♕°KTR 126°♕

Start from the beginning
                                    

Mara Chloe terus berbling bling..."mahu lah....tapi janji jangan kasi tahu Eddy dan Riky...bahaya" balas Chloe bersemangat.

"Iya iya....memang tak ah aku nak beri tahu apa yang adik aku mahu buat" ujar Charlos tersenyum nipis.Nampaknya suasana hati Chloe mulai membaik.

"Arl memang terbaik..."

"Aku tahu" Charlos kembang hidung dibuatnya.

"Oleh kerana suasana hatimu membaik sila jujur denganku tentang lelaki asing yang menari denganmu" Charlos saja ingin perangkap si Chloe dengan pembuka kata dulu.

'Perangkap nj*r....siapalah ajar abang aku ni hal terlajak licik ni ....eh kejap bukannya aku yang ajarnya' batin Chloe.

Chloe terus berkeringat..."Erm perlu ke ddd-dia tak berapa penting pun..kenapa tanya" Chloe tidak menatap langsung ke arah anak mata Charlos.Bermakna Chloe membohongi nya.

"Tidaklah,tempoh hari kau tak pulang tengah malam tu aku tunggu kat bilik kau kot kot ada tanda tanda kau pulang...Tengok tengok ada lelaki asing yang gendong kau ala bride style masuk then diletakkan di atas katil...so pertanyaan aku,adakah dia lelaki yang sama menari denganmu" kata Charlos dengan satu nafas.Semput dibuatnya.

Memang bercakap memakan energi berlebihan.Nanti sampai kediaman mahu rehat dalam biliknya,dikunci,dibarrier kan lalu hidup tenang tanpa mahkluk pengacau seperti Ericc.

'V-vampir b*d*....memang aku akan gali kuburan mu nanti....' batin Chloe.

"Aku tanya,dia siapa buatmu? Jawapannya sungguh mengherankan.Dia tidak berani memberi jawapan berlebihan katanya suruh menanyakan padamu..Jadi apa hubungannya denganmu Chloe,adik termanisku lagikan cantik" sambung Charlos dengan senyuman manis seram.

Jadi apa hubungannya denganmu Chloe,adik termanisku lagikan cantik" sambung Charlos dengan senyuman manis seram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ditambah pujian Charlos menyebabkan Chloe rasa ngeri.Charlos merupakan orang yang terlampau jujur dan susah mahu puji orang lain termasuklah Chloe sendiri.Lambat lagi ke perjalanan sampai ke kota Schulz.Bukan apa sebabnya dia rasa jauh sangat nak sampai.

Oleh kerana pengurusan perjalanan diserahkan sepenuhnya pada Charlos mungkin dia tak gunakan gerbang teleport malah guna jalan jauh untuk bercakap mengenai ini.Chloe tak tahu nak puji ke maki ini orang.

"Ada apa adik manisku kenapa diam hmm....tidak mahu beritahu...kalau begitu akan kucari sendiri maklumat nya sehingga ke lubang cacing" mata violet Charlos bersinar terang.Charlos serius.

"Ha-haih....baik baik.....aku mengalah...mode overprotective kau tahap kritikal berbanding yang lain" gumam Chloe tapi dapat didengari lagi oleh Charlos..

Chloe menarik nafas dalam dalam...memang sejak dulu pilihannya untuk terlibat dengan Vex.Entah insting atau perasaan.Lambat laun keluarganya tahu juga.

Chloe mulakan cerita dengan pertemuan awal dia dengan Vex.Menceritakan kesemuanya tentang pertemuan dia dan Vex secara rahsia secara KEBETULAN bertemu.

Tapi Chloe tetap merahsiakan mengenai maklumat maklumat yang Vex berikan terlebih dahulu dan kejadian ketua penyamun pada hari itu harus dirahsiakan.Ada juga Chloe terlepas cakap mengenai artefak yang diberi oleh Vex sehingga terpaksa diceritakan jua.

Nak tahu reaksi Charlos.Tentunya marah kerana Chloe bahkan tak pernah menceritakan sedikit tentang hal ini.Tetapi dia perlu sabar, Chloe baru pulihkan mental dan semangatnya...Takkan nak biarkan Chloe tertekan lagi.

Chloe mengakhiri ceritanya pada pertemuan sebelumnya sewaktu Charlos jumpa Vex mengendong Chloe sehingga ke dalam bilik.

"Ar-Arl...apa kau marah" tanya Chloe dengan suara pelan.

Charlos terus menundukkan kepala seketika dan menghela nafas berat.'Marah itu ada,sebab kau menipuku....tapi mana mungkin aku mahu memarahi adikku yang rapuh ini...kau separuh jiwaku dan nyawaku serta alasan aku ingin hidup.Tanpa kau mana mungkin aku mahu menghadap realiti' batin Charlos.

Chloe gelabah kerana Charlos diam sahaja...Dia tahu dia salah tetapi dia takut Charlos mulai membencinya.Charlos kan benci pada penipu.

Air mata jernih mengalir di pipi Chloe.Charlos terkejut bukan main...dia belum berkata apa apa lagi."Ke-kenapa kau nangis" tanya Charlos bersuara rendah.

"A-aku ta-takut kau be-benar benar membenciku...." kata Chloe terbata bata.Charlos terus memeluk Chloe untuk tenangkan si adiknya.

"Shhss....aku tak marah....aku hanya marah pada lelaki yang telah buat adikku begini sahaja" ujar Charlos bernada lembut.

"T-tapi Vex t-tidak salah...ak-aku yang terlalu degil dan ingin tahu" Chloe pertahankan Vex sebab Vex pun banyak menolongnya tanpa keraguan.

Charlos menggosok gosok kepala Chloe dengan lembut."Shsh....jangan salahkan dirimu lagi....nanti kalau kau mahu jumpa nya lagi aku akan kuikut sekali ya...Sebagai balasannya,aku akan merahsiakan untukmu" ujar Charlos...

Chloe menangis perlahan di bahu Charlos.Mungkin tangisan kali ini untuk melepaskan tekanan batinnya.Jadi Charlos membiarkan adiknya menangis sehingga tertidur di pangkuannya.

Selang beberapa minit,kereta kuda sudah memasuki perkarangan kota Schulz.Charlos hanya mampu melihat pemandangan luar tingkap sambil menyeka air mata jernih di pipi Chloe dan turut membelai rambut adiknya.

'Vampire yang aneh....haruskah aku berikan sedikit pelajaran tanpa melukai nya....kalau aku melukainya pasti adik kesayangan ku turut terkena tempias..dasar ***** jdjn?!!;**** ****** *** aahhh pengecut...' habis semua keluar dalam batin Charlos.

'Hah...mana mungkin aku mahu jadi penghancur kebahagiaan adik sendiri.' sambung batin Charlos.

Kemudian kereta kuda mereka masuk ke perkarangan kota Schulz sehinggalah sampai ke kediaman mereka.Mereka diaambut hangat oleh semua anggota Schulz.

Oleh kerana Chloe sedang tertidur pulas,Edward yang menawarkan diri untuk gendong Chloe sehingga ke bilik Chloe.Charlos hanya membiarkan abang sulungnya yang uruskan sebab dia pun penant juga kerana berlama lama duk dalam kereta.

Menyesal juga tak guna gerbang teleportasi.Habis sakit belakangnya.Jadi Charlos pinta untuk masuk ke dalam biliknya untuk tidur sampai besok atau lusa.Dia tak nampak pulak si Ericc tapi apa dia kesah.Lebih bagus masuk bilik secepat mungkin,pasang barrier lalu tidur.

Peace of world.Bye bye dunia....jumpa esok atau lusa.'Waktu tidur emas ku datang' batin Charlos meloncat kegembiraan.

.........

Tbc

Okie....:V

11 chap je nis mampu....harap korang puas ler...Demi korang nis memeras idea.Alhasil selama sebulan mampu 11 chap je....harap maklum walaupun korang tak mahu tahu.

harap maklum walaupun korang tak mahu tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Sedang memikirkan homework*

Bye assalamualaikum,

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now