(Lebih kurang begini di setiap bilik penghuni asrama.Asrama lelaki juga begini...susah tahu nak cari gambar🥲)

Sementara Charlos,

'Duh...kenapa ya aku rasa akan ada sesuatu yang buruk? Nak kata aku bimbang si Chloe tu....budak tu mana pernah nak serius dalam hal ini...sia sia juga merisaukan dia' batin Charlos.Dia dan Mikaela sedang mengangkat beg ke bilik yang ditunjukkan oleh Ilijah.

Ilijah ingin memandu mereka sehingga ke bilik mereka.Tapi Charlos menolak supaya tak menyusahkan Ilijah.Jadi Ilijah just beritahu di mana terletaknya bilik mereka.Bilik mereka berada di tingkat 2.Jadi mereka perlu naik tangga.

'Hah....kenapa aku perlu sebilik dengan peti sejuk ini' keluh Mikaela.Hey tak sedar diri.Kau sama je macam Charlos.Dasar dua dua kutub ais utara.

Mengingat kembali keterangan Ilijah,disini lah bilik mereka.Charlos mengetuk terlebih dahulu.Oleh kerana tiada jawapan,masuk je lah..penat dah ni nak tidur.

'Wow bilik tak terkunci' batin Mikaela setelah Charlos membuka pintu.

Namun ada kejadian tidak disangka sangka.Bantal entah dari mana melayang ke arah wajah Charlos.Mikaela terkejut beruk melihat bantal tu melayang ke arah muka Charlos.Nasib dia berada di belakang.Kalau dia ditempat Charlos tak tahu apa jadi.

'Penyambutan yang sangat ramah...aku jadi menyesal mengatakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi' batin Charlos yang pasrah.

Rupanya rupanya ada Oryn dan seorang lelaki bermain kejar kejaran di dalam bilik sehingga membuat semua barang bersepah..Meriah benar suasana disini.Hendrix pula berada di sudut bilik hanya mampu menghela nafas berat.Menjadi kebiasaan dia menjadi tukang perhati.

Hendrix perasan kedatangan mereka terus ke arah mereka.Sambil berhati-hati supaya tak memijak barang barang dilantai."Masuk lah...maaf ya memang bilik ini dalam kondisi agak darurat" ujar Hendrix.Semua rakannya tidak ada yang waras kecuali Roxana.Ilijah,Jeslyn dan Oryn mahupun Ericc semuanya tidak waras apabila Ericc memulakan cari masalah terlebih dahulu.

"Kejarlah kalau boleh....dasar lambat" ujar suara yang sangat dikenali oleh Charlos dan Mikaela.

'Jangan kata.....ada orang yang menjengkelkan ada disini' batin Charlos.

"Ericc si*lan.....kau ni tidak pernah buat orang lain hidup tenang" marah Oryn.

Sedang Ericc lari baru sedar ada orang.Dia berhenti secara mengejut membuatkan Oryn terlanggar Ericc lalu terduduk ke lantai."Ericc si*l..." Oryn menggosok gosok kepalanya lalu mendongak melihat mereka.

Entah kenapa atmosfera disini menjadi lebih tegang dan hening.Otak Ericc memproses keadaan."Woah....kau sebilik dengan ku ya....aku ingat junior mana akan masuk ternyata kau dan siapa ya" ujar Ericc dengan gembira.Matanya tertuju pada Mikalea.

'Sudah nyanyuk rupanya....' batin Mikaela.Walaupun Charlos tak selalu berbual dengan mereka sekurang kurangnya Charlos mengingat nama mereka.Patutlah Charlos macam tak senang je melihat Ericc disini.Menjengkelkan

Hendrix tertepuk dahi.Ericc tak peka.Bukankah ada Oryn disini.Dan juga buat masa ini mereka kan sedang menyamar.

"Tidak...aku tidak mengenali kau" ujar Charlos dengan tenang tanpa perasaan.

"Kau kenal junior ni" tanya Oryn

"Sudah tentu aku kenal...dia tu a-" belum sempat Ericc nak kata lebih lanjut.Charlos terus memukul belakang leher Ericc.Oryn agak terkejut bagaimana Charlos yang berdiri di pintu masuk sudah berada dibelakang Ericc yang agak jauh beberapa meter.

Mikaela apatah lagi...terkejut juga si Charlos dengan selamba memukul Ericc iaitu abangnya sendiri tanpa perasaan serba salah.Charlos ada dendam apa weyh dengan Ericc ni🤣.

"Dia sudah mati ke" tanya Oryn selamba sambil mencucuk pipi Ericc menggunakan tangan bonekanya.

(Boneka Oryn)

"Masih bernafas dan dapat lihat matahari lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Masih bernafas dan dapat lihat matahari lagi...cuma akan pengsan selama beberapa jam" jawab Charlos.

"Terima kasih sudah mendiamkan rakan ku" ucap Hendrix.

"Tiada masalah...suaranya terlalu membingitkan telingaku" balas Charlos sambil buat thumbs up.

Manakala Oryn dan Mikaela menggangguk angguk faham.Yang peliknya Mikaela kenapa join sekali dengan si Oryn ni....Nasib kaulah Ericc dapat adik macam ni.
Beberapa minit setelah kekecohan kecil berlaku,Oryn pun keluar kerana dia perlu melakukan rondaan petang pula.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now