MENULIS

Da ReginaIbrahim

30.1K 645 145

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di... Altro

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS
DIALOG DALAM PENULISAN
CERTOT (bila Malaysia keliru)
APA ADA DALAM CERTOT?
APA YANG PENULIS BACA?
APA STAIL PENULIS ALAF BAHARU?
3 BUKU BERTEMA HARIMAU
BAIK PULIH KERJA LAMA
NARATIF - SEDIKIT TIPS
MENULIS: Panduan Sang Pemula
ONE TWO JAGA
KESALAHAN BILA MENULIS (leksikal)
GHAIRAH PENULIS
PROMOSI BUKU
REVIU - Cerpen Santiago
BANK IDEA
PANDUAN MENULIS LAGI?
MOHON TIPS LAGI?
KLITIK, PROKLITIK DAN ENKLITIK
SOROTAN
WAWANCARA
KERAGUAN BILA MENULIS
BICARA ZINE LAGI...
GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018
DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018
MENCARUT
BUKAN MUDAH MENEGUR
GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB
PERIBAHASA
ALASAN MENULIS?
MANUSIA BAGAIKAN BUKU
EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?
PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?
BACAAN TAHUN 2018
CUKARIA MENUJU 2019
EDITAN SAJAK
MENULIS DI TAHUN 2018
NOVEL WATTPAD?
NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH
APA SAHAJA KEGIATAN MENULIS DI TAHUN 2018?
JANGAN BACA NOVEL INI - Ismi Fa Ismail
HAMKA - PUISI BUKAN LAGI SENJATA
BABAK SEKS LAGI?
NAMA SAMARAN. NAMA PENA
KENAPA MASIH MENULIS?
PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?
HONORARIUM
Wawancara Di Taman Armenian
PENULIS BILA BERADA DI MEDSOS
MENULIS LIRIK LAGU
PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH
PENULISAN KREATIF
MENULIS SETAKAT INI
LAGI TENTANG MEMBACA
PUISI SEBAGAI TERAPI
MEMBACA
MENGHANTAR MANUSKRIP
SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN
PERSPEKTIF TENTANG SAJAK
MAHU MENJADI PENULIS - Sue Emoqwin
MENIKMATI KARYA TEMPATAN
CABARAN PENULIS, WARTAWAN DAN SASTERAWAN DALAM MEDIA ALAF BAHARU.
PUISI MHS
MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG
UMPANKLIK
MENULIS SECARA LITERAL ATAU NON-LITERAL
PENULIS HANTU - Ghost Writer
PENULISAN QUEER
BUKU FIXI
MENGEDIT LONGGAR
MANUSIA MEMBACA
SENSASI DUNIA PENULISAN
JARGON - KATA KATA BESAR
BEST TAK KARYA DIA?
MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)
MENEMUI PENULIS
BERFIKSYEN DI ALAF BAHARU - PANDANGAN PERIBADI
SASTERA. APA SEBENARNYA?
MAHU BIKIN SIAPA KAGUM?
EDITAN RINGKAS.
MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN
MENULIS MEMBACA
MATA HELANG
SASTERAWAN NEGARA 2019
MENULIS ESEI
MENILIK KERJA LAMA
TIPS MENULIS (PEMULA)
5 CERPEN TERBAIK CUKARIA PERTENGAHAN 2019
IBUKU SI PATTU
PANDUAN MENULIS NOVEL
CORETAN - Regina Ibrahim
MENULIS DI MALAYSIA
PAPARAN NOVEL DI WATTPAD?
MANA MUNGKIN?
SEDAP MENULIS SEDAP EDIT
ADJEKTIF
HOW WAS IT WRITING IN MALAYSIA?
GENDER DALAM SASTERA
NO 4 YANG TIDAK DISEBUT?
NIRLABA
MAHU TULIS APA?
KALI PERTAMA
SELF PUBLISHED AUTHOR? (SWATERBIT)
MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?
SIAPAKAH PEMBACA KITA?
HUMAN STORIES (BERKISAH TENTANG MANUSIA)
YANG LAMA YANG BARU
SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW
LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG
BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.
SAYA KEMBALI MENGEDIT
GENDER IN LITERATURE
BICARA TERUS TERANG DUNIA PENULISAN.
TEKNOLOGI DALAM FIKSYEN
RANDOM: Karya yang boleh diindahkan lagi...
GENRE SERAM
BEBAS DALAM TANDA KUTIP
FAKTOR FAKTOR BUKU TIDAK LAKU
KISAH PLAGIAT BERGAMBAR
PENULIS DAN PENERBIT - Sri Diah
BUAL BICARA
DIALEK KELANTAN
RAPAT ATAU JAUH? GANDAAN DAN MORFEM
BERADA DALAM DUNIA PERBUKUAN
(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.
CONTOH EDITAN - MENGEDIT
BUKU BUKU PILIHAN PENULIS DAN PEMBACA
APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?
GTLF2019
DIARI GTLF2019
ANEKDOT SAAT GTLF 2019
SELAMAT JALAN: CUKARIA
BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)
PUBLICIST
PEMBUNUH SEMANGAT
TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?
SIAPA IDOLA KAMU DI DUNIA PENULISAN?
NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN
JATUH CINTA PADA PENULIS?
TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI
PENULIS PROLIFIK PENDIAM?
BERTEMU PENULIS PEMULA
APA ITU BLURB?
APA YANG SILAP?
DIALEK UTARA - BUKAN KAMUS
KERJA MENTERJEMAH
SYOK SENDIRI
REAKSI PEMBACA
KATA PEMERI: ialah & adalah
DINSMAN TENTANG KERIS MAS
CONVERSATION - Am I slowing down?
PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.
REPRESENTASI JANTINA
BERCERITA
SMART STYLISH WRITING
MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?
PEMULA: PUISI/SAJAK/PROSA/LIRIK
BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?
DUNIA TANPA INTERNET (SURAT SURAT YANG DILUPAKAN)
MENCARI INSPIRASI MENULIS
BILA PENULIS SEORANG TRANSFOBIA
KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN
WEBINAR, BICARA TALIAN, WACANA
SETELAH KARYA DICETAK
ANTOLOGI
KISAH ROYALTI BUKU LAGI?
PENULIS BERSAJAK
NOVEL SAMPAH?
GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU
HADIAH NOBEL SASTERA 2020
PILU MENJADI PENULIS (SATU RENUNGAN)
TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN
KHABARNYA SEMUA ORANG BOLEH MENULIS
KENAPA BAHASA INGGERIS?
MENGEDIT LAGI.
BICARA BUKU INDIE
YOU SIRIES DI NETFLIX
MARI SAMA SAMA BELAJAR
GTLF 2021 (GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL)
PENULIS MENONTON: MEMILIH FILEM TERBITAN NETFLIX 2021
MERIVIU KONSERT/PERSEMBAHAN
NOVEL AUSTRALIA - kenapa FIXI?
GTLF 2022 - Georgetown Literary Festival 2022
QUESTIONAIRES
CERITA MENULIS DAN PENULIS
ASAS PEMBENTUKAN WATAK DALAM NOVEL & SEBARANG PENCERITAAN
PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH
KULIT BUKU

KESALAHAN BERBUNYI SEPERTI BETUL

109 3 0
Da ReginaIbrahim

KESALAHAN BIASA BERBUNYI SEPERTI BETUL

Merujuk pada naratif tanpa tanda kutip. Tanda kutip adalah tempat untuk gambaran dialek, sikap: bodoh, belagak, jenaka dan lain lain. Sebolehnya naratif haruslah bersifat piawai, puitis tetapi tidak salah tatabahasa. Penceritaan, kenyataan, notis dan makluman adalah naratif langsung.

Beberapa faktor menjadikan kesalahan tidak terasa, kemudian disusul pemahaman salah tentang penerbitan INDIE (dianggap bebas sebebasnya) seperti dialek, media, bahasa asing, luahan mencemuh, slanga daerah, kurang pemahaman bahasa atau pengaruh iklan.

1. Mereka mereka sepatutnya Mereka sahaja – (kesalahan Pak Menteri dalam teks ucapan). Orang bukan orang orang – orang orang adalah patung di sawah. INGAT: Bahasa Melayu juga ada gambaran singular dan plural. Dia budak sekolah. Mereka masih bersekolah.

2. Kata penguat: Paling/Sekali tidak boleh digunakan bersama. E.g: Rumah itu paling cantik sekali X. Gunakan satu sahaja: Rumah itu paling cantik. Rumah itu cantik sekali. (sungguh, amat, sangat – boleh digunakan dengan penguat SEKALI). e.g: Dia sangat baik sekali.

3. Baru (merujuk pada masa) dan baharu (merujuk pada barang) – Dia baru sampai. Buku rampaian baharu. Berikut adalah syarat-syarat baharu. (hati hati dengan kata adjektif Dulu, Saja yang merupakan kependekan kata Dahulu,Sahaja. Saja dan Sahaja adalah kata penegas) Terbaik adalah menggunakan saja, dulu, baru hanya dalam tanda kutip- dialog – quotes unquotes – kamu akan selamat. Nilainya 2 ringgit sahaja. "Allahai... 2 ringgit saja," "Baru-baru ini jawatankuasa menetapkan...." Penetapan dari pusat bahasa diakuri.

4. Pemisahan kata sendi 'di' dekat atau jauh. Nama (jauh) atau perbuatan (dekat)? Disusun oleh Robert. Di Kampung Tualang. Dirasakan. Di atas feri. Dimamah usia. (bila dalam tulisan, kerana secara lisan/sebutan ia tidak ada gambaran apa apa).

5. Ayat tergantung (dalam penulisan fiksyen tentu boleh, tetapi tidak untuk lapuran atau penulisan formal). Ia dicatat. Rahman menoleh. Buku disimpan – ayat tidak lengkap. Ayat lengkap punya unsur Nama/subjek dan Predikat. Ia dicatat oleh Rafidah sebagai setiausaha mesyuarat. Ayat lengkap - Rahman menoleh melihat wajah Kalsom untuk kali terakhir. Buku disimpan kembali atas rak yang dibuat dari kayu jati.

6. Ulangan maksud tetapi salah: Senarai nama nama peserta, Ramai budak budak sekolah, Hadiah percuma istimewa, Adalah merupakan, Demi untuk negara, dari masa ke semasa, semua kakitangan kakitangan pejabat. (SEPATUTNYA: senarai nama perserta, ramai budak sekolah, Hadiah istimewa, Merupakan, Demi negara, dari masa ke masa, semua kakitangan pejabat)

7. Show don't tell. Tell Don't Show: e.g: "masuklah," dia menjemputku. Aku masuk ke dalam dengan tangan dipimpinnya. "Saya datang seorang," aku menjawab bila ditanya samada aku membawa sesiapa bersama. (Dalam fiksyen sastera moden ia dianggap lewah) sepatutnya: "Masuklah...," seraya tanganku dipimpinnya. "Saya datang seorang saja," – tidak perlu penerangan panjang. (bercerita secara lisan berbeza bila mengarang cerita secara bertulis). Dia angguk setuju (tidak perlu kepala). Kepala digeleng tanda protes! (sebagai naratif)  – Para editor selalunya peka pada hal ini.

8. Ejaan. Haruslah disemak dahulu bila tidak pasti. Tambahan kata paksi KK, GG (menganggu, dipendekkan, kependekan, pengunaan) atau terma terma baharu yang lain. (selalunya berubah mengikut penetapan pusat bahasa). Begitu juga dengan terjemahan paling mutakhir. – Saya merasa was-was pada email yang dihantar. Sepatutnya: Saya merasa waswas pada emel yang dihantar.

9. Unsur unsur lewah: Banyak ditimbulkan. Sering menggelirukan penulis pemula. Terjebak akibat rasa sedap bila diulang baca. Lewah agak subjektif sebenarnya. Dalam penulisan sastera ada ketikanya dibenarkan demi jalan cerita. Lewah yang disengajakan bagi mengambarkan resak watak secara emosi sastera. Fikirkan REDUNDANCY . (Aku duduk di meja, aku ambil pinggan, kuceduk dua sudu nasi. Lauk pauknya membangkitkan selera aku. Aku makan dengan lahapnya hingga hampir tersedak. Ada air sirap, aku capai gelas cepat cepat – Sepatutnya: Aku menuju ke meja makan, mencapai pinggan dan menceduk 2 sudu nasi. Lauk pauk kelihatan menyelerakan. Tersedak, begitu lahap dinikmati, cepat cepat kucapai gelas bila melihat jug air sirap).

Unsur lewah akan dipelajari oleh pemula setelah mereka mula menulis dan menilai karya karya yang tekun dibaca.

10. Kata kata dari bahasa asing seperti: Teknologi, Stesyen, bag atau beg? Klinik, informasi dan lain lain lagi yang tidak mampu dielakkan. Jika suatu masa dahulu dia dicondongkan, namun ejaan piawai dari pusat bahasa harus dipatuhi. Hati hati dengan sistem komputer yang akan merubah ejaan ke ejaan asal secara automatik.

11. AKRONIM – yakni singkatan yang muncul bagaikan kata baharu. Begitu juga ayat ayat dari Indonesia (mereka paling gemar pada akronim). Sila peka pada kata kata akronim: Pancaragam, Andartu, NATO, PBB, Cerpen dan lain lain. Jangan sampai salah merangka ayat: SALAH – dia lebih suka berdikari dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Rahmah yang tua menangis mengenangkan dirinya yang digelar andartu. Dia berniat mahu menulis cerpen yang pendek, sekitar 800 perkataan.

Begitu juga dengan sisip kata sendi bandingan: Dari, daripada, pada, kepada. Fikirkan secara linear: 

Dari Kl menuju Pulau Pinang hanya 4 jam melalui jalan darat. Daripada naik bas baiklah naik ETS, lancar dan tepat perjalanannya. Surat itu dikirimkan kepada Saudara Ehsan. Saya katakan pada Salmah bahawa hidup ini hanyalah suatu perjudian.

Bahasa mempunyai bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi iaitu mulut, hidung dan paru-paru. Ia bersistem, mengikut susunan bunyi perkataan, nahu membawa sintaksis tertentu. Digunakan untuk menyatakan suasana/keadaan/bentuk dengan menjadikannya ayat, rangkai kata, ditambah imbuhan dan lain lain. Bersifat arbitari yaknik sebutan yang berbunyi sama TETAPI membawa maksud berbeza mengikut situasi (Saya reda dengan segalanya. Hujan akhirnya reda). Bahasa yang bersifat langsung (linear) akan sering berevolusi dan tentunya berubah.

NOTA: Catatan di atas adalah garapan dari pengalaman membaca, mendengar penerangan guru guru bahasa secara lisan atau talian. Dikongsi untuk jadi penelitian anak anak pemula, tanpa tujuan memperlekehkan sesiapa: Kerana kita semua belajar dari kesilapan TETAPI ada terselit kemahuan untuk terus maju, kemas, teliti dan pro-aktif demi penulisan kreatif!

Continua a leggere

Ti piacerà anche

MAFIA GAME Da KEN

Mistero / Thriller

11.1K 2.2K 31
Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang kemenangan bernilai 10 juta USD. Setiap p...
1K 196 12
[HIATUS] "i hate you" "i love you too" a highschool sweetheart story [ongoing] [slow update]
150K 15.2K 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak...
8.8K 1.8K 19
parodi putera katak gitew start : 12/11/20 habeh : 12/11/20