(😂I dont know why ....i want to laugh🤣)

'Aku hanya mahu bunuh putera b*j*ng*n itu sahaja' batin Chloe sambil mengomel dalam hati."Pff" Charlos hampir nak tergelak namun sempat ditutup dengan tangannya.Eksperisi Chloe terlalu kelakar.Jadi dia tahu yang Chloe sedang tak puas hati.

Dan lagi Chloe takleh nampak ia gelak...naye disindir habis habisan kerana kesenangan Chloe sekarang ni disekat oleh Alexia.Dia pulak mungkin akan dijadikan bahan.Nasib sayang.

"Anda Duke Eckarf ya....maaf sekiranya kelakuannya kurang sopan" ujar Alexia dengan ramah.

Duke Eckarf melihat Alexia berpenampilan puteri bangsawan.Dan rambut dan mata emas.Dia terus teringat akan Puteri Salvorte.

"Maafkan saya kerana lambat mengenali anda..Puteri Alexia... kekacauan di kota ini membuatkan mata saya kurang jelas.Apakah anda yang memanggil pasukan saya ke sini." ujar Duke Eckarf.

"Tidak mengapa.... lagipula saya tidak memanggil anda.Yang memanggil anda adalah dia" jawab Alexia sambil menunjuk ke arah Chloe.

Chloe menatap Duke Eckarf dengan dingin dan aura yang agak mencekam.Diingatkan sekali lagi dia sangat 'penyabar' orangnya.

"Sudah berbasa basinya~...aku lagi ingin membunuh orang ni" ujar Chloe membuatkan semua merinding mendengar nya.

"Yahh...bergurau" ujar Chloe sambil tertawa.Alexia menarik nafas lega...Ada pulak dia bergurau waktu begini.

Tiba tiba ada yang orang menyerang Chloe...namun dengan tangkas Charlos menghalang dengan pedangnya melindungi belakang Chloe.Semua menjadi terkejut kerana bila masa pulak Charlos ada kat situ.Bukan tadi agak jauh dari mereka.

"Putera Xian Feng....mengapa perlu anda bersusah payah menyerangku..." Chloe mengerling ke arah Xian Feng yang ingin menyerangnya.

"S-sejak awal aku sudah mencurigai mu....atau jangan jangan kaulah dalang disebalik kekacauan ini.Alexia kau pun sama kan " ujar Xian Feng yang terbata bata sambil menahan pedang Charlos.Wow semua keformalan sudah terbang ya.

Duke Eckarf juga curiga dengan Chloe tapi dia hanya diam kerana dia tidak tahu siapa yang salah dan siapa yang benar buat masa ini.

'Hehh....aku yang buat??! Apa untungnya kalau buat begini...membuang tenaga aku ja' batin Chloe.

"Arl" ujar Chloe.Charlos pun mundur perlahan-lahan dan menyarungkan kembali pedangnya.'Ah sudah ....kau pancing singa psycho...Aku harap kau boleh bertahan ler' batin Charlos.

Chloe berjalan perlahan mendekati Xian Feng yang terpinga-pinga.Dia membisikkan sesuatu,dan membuatkan senjata Xian Feng terlepas dari genggamannya.Dia terus berlutut dengan wajah keputusasaan.Xian Feng terus menjerit bagaikan orang gila.

Orang lain masih terpinga-pinga.Charlos biashe biashe je reaksi.Teknik bunuh yang kedua merbahaya bagi pembunuh bayaran internasional,bunuh mental straight to the point.Chloe handal dalam bab ni.

'Tuh kan....kerana inilah mengapa kalau provok adikku adalah perkara yang tabu..Dan budak ni sudah masuk mode insane' batin Charlos.

Chloe tersenyum menyeringai..."Baiklah mana satu saudara putera Xian Feng ... sebaiknya anda keluar sebelum aku yang heret anda keluar" ujar Chloe sambil tersenyum manis.

Seorang pemuda berkerusi roda kuno maju kehadapan.Dia ditolak oleh salah satu tentera duke.Yang sebenarnya Chloe lah menyuruh Earste membawanya ke kediaman Duke Eckarf untuk berlindung buat sementara disana dan membuat ilusi pada Putera Xian Feng yang menjayakan rancangan nya.Leo pula gantikan Earste mengawasi Baron Owen di Salvorte.

"Maaf atas kelakuan adikku,cik... Nanti bila kami pulang ke empayar kami...akan kuuruskan.Bolehkah anda menyembuhkan mental adikku" ujar pemuda yang rupanya adalah putera Mahkota Leifei.Dia tidak pernah muncul dikeranakan helah Xian Feng.Dan juga kaiknya lumpuh sejak kecil.

(Chloe kan...sebelum membuat musuh atau kawan dia mencari latar belakang orang itu sehingga lubang cacing.Mestilah dia jadi tahu)

"Biarkan mentalnya begini.....buat sementara waktu.Terlalu baik itu kepala kita yang akan dipijak....adikmu beruntung... kerana ini hanya hukuman kecil" balas Chloe dengan tajam.Putera mahkota terus terdiam.Kerana dia sudah analisis kawasan ini yang dipenuhi chimera.Chimera yang besar ini lah yang mungkin dikalahkan oleh Chloe.

"Hahhh....aku sangat benci kalau lawanku larikan diri daripada pertarungan" ujar Chloe membuatkan semua kehairanan termasuklah Alexia.

Chloe ambil tiga kunai disebalik bajunya lalu dilemparkan ke arah semak samun.Kemudian melirik ke arah Charlos.Charlos yang faham terus gunakan tali besi pisaunya,melemparkan ke arah semak yang ditujukan oleh Chloe.Bunyi suara orang yang meminta tolong.

Namun Charlos endahkan bunyinya dan terus menarik tali besi dengan brutal.Kaki orang itu dibelitkan oleh tali besi.Dan ketiga kunai Chloe mengenai kaki dan kedua tangannya.Rupanya itu putera Vince.Ringisan Vince diendahkan sehingga tiba tepat dihadapan Chloe.

"Putera Vince!!!!" jerit Duke Eckarf.Dia melihat Putera Vince diperlakukan kejam oleh orang asing.Ini tidak boleh dimaafkan.

"Du-Duke Eckarf" ujar Vince terbata bata meminta simpati.Keadaannya yang sekarang sangat terhina dan harga dirinya sudah jatuh.Sebelumnya setelah dia membasmi monster di kota,banyak tentera nya telah terkorban.

Oleh kerana dia sudah ketakutan dia pun melarikan diri dari sebuah pertarungan dan membiarkan pasukannya yang menahan semua monster.Dia ke istana kemungkinan rancangan ayahnya sudah lansai namun hasilnya dia lihat kebrutalan gadis yang selalu disisi Alexia.

Bahkan lelaki yang mengikuti Alexia lebih brutal.Ini bukan dalam rancangannya.Bahkan Xian Feng sudah macam orang gila.Apa yang gadis ini telah buat.

Duke Eckarf nak hampiri Vince yang malang itu, namun Chloe mencegahnya dengan pedang."Meskipun dia seorang putera yang baik di depan mu namun bagiku dia parasit yang perlu dihapuskan sehingga akar-akar." ujar Chloe.

"Selangkah lagi kau maju....kepalamu melayang" sambung Chloe membuatkan Duke Eckarf diam tak berkutik. Alexia dalam diam agak kasihan tapi dia ingat balik dokumen semua bukti Vince ini lebih teruk daripada monster membuatkan dia jijik.

"Arl ikat dia.....sebelum tu Duke Eckarf...nanti anda pulang ke rumah anda lihat di meja kerja anda.Ada sampul berwarna hitam...di situ anda akan faham mengapa aku buat sebegini." ujar Chloe.

"Buat sementara ini tetaplah diam dan tonton.Suruh pasukanmu mundur dan bersembunyi dahulu" sambung Chloe dan menatap Alexia seakan menyuruhnya ikut pasukan Duke mundur juga.

Alexia terus faham dan pergi bantu Atheia serta Arslan yang masih tersadai berdekatan mereka.Arslan melihat Chloe yang datar tanpa perasaan bila mata mereka bertembung.Jelas terlihat di anak mata Chloe yang sebenarnya tiada perasaan kasihan mahupun simpati.Dan juga kosong.

Duke Eckarf hanya mampu ikut arahan Chloe.Jadi dia mengarahkan pasukannya mundur dahulu.Yang tinggal hanya Chloe dan Charlos serta Vince yang diikat.

"Sekarang apa aku perlu menemukan tempat persembunyian mereka dengan cara baik atau cara kasar ya" gumam Chloe sambil tersenyum miring.

"Sekarang apa aku perlu menemukan tempat persembunyian mereka dengan cara baik atau cara kasar ya" gumam Chloe sambil tersenyum miring

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now