MENULIS

By ReginaIbrahim

30.2K 645 145

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di... More

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS
DIALOG DALAM PENULISAN
CERTOT (bila Malaysia keliru)
APA ADA DALAM CERTOT?
APA YANG PENULIS BACA?
APA STAIL PENULIS ALAF BAHARU?
3 BUKU BERTEMA HARIMAU
BAIK PULIH KERJA LAMA
NARATIF - SEDIKIT TIPS
MENULIS: Panduan Sang Pemula
ONE TWO JAGA
KESALAHAN BILA MENULIS (leksikal)
GHAIRAH PENULIS
PROMOSI BUKU
REVIU - Cerpen Santiago
BANK IDEA
PANDUAN MENULIS LAGI?
MOHON TIPS LAGI?
KLITIK, PROKLITIK DAN ENKLITIK
SOROTAN
WAWANCARA
KERAGUAN BILA MENULIS
BICARA ZINE LAGI...
GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018
DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018
MENCARUT
BUKAN MUDAH MENEGUR
GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB
PERIBAHASA
ALASAN MENULIS?
MANUSIA BAGAIKAN BUKU
EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?
PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?
BACAAN TAHUN 2018
CUKARIA MENUJU 2019
EDITAN SAJAK
MENULIS DI TAHUN 2018
NOVEL WATTPAD?
NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH
APA SAHAJA KEGIATAN MENULIS DI TAHUN 2018?
JANGAN BACA NOVEL INI - Ismi Fa Ismail
HAMKA - PUISI BUKAN LAGI SENJATA
BABAK SEKS LAGI?
NAMA SAMARAN. NAMA PENA
KENAPA MASIH MENULIS?
PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?
HONORARIUM
Wawancara Di Taman Armenian
PENULIS BILA BERADA DI MEDSOS
MENULIS LIRIK LAGU
PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH
PENULISAN KREATIF
MENULIS SETAKAT INI
LAGI TENTANG MEMBACA
PUISI SEBAGAI TERAPI
MEMBACA
MENGHANTAR MANUSKRIP
SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN
PERSPEKTIF TENTANG SAJAK
MAHU MENJADI PENULIS - Sue Emoqwin
MENIKMATI KARYA TEMPATAN
CABARAN PENULIS, WARTAWAN DAN SASTERAWAN DALAM MEDIA ALAF BAHARU.
PUISI MHS
MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG
UMPANKLIK
MENULIS SECARA LITERAL ATAU NON-LITERAL
PENULIS HANTU - Ghost Writer
PENULISAN QUEER
BUKU FIXI
MENGEDIT LONGGAR
MANUSIA MEMBACA
SENSASI DUNIA PENULISAN
JARGON - KATA KATA BESAR
BEST TAK KARYA DIA?
MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)
MENEMUI PENULIS
BERFIKSYEN DI ALAF BAHARU - PANDANGAN PERIBADI
SASTERA. APA SEBENARNYA?
MAHU BIKIN SIAPA KAGUM?
EDITAN RINGKAS.
MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN
MENULIS MEMBACA
MATA HELANG
SASTERAWAN NEGARA 2019
MENULIS ESEI
MENILIK KERJA LAMA
TIPS MENULIS (PEMULA)
5 CERPEN TERBAIK CUKARIA PERTENGAHAN 2019
IBUKU SI PATTU
PANDUAN MENULIS NOVEL
CORETAN - Regina Ibrahim
MENULIS DI MALAYSIA
PAPARAN NOVEL DI WATTPAD?
MANA MUNGKIN?
SEDAP MENULIS SEDAP EDIT
ADJEKTIF
HOW WAS IT WRITING IN MALAYSIA?
GENDER DALAM SASTERA
NO 4 YANG TIDAK DISEBUT?
NIRLABA
MAHU TULIS APA?
KALI PERTAMA
SELF PUBLISHED AUTHOR? (SWATERBIT)
MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?
SIAPAKAH PEMBACA KITA?
HUMAN STORIES (BERKISAH TENTANG MANUSIA)
YANG LAMA YANG BARU
SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW
LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG
BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.
SAYA KEMBALI MENGEDIT
GENDER IN LITERATURE
BICARA TERUS TERANG DUNIA PENULISAN.
KESALAHAN BERBUNYI SEPERTI BETUL
TEKNOLOGI DALAM FIKSYEN
RANDOM: Karya yang boleh diindahkan lagi...
GENRE SERAM
BEBAS DALAM TANDA KUTIP
FAKTOR FAKTOR BUKU TIDAK LAKU
KISAH PLAGIAT BERGAMBAR
PENULIS DAN PENERBIT - Sri Diah
BUAL BICARA
DIALEK KELANTAN
RAPAT ATAU JAUH? GANDAAN DAN MORFEM
BERADA DALAM DUNIA PERBUKUAN
(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.
CONTOH EDITAN - MENGEDIT
BUKU BUKU PILIHAN PENULIS DAN PEMBACA
APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?
GTLF2019
DIARI GTLF2019
ANEKDOT SAAT GTLF 2019
SELAMAT JALAN: CUKARIA
BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)
PUBLICIST
PEMBUNUH SEMANGAT
TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?
SIAPA IDOLA KAMU DI DUNIA PENULISAN?
NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN
JATUH CINTA PADA PENULIS?
TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI
PENULIS PROLIFIK PENDIAM?
BERTEMU PENULIS PEMULA
APA ITU BLURB?
APA YANG SILAP?
DIALEK UTARA - BUKAN KAMUS
KERJA MENTERJEMAH
SYOK SENDIRI
REAKSI PEMBACA
KATA PEMERI: ialah & adalah
DINSMAN TENTANG KERIS MAS
CONVERSATION - Am I slowing down?
PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.
REPRESENTASI JANTINA
BERCERITA
SMART STYLISH WRITING
MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?
PEMULA: PUISI/SAJAK/PROSA/LIRIK
BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?
DUNIA TANPA INTERNET (SURAT SURAT YANG DILUPAKAN)
MENCARI INSPIRASI MENULIS
BILA PENULIS SEORANG TRANSFOBIA
WEBINAR, BICARA TALIAN, WACANA
SETELAH KARYA DICETAK
ANTOLOGI
KISAH ROYALTI BUKU LAGI?
PENULIS BERSAJAK
NOVEL SAMPAH?
GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU
HADIAH NOBEL SASTERA 2020
PILU MENJADI PENULIS (SATU RENUNGAN)
TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN
KHABARNYA SEMUA ORANG BOLEH MENULIS
KENAPA BAHASA INGGERIS?
MENGEDIT LAGI.
BICARA BUKU INDIE
YOU SIRIES DI NETFLIX
MARI SAMA SAMA BELAJAR
GTLF 2021 (GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL)
PENULIS MENONTON: MEMILIH FILEM TERBITAN NETFLIX 2021
MERIVIU KONSERT/PERSEMBAHAN
NOVEL AUSTRALIA - kenapa FIXI?
GTLF 2022 - Georgetown Literary Festival 2022
QUESTIONAIRES
CERITA MENULIS DAN PENULIS
ASAS PEMBENTUKAN WATAK DALAM NOVEL & SEBARANG PENCERITAAN
PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH
KULIT BUKU

KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN

27 0 0
By ReginaIbrahim


KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN

Ini bukan kisah periya pahit. Ini perihal manusia terperangkap zaman, kata orang utara buka seron kunci sendiri.

Sesekali pembaca dan penulis melakarkan kerinduan mereka pada sastera vintaj, yang berlatar belakang Inggeris mengema kata kata Shakespears dan nama nama yang berbelit lidah mahu diulang sebut, yang Melayu pula tentulah karya langka Indonesia. Terpukau mereka pada kapal tenggelam dan caturan antara Hayati dan Zainuddin... tak cukup di situ, setiap tahun diulang sebut naskah naskah lama dari seberang tersebut bagaikan kerinduan terhadap filem P.Ramlee yang diulang tayang beratus kali... (oppps... ini isu sensitif, marah feminatz nanti - pernah kena sembur!). Tidak pula diceritakan permerhatian Zainuddin akan budaya berbeza antara Makkasar dan Padang.

Tidak pernah jadi salah mengkagumi karya langka yang bermutu. Baca dan nikmati sebaiknya, disebut sekali sekala untuk uaran bahawa kamu itu rajin membaca. Tidak salah langsung!

Bagaimana dengan karya langka dalam negara?

Apa kamu lupa kehebatan penulis penulis yang jauh lebih dekat dengan pengkisahan tempatan? Shahnon Ahmad, Fatimah Busu, S. Othman Kelantan, Khadijah Hashim, Sutung Umar, Adibah Amin, Zurinah Hassan, Zainal Rashid, Awang Had Salleh, Johan Jaafar, Sutung Umar, Pak Sako Ishak Hj Muhammad, Muhammad Hj Salleh dan ramai lagi termasuk Dr Faizal Tehrani, Uthaya Shankar serta para penulis muda tempatan yang daya kepengarangan mereka tiada taranya.

Sesekali di dunia medsos terpaparlah karya langka tempatan, sambutannya dingin, tidak sama bila ada muat naik tentang kapal tenggelam itu... berbondong bondong pembaca dan pemula romantik bernostalgia akan sifat Hayati dan Zainuddin...aduhai...ya itu siynal sebenarnya.

Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Jik Pernah dituduh sebagai buku plagiat oleh Abdullah SP pada tahun 1962 dalam artikel Bintang Timur, menurut beliau ia bulat bulat menyamai novel Al-Majdulin karya sasterawan Mesir Mustafa Al-Manfaluthi - hasil terjemahan novel asal Sous les Tilleuls karya sasterawan Perancis Alphonse Karr. Kenyataan tersebut didukung oleh kenyataan PRAM dalam artikel Berita Minggu tanggal 30 September 1962. Anehnya ada pembelaan terhadap novel tersebut dari HB Jassin dan Ali Audah di tahun yang sama, kerana menurut mereka ada terdapat nuansa nuansa polemik politik semasa Indonesia - Belanda dalam karya tersebut jadi tidak boleh dianggap sebagai plagiat.

Bertuah karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah anak kelahiran Padang Panjang SUMUT. Kredibiliti hebat beliau disebut sebut hingga kini. Seperti yang sering dikatakan, karya tersebut sudah menekan punat punat yang tepat. Punat cinta kasih, budaya, agama, politik dan sosial. Saya sendiri mengkagumi cuplikan kata katanya sehingga membawa jejak ke laman rumah beliau di Danau Maninjau SUMUT yang kini dijadikan muzium.

Kembali berbicara tentang karya langka Malaysia yang jarang dijulang walau sekalipun dinukil oleh sang SN. Apakah kerana...

1. Tidak lagi dicetak? Tiada inisiatif cetak semula?

2. Terma dan gaya bahasa yang tidak lagi piawai? ditelan waktu?

3. Isi sosial yang sudah tidak relavan? Membosankan? tidak menarik?

4. Dirian politik penulis sudah tidak sama dengan nilai pemerintahan sedia ada?

5. Kita tanpa sedar dibelanggu oleh mentaliti penjajah? Barang tempatan kurang mutu?

Atas dasar itu sesekali kita menjadi terkesima bila ada pihak pihak tenaga muda mencetak semula karya karya puisi Latif Mohidin, SM Zakir, T Alias Taib, Hamzah Hussien, Usman Awang dengan kualiti semasa.

Bukan semua bernasib baik untuk mampu mengembeling tenaga untuk memperkenalkan semula karya langka. Secara berkumpulan ada sahaja alasan tertentu, kecenderungan peribadi suka atau tidak kagum lansung, tidak ada ikatan persaudaraan, dan yang paling utama dana untuk hal hal editan semasa (ejaan, kulit buku dan edaran/rights), cetakan dan tidak ada kepastian samada ia mampu dijual pada penguna akhir (pembaca).

Berada di dunia perbukuan, kita akhirnya akur bahawa banyak hal mampus kering ditelan masa. Bertuahlah pengkarya langka yang karyanya diangkat semula, (oleh daya usaha teman teman yang masih hidup, sanak saudara yang mempermudahkan) diuarkan secara percuma demi isi yang berkualiti dan tiba tiba berkemampuan menjana keterujaan generasi baharu (penulis dan pembaca - disebut dikagumi dipuji). - saya percaya ada banyak karya langka yang mempu untuk terus berada di rak buku sebagai karya klasik (60an, 70an, 80an, 90an)

JANGAN disalah sangka, tidak ada apa yang silap tentang karya langka dan penghargaan terhadapnya, ia amat digalakkan sudahlah tentu. Namun jangan lupa karya langka tempatan dan pengkarya semasa yang semakin hebat meluahkan isi rasa mereka. Usaha murni ini harus digembeling bersama terutamanya mereka yang berada di dunia penerbitan. Tonjolkanlah mana mana pengkarya yang dirasakan layak agar dikenang.

Bukan kerja yang mudah. Pengiat dunia perbukuan asalnya manusia kreatif. Daripada merasa rugi berjuang mencari kerjasama, disedekahkan pula dengan syarat syarat rumit petanda tidak dilayan, baik ditumpukan pada penghasilan karya peribadi demi kelansungan hidup. Menyedihkan bukan? Pembaca tetap punya berahi masing masing.

Pilih, reviu, ulas, uar uarkan karya langka agar kita di dunia perbukuan tidak jadi 'Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing... - SELFISH'

Continue Reading

You'll Also Like

459K 14.4K 52
Bila diri semakin berusia, mulalah gelabah si ibu mencarikan jodoh.. Segala jenis disua ke muka untuk dipilih.. Tua.. Sebaya.. Duda.. Hmm... But no...
79K 8.5K 33
Apabila seorang 'ice prince' merasa cinta buat kali pertama. started : 15122019 ended : 20032020 ●●● ☾ 500 - 261219 ☾ 1K - 030120 ☾ 5.5K - 210320 ☾...
165K 5.3K 28
Berdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirka...
8.8K 1.8K 19
parodi putera katak gitew start : 12/11/20 habeh : 12/11/20