut campur...mana seperti ini adalah vampire....' batin Reese.Reese bingkas berdiri.

Asterope baru sampai tapi langkahnya terhenti setelah melihat Zie di hujung ruang tersebut."Oho....aku tahu puncanya" gumam Asterope melirik curiga pada Zie.

Zie menyedari dia diawasi dan berdecak kesal.'Demon King Pride....cih....patutlah aku bau hal yang tidak enak' batin Zie.

"Tuan Asterope...boleh anda melihat anak saudara saya ini...Memang saya doktor tetapi hal mana saya kurang berpengetahuan" ujar Reese.

"Ya...aku akan melihatnya" Asterope berdiri di hadapan katil Chloe.Matanya melihat dari atas sehingga bawah lalu mendesah perlahan.

"Bagaimana tuan Asterope...apa adikku baik baik sahaja" tanya Edward.

"Hm.....maaf aku terlalu lancang tetapi...Cik doktor sila keluar sebentar..." ujar Asterope.Reese terus mengerti.

Yang tinggal hanyalah Edward,Ericc,Arthur dan Charlos serta Zie."Nenek lampir...baik kau jelaskan apa yang terjadi" ujar Asterope agak dingin.Dia memandang ke arah Zie yang berdiri di hujung ruangan.

Barulah Edward,Ericc dan Arthur sedar keberadaan Zie.Charlos tahu sejak tadi dia ada cuma malas kesahkan vampire tu.Ketiga tiga lelaki itu terus berwaspada melihat Zie.Aura vampire Zie memang besar yang berkemungkinan dia merupakan tetua Vampire.

"Aku tidak memerlukan diperkenalkan secara kurang ajar....Kalian Keluarga terdekat Ci-" belum sempat Zie mahu bercakap malah diserang terlebih dahulu.Tetapi reflek Zie juga cepat.Pedang Ericc ditahan dengan satu jari Zie.

"Apa hubungan kau dengan adik kami" tanya Ericc dengan mata violet bersinar terang.Kekuatannya terdapat jurang besar dengan Zie.

Zie menghela nafas berat ."Manusia...tenanglah...aku tidak ingin berkonflik dengan keluarga Cik Chloe..." ujar Zie.

"Ericc" Arthur buat isyarat pada putera keduanya agar tenang.Jangan melakukan tindakan yang terburu-buru.Ericc terpaksa ikut arahan tetapi matanya tak lekang memandang Zie dengan tajam.

"Sebelum itu...Aku Zie......tujuanku adalah untuk memastikan keadaan Cik Chloe dan rawatnya" ujar Zie seringkas mungkin.

"Apa maksudmu?" tanya Edward dengan curiga.Kata kata Zie sungguh mencurigakan kerana mana mungkin vampire akan menolong manusia tanpa sebab.

"Aku menghormati keputusan Cik Chloe untuk tidak membuka mulut....Secara ringkasnya,nyawa Cik Chloe dalam bahaya...Jadi-"

"Apa itu gara gara baj*ngan vampire tu?" Celah Charlos agak lantang.Dia sejak tadi hanya berdiam tetapi sekarang dia tidak berdiam melihat adiknya sengsara begitu.Charlos fikir mungkin Zie ini bawahannya Vex yang pernah Chloe ceritakan.Dipaksa juga si Chloe buka mulut hari tu.

Zie tidak menjawab bahkan tiada reaksi."Arl apa kau tahu sesuatu" tanya Arthur melihat raut Charlos seperti marah pada Zie.

"Gara gara tuan dia......buat nyawa Chloe terancam" kata Charlos serasa ingin serang Zie tetapi dia bersikap rasional,waras dan normal.Jangan sampai mengamuk tak tentu pasal lagi.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now