♕°KTR 127°♕

Start from the beginning
                                    

Takkan dia mahu halau pulak para tetamu sepenting itu pergi.Hampir 2 jam dah para tetamu menunggu.Edward sedang melayani mereka.Entah layan atau jadi tempat kubur tak tahu.Bukan dia tak perangai tuan muda yang satu tu.Si Ericc tu menghilang sejak pagi tadi.

Cklek...

Huarghh...Charlos baru keluar bilik.Dia lapar jadi terpaksa menggumpulkan tenaga untuk rajin dan bangun lalu keluar cari makanan.Seketika Iris melihatnya dengan mata berbinar binar.

"Tuan Charlos....tolong saya" ujar Iris.

"Err.....aku nak ke dapur.Mahu cari makan" jawab Charlos tanpa basa basi mengatakan niatnya.Cari makanan then sambung tidur.Bila kenyang lena gila tidurnya nanti.

"Tolong saya melayani tetamu penting...mereka ingin bertemu Cik Chloe...Tampaknya Cik Chloe sedang terburu-buru..Anda sahaja harapan saya" ujar Iris bersungguh-sungguh.

"Tetapi aku nanti mahu sambu-"

"Tuan Charlos,nanti nanti lah tidurnya... sekarang anda harus melayani tetamu penting" celah Iris.Dia tahu sangat perangai Charlos suka tidur tak menentu ini.Dia dan Mary kan jaga Chloe dan Charlos sejak kecil lagi.Tahu lah selok belok tabiat mereka.

Charlos mahu melarikan diri tetapi tenaga Iris menariknya lebih kuat.Pelayan Schulz tidak normal seperti majikan kediaman ini harap maklum.Haish Charlos tiada tenaga mahu melawan jadi dia biarkan sahaja diheret dengan pasrah.

"Kak iris,siapa yang terlalu penting sampai terdesak begini" tanya Charlos yang masih diheret.

"Nanti anda tahu sendiri... Sekiranya saya memberitahunya sekarang anda akan melarikan diri" ujar Iris sambil tersenyum manis.

"Entah kenapa aku makin mahu larikan diri kalau Kak Iris sudah kata begitu" ujar Charlos.Iris hanya diam dan meneruskan jalan sambil mengheret si Charlos ni.

Sesampai sahaja,Iris berhenti mengheret."Tuan Charlos sila berdiri...dan rapikan penampilan anda" kata Iris dengan tegas.

Mahu tak mahu Charlos ikut sahajalah...dia juga malas nak tadah telinga mendengar bebelan Iris ni.Lepas Charlos merapikan pakaiannya,Iris terus menolak Charlos masuk ke dalam ruangan tetamu dan menutup pintu tanpa amaran.

Charlos geram juga tetibe dia dipaksa masuk.Dahlah tanpa amaran lagi.'Penting sangat ke tetamu ni' batin Charlos.Baru sahaja mata Charlos pandang ke arah dua orang familiar dan abang sulungnya.

Charlos loading jap."Aku rasa aku salah masuk ruangan" kata Charlos ingin pergi.

"Arl....jangan melarikan diri..... Sekiranya Loe tidak kesini maka kau penggantinya bukan" suara abang sulungnya membuat langkah Charlos terhenti.

"Hah....ya ya " dengan kesalnya Charlos duduk bersebelahan Edward.Wajahnya langsung tidak berpuas hati.

"Apa kau menyambut tetamu tetamu penting ini" tanya Charlos.

"..." Edward memandang Charlos aneh.Kenapa tanya dia begitu.Sambutlah nikan...tiada siapa yang mahu mulakan percakapan jadi sejak tadi senyap jelah.Macam kubur pun ada.

"Mana papa dan Ericc" tanya Charlos lagi.

"Entah" jawab Edward sepatah.

'Parok si Edward.... mengalahkan aku je' batin Charlos.

"Jadi apa tujuan kalian ke sini Putera Arslan dan puteri Atheia" tanya Charlos straight to the point.Walaupun dah lama tak jumpa tapi Charlos masih mengingati wajah mereka semua.

"Tujuan kami......."

Sementara Chloe,

Chloe berdiri tegak di arena setelah menukar pakaian latihannya.Menunggu kedatangan Dinaile dan Mikaela.Apa apapun kemungkinan terjadi,dia harus membuat keputusan yang tepat pada akhirnya.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now