"Kau ini aku mampu bersabar sejak dulu sehingga sekarang" mata Vex mencerlung tajam ke arah Kyrea.

Kyrea pulak tersengih provok...."Heh aku tidak tahu dengan menyentuh gadis manusia itu,kau terus datang dasar vampire cacat"

Vex menajamkan tatapan membunuhnya ke arah Kyrea.Dia dah lama menyabarkan diri demi bawahannya dan gadis pujaan nya.Namun salah satu penjaga dunia bawah membuat dia kesal apabila mendengar laporan tentang klan ini,dan bergegas ke sini tanpa isyarat.Dan meninggalkan Azz yang sedang menguruskan kekacauan yang ia buat tadi di istana.

Tanpa Vex sempat berbuat apa apa dia terpelanting akibat sesuatu kekuatan sihir.Dia sampai lupa sekiranya disini ada ketua klan Dempire. Untung Vex sempat mendarat dengan kedua kakinya daripada terluka.Damage yang ketua klan berikan juga tidak boleh bawak main.Darah perlahan mengalir di bibirnya.

'Aku tidak boleh sampai terluka.... sekiranya tidak gadis kecilku turut terluka akibat perbuatan ku..Maafkan aku gadis kecil...pasti sekarang kamu akan kesakitan' batin Vex terus mengelap darahnya.

"Berani vampire cacat seperti mu menjejakkan kaki mu disini.....Apa kau memang mahu mati di tangan ku" ujar pak tua itu dengan dingin.

"Kyreaa!!!" suara seorang wanita yang paling Vex rindui berlari ke arah Kyrea."Apa kamu kesakitan" tanya wanita itu dengan lemah lembut.

Kyrea menggangguk kelesuan padahal ia pura pura.Kerana wanita itu adalah ibunya.Wanita itu terus berdiri lalu ke arah Vex.Vex seperti mengharapkan dipeluk oleh ibu kandungnya sendiri namun apa yang ia dapat adalah tamparan yang memeritkan.Sehingga mengalir darah pekat dimulutnya berterusan.

Suasana menjadi hening seketika,pak tua tadi serta para pengawal hanya tonton sahaja.

"Berani kau mencederakan satu satunya anakku.....kau fikir dengan kedatangan kau yang hina ini dapat meluluhkan hati aku... vampire seperti mu sepatutnya tidak pernah wujud di dunia ini" marah wanita itu.

Ingat tak sakit ke weyh.....sekuat apa pun dia tetap sahaja hati dia hancur apabila ibu kandungnya sendiri berkata demikian.Setidaknya dia pulang ke sini,dia masih mengharapkan ibunya memeluknya.Dia nak nangis....nak menjerit tapi dia tahu itu akan membuat dia terlihat lemah pada orang yang pernah menindasnya.

Vex mampu tersenyum tipis lalu ketawa...."Kau fikir aku peduli.......aku hanya ingin melampiaskan amarahku padanya....Ketua klan....aku datang kesini hanya ingin menghajar budak mentah ini agar tidak mengusik hak orang lain" ujarnya dengan dingin.

Vex berjalan pergi namun dihalang ketua klan..."Setelah beratus tahun mereput di luar sana....aku biarkan kau hidup tetapi kali ini kau menjejakkan kaki ke sini....kau fikir boleh pergi begitu sahaja setelah menghajar cucuku" kata Pak tua itu dengan aura intimidasi agak kuat.

Nasib Vex sempat menggunakan auranya untuk melawan aura pak tua didepannya ini.Kedua aura mereka terlalu kuat sehingga berdampak ke arah sekeliling.Wanita tadi juga sempat memasang barrier melindungi Kyrea.

Tapi nasib Vex sedikit malang dikeranakan tiba tiba kutukannya datang tidak diundang sekarang ini.Timing yang sungguh kurang ajar masa ni.Darah perlahan-lahan mengalir di hujung bibirnya.

'Aku tidak boleh sampai terluka parah...kutukan si*l ini...' batin Vex sumpah serapah.

Azz berupa monster muncul entah darimana lalu menendang pak tua itu dengan kuat.Dia mengaum kuat sehingga sihir gema membuatkan retakan siling.Batu batu siling berjatuhan untuk menjarakkan mereka semua.

Kesempatan emas untuk Azz melarikan Vex daripada klan tersebut.Dia membuat lingkaran portal dan terus menghilang darisitu.

Debu debu bekas batu berjatuhan itu perlahan-lahan menghilang..."Hahahaha....menarik menarik....kalau aku bertemu kau lagi aku takkan melepaskan engkau" ujar pak tua itu dengan insane.

Azz meneleport mereka berdua di berdekatan dengan kota Salvorte."Tuanku.....anda terlalu gegabah ke sana tanpa persiapa apa apapun" ujar Azz.

"Mengapa kau bawa aku kesini" tanya Vex...mengapa pula wilayah kota Salvorte menjadi destinasi berlindung pula.Dan lagi bukankah satu batu di depan sana terletaknya Akademi Vorte.

"Tuanku...hamba masih perlu mengisi tenaga mana untuk meneleport terlalu jauh....ini sudah dikira jauh dan hamba pergi tadi merata tempat mencari tuanku tahu" bebel Azz.Dia geram kekadang yang Vex terburu buru apalagi kalau sedang marah.

Sebenarnya Azz sempat juga tadi melihat ibunya Vex yang sedikit pon tidak memandang mereka.Bahkan Vex berwajah simpati juga tidak dipandang.'Hamba harap tuanku akan mendapat kebahagiaan suatu hari nanti' batin Azz.

Vex perlahan lahan berjalan..."Tuanku mahu kemana" tanya Azz.

Vex mengerling tajam...."Jangan ikuti aku buat sementara waktu...aku mahu tenangkan fikiran sebentar" ujarnya dengan dingin.Azz mampu menghela nafas melihat kepergian Vex.Arahan tetap arahan tapi dia masih risaukan keadaan emosi Vex sekarang ini.Takut dia pi bunuh manusia ja di siang hari ini.

Sementara Chloe pula,

Chloe baru lepas mandi dan sedang menyarung kan bajunya namun tiba tiba....

Cough cough cough...Chloe menutup mulutnya kerana ini rasanya bukan batuk biasa.Agak menyakitkan didadanya.

Cairan merah terlihat di tangannya.Dan Chloe memandang datar darah tersebut.'Hm....perasaan yang tidak nyaman ini bukan perasaan aku' batin Chloe.Dia cepat cepat mengelapnya.

Tadi semasa ia mandi juga perasaan dia mendadak ingin rasa marah,kesal dan sedih.Tapi dia rasakan itu bukan perasaan nya kerana Chloe sendiri tahu, perasaan sebenar dia bagaimana.Sejak artefak itu apa mungkin? Think positif tidak mungkin Vex memberinya suatu hadiah yang membahayakan bukan.

'Oi Blue, kau masih hidup lagi' tanya Chloe.

Tiada jawapan....'hmm sepertinya aku tidak boleh menghubungi labah labah itu...ada sesuatu yang menghalangi daripada aku menghubungi Blue....tapi apa ya...' Chloe mengelamun seketika...

TOK TOK TOK.....
"Leila cepat bersiap......Kita akan ke kota"suara Jeslyn jelas dari luar pintu.

"Buat apa senpai" tanya Chloe cepat cepat menukarkan warna rambutnya kembali hitam dan mengikatnya.Tidak lupa juga memakai cermin mata.

"Apa kau sudah lupa....hari ini kita pergi berbelanja dengan izin pengetua....aku juga sudah meminta Ericc mengajak sekali abang kembaranmu juga" jawab Jeslyn.

'Arl kena paksa....aku turut berdukacita atas masa keemasan kau ini' batin Chloe.Dia tahu Charlos lebih suka tidur di waktu begini dan selalu dapat tangkap oleh kerana Ericc ni pro mencari orang bersembunyi

"Baik senpai...sebentar ya"

Chloe mengambil sanggul yang terletak di meja belajarnya...'Aku harap dapat bertemu dengan Vex....aku mahu menanyakan tentang artefak ini' lalu dimasukkan dalam beg dimensi.

Jangan lupa tau....Chloe anak murid penyihir terkuat di Empayar Salvorte,Asterope.Chloe mengambil bidang penyelidikan artefak jadi sekilas ia tahu itu adalah artefak kuno.

Chloe membuka pintu..."Ayuh pergi" katanya pada Jeslyn.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now