Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri..Chloe bingkas bangun lalu keluar ke ruangan makan.

Sementara di ruang makan,

Suasana hening...Mikaela,Dinaile,Ian dan nio menunduk sedikit kerana gugup.Mereka berempat dipanggil ke ruangan makan oleh Iris.Iris mengatakan Chloe sudah pulang,mereka semangat sebentar.

Apabila tiba di ruangan makan,hanya Ericc dan Charlos duduk bertentangan saling menatap bagaikan musuh mencetuskan suasana hening.Bahkan tiada satu yang menyentuh sajian sarapan di meja.Padahal sarapan mewah yang sedap apa.Apa benda mereka gaduhkan tidak tahu.

Dahlah Mikaela dan Ian lawan Ericc tempoh masih rasa murung lagi..Bermakna latihan mereka bagi Ericc hanya setipis kertas.Kerana Ericc serta keluarga Schulz dilatih sejak kecil.Tambahan lagi dengan pengalaman bertarung menambahkan jurang antara mereka.

Iris yang berdiri di belakang mereka turut merasai suasana hening...'Tuan Ericc....apa gunanya anda bergaduh dengan Tuan Charlos...hanya gara gara Tuan Charlos lebih dekat dengan Cik Chloe.Harap Cik Chloe datang segera' batin Iris menghela nafas kecil.

Panjang umur Chloe...Baru sahaja sebut sudah muncul."Selamat pagi semuanya...Apa kalian tidur nyenyak kelmarin" tanya Chloe sambil berjalan ke arah tempat duduknya.

Rata rata yang mengatakan setelah kedatangan Chloe...
'Akhirnyaaa....ada penyelamat dalam situasi begini'

Chloe terus mengerti setelah melihat muka Charlos yang makin mendatar.Chloe mendesah perlahan seperti sudah mengetahui apa yang terjadi.Meskipun begitu,dia malas melayani Ericc...Kerana sekarang ada orang lain selain daripada mereka.

"Maaf ya kerana kita tidak bertemu dalam tempoh yang agak lama... kemampuan kalian seperti nya sudah meningkat juga" mata Chloe melihat beberapa luka ringan di tangan mereka.Pasti itu goresan pedang dan latihan berat yang diberikan.

"Tidak apa apa Cik Chloe....dan terima kasih atas pujian anda" ujar Ian mewakili mereka berempat.

"Sama sama ......Oh ya....bila kalian akan ke akademi" tanya Chloe.Suasana tiba tiba menjadi suram.'A-aku salah cakap ke' batin Chloe dah gelabah.Baru Chloe teringat....mereka sudah tinggal disini dalam tempoh yang agak lama.Jadi mereka salah faham!!!!

"Ekhemm....bukan bermakna aku menghalau kalian...begini ya oleh kerana aku dan Charlos tiada kerja atau misi yang terlalu besar....kami memutuskan untuk ke akademi pada minggu hadapan" ujar Chloe dengan cepat cepat agar tidak timbul kesalahfahaman yang terjadi.

Charlos dan Ericc yang paling terkejut.'Padahal aku belum memutuskan lagi woi'  ujar Charlos melalui telepati.Nada dia tak puas hati.

'Keputusan ini lebih baik daripada memilih hukuman bukan...' jawab Chloe tersenyum kecil.

'Erkk....yelah aku akuinya'

'Jangan risau yer....nanti aku minta bayaran pada Master Guild dengan jumlah yang lumayan....'  jawab Chloe dengan senyuman licik.

'Bab wang kau laju eh....bangkrap juga guild tu kau buat' sindir Charlos.

'Sudah pasti.....dimana ada keuntungan yang besar disitu ada aku...aku tak kira asalkan keuntungan itu daripada pelbagai sudut'  jawab Chloe dengan nada jahat.

Charlos malas dah berkata apa...Chloe ni memang akan menang debat.Ada sahaja.Memang banyak keuntungan menjadi seorang hunter bagi Chloe.Wang,Informasi,Perdagangan,material berharga dan paling penting kesenangan membunuh.

Yang sebenar Charlos risaukan adalah Chloe memanfaatkan mereka berempat secara diam tanpa sedikit pergerakan.Dunia ni mana ada percuma.Sudah pasti ada bayaran yang mahal bagi membalas budi Chloe.Charlos paling faham akan sikap Chloe.Namun Chloe bukanlah sama seperti orang lain yang manfaatkan orang tersebut lalu dibuang begitu.

Bagi Chloe sekiranya orang yang ia manfaatkan itu sudah tidak berguna kebiasaan nya dia akan membebaskan orang itu untuk hidup berdikari.Kemungkinan orang itu akan berkembang sendiri atau jatuh putus asa.Itu terpulang dengan keperibadian mereka pula.Sama ada jatuh atau sukses.

"Mengapa Riky tak rahu tentang hal ni" celah Ericc nada panik sikit.

'Aik mengapa kau yang panik.... sepatutnya aku yang kena panik....sebab aku tak suka perhatian orang ramai' batin Charlos mengetus kesal.

"Papa yang beritahuku tentang itu kelmarin... Riky-nii....tidak suka Loe dan Arl satu akademi dengan Riky-nii" tanya Chloe pula.

"B-bukan begitu.....Yah aku ramai kawan boleh tahan tampan...mereka mungkin meminati mu...Itu aku takkan biarkan itu terjadi" ujar Ericc seakan tergagap.

"Jujurlah yang kau tidak mahu kami melihat sikap sebenar kau" celah Charlos dengan selamba.Dia baru habiskan sarapannya tinggal air teh sahaja untuk dihabiskan.Bila masa dia makan tak tahu.Ajaib betul.Chloe baru nak start makan.

"Kau memang mahu dihajar" kata Ericc sambil tersenyum paksa.

"Mohon maaf saya memang cukup dihajar"  jawab Charlos dengan tenang.Lumrah adik beradik.Kekadang Ericc buat Charlos kesal dan sebaliknya juga.

Chloe yang ingin makan dan berbual dengan mereka berempat dengan tenang hanya bisa tersenyum senget.Bukan apa dipagi hari memang tak sah kalau ada yang bergaduh dihadapannya di hari damai begini.

Oleh kerana kesabaran Chloe mencapai batas apatahlagi hari damai begini yang ia mahukan ketenangan..maka Chloe bingkas berdiri...Menarik kolar baju Ericc dan juga Charlos secara serentak lalu diheretkan tanpa rasa bersalah meskipun Ericc meminta dilepaskan manakala Charlos dah pasrah.

Memang salah dia juga jadi pasrah jelah perbuatan adiknya.Perbuatan Chloe tidak dicegah mana mana pelayan.Mereka hanya tonton dan tersenyum tipis.'Cik muda memang hebat menghukum mereka' batin Iris.

Dinaile dan lain ternganga dengan perbuatan Chloe.Kedua dua abang Chloe memang mengganggu tanpa mereka sangka Chloe memang sudah hilang sabar walaupun masih menerbitkan sekuntum senyuman yang manis.

Chloe mereka sehingga ke balkoni.Ruangan makan di tingkat satu jadi apa lagi melepaskan mereka ke tanah."Sebaiknya kalian berbaik atau aku yang membaikpulih perangai kalian....kalian duduk di luar dan jangan masuk tanpa kebenaran ku" mata Chloe bernyala sambil tersenyum manis.Ericc dah merinding seram.

Kalau Chloe sudah memakai perkataan 'aku' atau senyum begitu maka tiada ada bantahan atau ditambahkan lagi hukuman.Adik perempuannya lagi seram daripada ayahnya.Bukankah Chloe pernah kata 'memujuk dengan caranya' sudah pasti agak seram kalau dah kata macam tu.

Chloe terus tutup pintu balkoni supaya mereka berdua menyedari kesalahan mereka berdua.Dia terus ketempat duduknya lalu makan.

"Dimanakah topik kita tadi? " ujarnya sambil menopang dagu.Dinaile dan lain mulai berborak mengenai topik tadi.Ian mengatakan dia tidak akan ke akademi kerana sudah terlebih umur manakala Nio tak cukup umur lagi.

Jadi hanya Dinaile dan Mikaela sahaja yang pergi ke akademi.Mereka mengatakan untuk berasrama sahaja supaya tak menyusahkan Chloe selalu.Chloe juga mengatakan dia akan membayar semuanya tanpa ada bantahan.

Sudah pasti mereka agak terharu,mereka berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh.Chloe dan lainnya berborak sehingga tamat waktu sarapan.

.
.
.
Tbc

Nis minta maaf sangat-sangat sebab tak up hampir seminggu.Kebanyakan rutin harian nis jadi sangat sibuk dan jadi babysitter tak berbayar🙂🤣

Biarlah....thanks masih stay ngan novel ni

Merapu seperti biasa harap maklum dengan cerita kurang akhlak

Bye Assalamualaikum

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now