MENULIS

By ReginaIbrahim

30.1K 645 145

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di... More

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS
DIALOG DALAM PENULISAN
CERTOT (bila Malaysia keliru)
APA ADA DALAM CERTOT?
APA YANG PENULIS BACA?
APA STAIL PENULIS ALAF BAHARU?
3 BUKU BERTEMA HARIMAU
BAIK PULIH KERJA LAMA
NARATIF - SEDIKIT TIPS
MENULIS: Panduan Sang Pemula
ONE TWO JAGA
KESALAHAN BILA MENULIS (leksikal)
GHAIRAH PENULIS
PROMOSI BUKU
REVIU - Cerpen Santiago
BANK IDEA
PANDUAN MENULIS LAGI?
MOHON TIPS LAGI?
KLITIK, PROKLITIK DAN ENKLITIK
SOROTAN
WAWANCARA
KERAGUAN BILA MENULIS
BICARA ZINE LAGI...
GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018
DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018
MENCARUT
BUKAN MUDAH MENEGUR
GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB
PERIBAHASA
ALASAN MENULIS?
MANUSIA BAGAIKAN BUKU
EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?
PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?
BACAAN TAHUN 2018
CUKARIA MENUJU 2019
EDITAN SAJAK
MENULIS DI TAHUN 2018
NOVEL WATTPAD?
NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH
APA SAHAJA KEGIATAN MENULIS DI TAHUN 2018?
JANGAN BACA NOVEL INI - Ismi Fa Ismail
HAMKA - PUISI BUKAN LAGI SENJATA
BABAK SEKS LAGI?
NAMA SAMARAN. NAMA PENA
KENAPA MASIH MENULIS?
PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?
HONORARIUM
Wawancara Di Taman Armenian
PENULIS BILA BERADA DI MEDSOS
MENULIS LIRIK LAGU
PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH
PENULISAN KREATIF
MENULIS SETAKAT INI
LAGI TENTANG MEMBACA
PUISI SEBAGAI TERAPI
MEMBACA
MENGHANTAR MANUSKRIP
SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN
PERSPEKTIF TENTANG SAJAK
MAHU MENJADI PENULIS - Sue Emoqwin
MENIKMATI KARYA TEMPATAN
CABARAN PENULIS, WARTAWAN DAN SASTERAWAN DALAM MEDIA ALAF BAHARU.
PUISI MHS
MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG
UMPANKLIK
MENULIS SECARA LITERAL ATAU NON-LITERAL
PENULIS HANTU - Ghost Writer
PENULISAN QUEER
BUKU FIXI
MENGEDIT LONGGAR
MANUSIA MEMBACA
SENSASI DUNIA PENULISAN
JARGON - KATA KATA BESAR
BEST TAK KARYA DIA?
MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)
MENEMUI PENULIS
BERFIKSYEN DI ALAF BAHARU - PANDANGAN PERIBADI
SASTERA. APA SEBENARNYA?
MAHU BIKIN SIAPA KAGUM?
EDITAN RINGKAS.
MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN
MENULIS MEMBACA
MATA HELANG
SASTERAWAN NEGARA 2019
MENULIS ESEI
MENILIK KERJA LAMA
TIPS MENULIS (PEMULA)
5 CERPEN TERBAIK CUKARIA PERTENGAHAN 2019
IBUKU SI PATTU
PANDUAN MENULIS NOVEL
CORETAN - Regina Ibrahim
PAPARAN NOVEL DI WATTPAD?
MANA MUNGKIN?
SEDAP MENULIS SEDAP EDIT
ADJEKTIF
HOW WAS IT WRITING IN MALAYSIA?
GENDER DALAM SASTERA
NO 4 YANG TIDAK DISEBUT?
NIRLABA
MAHU TULIS APA?
KALI PERTAMA
SELF PUBLISHED AUTHOR? (SWATERBIT)
MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?
SIAPAKAH PEMBACA KITA?
HUMAN STORIES (BERKISAH TENTANG MANUSIA)
YANG LAMA YANG BARU
SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW
LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG
BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.
SAYA KEMBALI MENGEDIT
GENDER IN LITERATURE
BICARA TERUS TERANG DUNIA PENULISAN.
KESALAHAN BERBUNYI SEPERTI BETUL
TEKNOLOGI DALAM FIKSYEN
RANDOM: Karya yang boleh diindahkan lagi...
GENRE SERAM
BEBAS DALAM TANDA KUTIP
FAKTOR FAKTOR BUKU TIDAK LAKU
KISAH PLAGIAT BERGAMBAR
PENULIS DAN PENERBIT - Sri Diah
BUAL BICARA
DIALEK KELANTAN
RAPAT ATAU JAUH? GANDAAN DAN MORFEM
BERADA DALAM DUNIA PERBUKUAN
(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.
CONTOH EDITAN - MENGEDIT
BUKU BUKU PILIHAN PENULIS DAN PEMBACA
APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?
GTLF2019
DIARI GTLF2019
ANEKDOT SAAT GTLF 2019
SELAMAT JALAN: CUKARIA
BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)
PUBLICIST
PEMBUNUH SEMANGAT
TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?
SIAPA IDOLA KAMU DI DUNIA PENULISAN?
NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN
JATUH CINTA PADA PENULIS?
TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI
PENULIS PROLIFIK PENDIAM?
BERTEMU PENULIS PEMULA
APA ITU BLURB?
APA YANG SILAP?
DIALEK UTARA - BUKAN KAMUS
KERJA MENTERJEMAH
SYOK SENDIRI
REAKSI PEMBACA
KATA PEMERI: ialah & adalah
DINSMAN TENTANG KERIS MAS
CONVERSATION - Am I slowing down?
PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.
REPRESENTASI JANTINA
BERCERITA
SMART STYLISH WRITING
MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?
PEMULA: PUISI/SAJAK/PROSA/LIRIK
BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?
DUNIA TANPA INTERNET (SURAT SURAT YANG DILUPAKAN)
MENCARI INSPIRASI MENULIS
BILA PENULIS SEORANG TRANSFOBIA
KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN
WEBINAR, BICARA TALIAN, WACANA
SETELAH KARYA DICETAK
ANTOLOGI
KISAH ROYALTI BUKU LAGI?
PENULIS BERSAJAK
NOVEL SAMPAH?
GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU
HADIAH NOBEL SASTERA 2020
PILU MENJADI PENULIS (SATU RENUNGAN)
TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN
KHABARNYA SEMUA ORANG BOLEH MENULIS
KENAPA BAHASA INGGERIS?
MENGEDIT LAGI.
BICARA BUKU INDIE
YOU SIRIES DI NETFLIX
MARI SAMA SAMA BELAJAR
GTLF 2021 (GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL)
PENULIS MENONTON: MEMILIH FILEM TERBITAN NETFLIX 2021
MERIVIU KONSERT/PERSEMBAHAN
NOVEL AUSTRALIA - kenapa FIXI?
GTLF 2022 - Georgetown Literary Festival 2022
QUESTIONAIRES
CERITA MENULIS DAN PENULIS
ASAS PEMBENTUKAN WATAK DALAM NOVEL & SEBARANG PENCERITAAN
PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH
KULIT BUKU

MENULIS DI MALAYSIA

119 4 0
By ReginaIbrahim

PROSES MENULIS

Seronoknya menjadi penulis. Memperkenalkan diri sebagai penulis juga ada semacam punya rasa glamer. Orang yang mendengar juga jadi terkagum seketika. "Tak sangka you penulis, one day i nak carilah buku you...tajuk dia apa ek? boleh beli kat kedai Buku Osman di Alor Star?"

"I suka sangat membaca...kat rumah tu banyak buku tebal tebal, Suamiku Jejaka Terpilih, Jejaka Kiriman Illahi... seronok baca... you tulis love story ya?" kamu melopong lagi... terdetik di hati mampukah mereka baca kisah kisah gelap? kisah tikam tikam? kisah isteri tidak puas seks? perempuan yang nimpomaniak?

Saya bukanlah orang yang benar benar layak untuk bercerita. Tapi kamu sebagai pembaca harus tahu bagaimana proses asas menulis di Malaysia. Ini semua adalah hal hal asas sekiranya kamu berminat untuk menulis... Menulis diam diam orang tidak baca untuk apa bukan?

1. Mula membaca karya karya tempatan yang dipilih
2. Mempunyai idea hebat yang dirasakan sesuai untuk dikongsi
3. Berhubung dengan penerbit (boleh juga merangka cetakan sendiri)
4. Kawalan rasa ghairah menanti proses buku diterbitkan
5. Mula mengenali sifat dan gerak kerja Syarikat Penerbitan
6. Promosi menyeluruh terhadap buku, isi buku dan jual beli.
7. Media bagaimana untuk kamu tampil? terdapat 1001 cara untuk memastikan hasil kerja kamu dinikmati
8. Menerima kritikan besar/kecil/sederhana secara terbuka demi baik pulih
9. Terus menulis atau berhenti. Setelah melihat skenario sebenar dunia penulisan. Mula merangka titik tumpu baru...
10. Nikmat menulis terus dipupuk atau mencari kerjaya baru

Sama seperti di negara negara lain, buku, informasi, cerita masih dibaca. Kamu sendiri tahu mereka yang gemar membaca akan mencuri waktu untuk bahan yang membuat mereka tertarik, pembaca baru yang dipancing dan pembaca tegar yang kritikal juga ada. Pembaca sasaran macam macam. Mereka mempunyai banyak pilihan.

Keghairahan meskipun debut penulisan mendapat sambutan tidaklah membenarkan kamu bersifat mulut lancang dalam dunia Penulisan Malaysia yang kecil ini. Atas dasar tersebut ramai penulis di Malaysia terlihat seperti pendiam dan sangat berhati hati. Saya salah seorang daripadanya.

Apabila meriviu buku penulis penulis yang menyerahkan naskah kebanggaan mereka saya berhati hati. Memang ada yang saya benar benar kagum secara ikhlas, selainnya saya atasi dengan memberi fokus bahawa ia buku tempatan dengan menilai sisi sisi baik setiap kali bila terpanggil untuk mereviu. Bayangkan, bagaimana sukarnya untuk saya yang semulajadi bermulut lancang ini? Sama saja prosesnya menjaga hati teman teman dan sanak saudara dalam kehidupan seharian. STAY COOL!

Penerbit penerbit sedia ada bagaimana? Banyak... di negara ini kita punya banyak syarikat penerbitan. Mereka adalah orang berniaga sambil bergandingan dengan kamu si tukang kreatif kata. Tugas penulis baru hanyalah untuk jadi BERANI dan YAKIN. Berkenalan dengan mereka sewaktu menghadiri Pesta Buku tidak kira pesta kecil atau besar. Industri ini tidak kenal pada erti diperkenalkan, ini anak saudara aku, ini kekasih aku atau lain lain teknik industri pekerjaan yang lain. Segalanya tergantung pada ...

1. Manuskrip penuh atau paling tidak 3 bab awal buku kamu diserahkan pada Penerbit. Abaikan sahaja sekiranya tidak mendapat balasan.

2. Idea dan tujuan manuskrip: (meskipun ideology non fiction atau fiction tidak selaras dengan mereka, penerbit ada mata perniagaan demi keuntungan syarikat) Siapa yang mahu rugi?

3. Pembuktian biasa seperti yakin diri penulis, isi kandung penulisan dan keghairahan itu boleh dibaca secara mudah oleh pihak penerbitan dari penyunting sehinggalah jurujual di kedai buku.

4. Menjadi tugas penulis untuk meriki riki dari penulis lama tentang sifat Penerbit. Ya... ada kisah kisah yang kurang enak untuk didengari. (will not go very far on that...)

5. Kesabaran dan nawaitu awal menulis. Ini penting walaupun ianya berbunyi klise.

6. Bila sudah yakin sila baca KONTRAK... (kontrak mana mana sekalipun tidak akan pernah memenangi pihak kamu, berlebih kurang asal sahaja relevan dan menang menang).

Apakah imbuhan sebagai penulis?

Selain dari wang honor atau royalti penjualan, ada sejenis pengukuhan diri yang subjektif di sini. Rasa bahagia apabila kamu mampu berkongsi cerita, idealogi, informasi personal dan resah hidup diangkat dalam penulisan. Mana tahu segalanya boleh dikembangkan lagi ke peringkat yang membanggakan?

Menulis dalam Bahasa Malaysia dan berharap menjadi KAYA adalah sesuatu yang TIDAK MUNGKIN tetapi tidak mustahil sekiranya kamu mampu menjelajahi ruang Mainstream seperti dua tiga penulis di Malaysia. Imbuhan bukan sahaja hadir dari jualan buku, malah boleh dikutip dari simposium luar atau tempatan yang kamu hadiri. Fenomena ini jarang jarang sekali berlaku di negara ini. Kalau ada sekalipun ada klaus klaus dalam kontrak yang harus kamu kongsi dengan penerbit (kalau diangkat menjadi filem, sinopsis dijadikan drama tv) paling tidak akan menjadi janaan perniagaan Syarikat Penerbitan.

Membayangkan kerja menulis sebagai sesuatu yang glamer sebaiknya disorok jauh jauh di sudut hati. Lebih afdal rasanya kalau sebarang manuskrip yang dihasilkan kamu anggap sebagai langkah demi KEPUASAN PERIBADI.

USAHA UNTUK DIKENALI BAGAIMANA?

1. mengambil langkah pro-aktif untuk tidak malu malu namun merendah diri

2. rajin menyertai promosi promosi sedia ada

3. berhubung dalam rangkaian media sosial secara sihat

4. daya mampu untuk dikembangkan bahan tulisan selaras dengan ruang santai bicara tentang hal hal terpilih (bukan sahaja ruang bicara tentang buku).

5. Menggunakan saluran media asas (akhbar dan wartawan secara manual)

6. Kalau berani bolehlah kamu menjadi sedikit kontroversial, namun bijak berkelas.

7. tidak lokek untuk meminta khidmat rebiu dari tukang tukang rebiu sedia ada yang kamu percaya.

Penulis harus tetap rajin membaca. Bukan sahaja demi inspirasi mendatang, ini adalah proses penting agar dia dapat melihat sebarang situasi secara menyeluruh. Penulis harus dekat dengan media media sedia ada seperti dokumentari, filem, jurnal jurnal yang berkaitan dengan isu yang dekat dengan hati kamu sebagai manusia yang menulis. Bahan bahan media meskipun tidak selari dengan pemikiran dan pandangan tetap mempunyai daya sumbangan pada penulisan kamu yang akan datang. Ia mampu membangunkan daya kritis.

Di hujung hari, kamu akan membentuk diri sebagai penulis yang berbeza dengan penulis penulis yang sedia ada. Demi menuju ke titik tersebut apa salahnya menyumbang pada penerbitan zine dan syarikat syarikat kecil yang ikut berjuang dalam bidang penulisan? Nikmat menulis akan tetap ada di situ, meskipun skalanya tidak sebesar syarikat penerbitan yang sudah established.

Tidaklah perlu saya mempromosi senaraikan sifat sifat POSITIF penulis pada kamu lagi, kerana itu secara azalinya sudah menjadi adat dalam apa sahaja bidang yang mahu diceburi.

Di lain waktu kita akan berbicara tentang hal hal edaran dan editan pula....

*Penulis masih terus berkarya meskipun agak terkilan memulakan tugas ini lewat akibat leka duniawi, hanya akan mula membaca karya karya lama setelah tamat buku solo yang ke sepuluh (entah bila). Kamu pasti tidak percaya yang penulis belum lagi menyentuh buku buku Pak Hamka!

Continue Reading

You'll Also Like

40.1K 3.7K 29
҂৲ stray.kids fanfic : ❝Aku masih tak tahu kenapa korang culik aku!❞ -Y/N ❝Sebab darah kau sedap...❞-SKZ START : 15 Mei 2020 END : 10 Oct 2020
1.1K 189 20
Cover by tsajimhaho Puas Saya Cari review tapi tak bukak... apa kata Saya yang bukak review .. jom isi form . 5 org dlu ye setiap batch... Mekaseh ya...
363K 26.7K 82
Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius ...
675K 2.5K 14
📣❌🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞❌ THIS IS JUST FOR A SCENE. KALAU NAK BACA MESTI KENA FOLLOW. VOTE AND COMMENT DOWH... JANGAN LUPE SHARE KAT KAWAN-KAWAN KORA...