MENULIS

By ReginaIbrahim

32.2K 653 145

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di... More

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS
DIALOG DALAM PENULISAN
CERTOT (bila Malaysia keliru)
APA ADA DALAM CERTOT?
APA YANG PENULIS BACA?
APA STAIL PENULIS ALAF BAHARU?
3 BUKU BERTEMA HARIMAU
BAIK PULIH KERJA LAMA
NARATIF - SEDIKIT TIPS
MENULIS: Panduan Sang Pemula
ONE TWO JAGA
KESALAHAN BILA MENULIS (leksikal)
GHAIRAH PENULIS
PROMOSI BUKU
REVIU - Cerpen Santiago
BANK IDEA
PANDUAN MENULIS LAGI?
MOHON TIPS LAGI?
KLITIK, PROKLITIK DAN ENKLITIK
SOROTAN
WAWANCARA
KERAGUAN BILA MENULIS
BICARA ZINE LAGI...
GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018
DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018
MENCARUT
BUKAN MUDAH MENEGUR
GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB
PERIBAHASA
ALASAN MENULIS?
MANUSIA BAGAIKAN BUKU
EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?
PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?
BACAAN TAHUN 2018
CUKARIA MENUJU 2019
EDITAN SAJAK
MENULIS DI TAHUN 2018
NOVEL WATTPAD?
NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH
APA SAHAJA KEGIATAN MENULIS DI TAHUN 2018?
JANGAN BACA NOVEL INI - Ismi Fa Ismail
HAMKA - PUISI BUKAN LAGI SENJATA
BABAK SEKS LAGI?
NAMA SAMARAN. NAMA PENA
KENAPA MASIH MENULIS?
PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?
HONORARIUM
Wawancara Di Taman Armenian
PENULIS BILA BERADA DI MEDSOS
MENULIS LIRIK LAGU
PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH
PENULISAN KREATIF
MENULIS SETAKAT INI
LAGI TENTANG MEMBACA
PUISI SEBAGAI TERAPI
MEMBACA
MENGHANTAR MANUSKRIP
SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN
PERSPEKTIF TENTANG SAJAK
MAHU MENJADI PENULIS - Sue Emoqwin
MENIKMATI KARYA TEMPATAN
CABARAN PENULIS, WARTAWAN DAN SASTERAWAN DALAM MEDIA ALAF BAHARU.
PUISI MHS
MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG
UMPANKLIK
MENULIS SECARA LITERAL ATAU NON-LITERAL
PENULIS HANTU - Ghost Writer
PENULISAN QUEER
BUKU FIXI
MENGEDIT LONGGAR
MANUSIA MEMBACA
SENSASI DUNIA PENULISAN
JARGON - KATA KATA BESAR
MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)
MENEMUI PENULIS
BERFIKSYEN DI ALAF BAHARU - PANDANGAN PERIBADI
SASTERA. APA SEBENARNYA?
MAHU BIKIN SIAPA KAGUM?
EDITAN RINGKAS.
MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN
MENULIS MEMBACA
MATA HELANG
SASTERAWAN NEGARA 2019
MENULIS ESEI
MENILIK KERJA LAMA
TIPS MENULIS (PEMULA)
5 CERPEN TERBAIK CUKARIA PERTENGAHAN 2019
IBUKU SI PATTU
PANDUAN MENULIS NOVEL
CORETAN - Regina Ibrahim
MENULIS DI MALAYSIA
PAPARAN NOVEL DI WATTPAD?
MANA MUNGKIN?
SEDAP MENULIS SEDAP EDIT
ADJEKTIF
HOW WAS IT WRITING IN MALAYSIA?
GENDER DALAM SASTERA
NO 4 YANG TIDAK DISEBUT?
NIRLABA
MAHU TULIS APA?
KALI PERTAMA
SELF PUBLISHED AUTHOR? (SWATERBIT)
MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?
SIAPAKAH PEMBACA KITA?
HUMAN STORIES (BERKISAH TENTANG MANUSIA)
YANG LAMA YANG BARU
SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW
LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG
BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.
SAYA KEMBALI MENGEDIT
GENDER IN LITERATURE
BICARA TERUS TERANG DUNIA PENULISAN.
KESALAHAN BERBUNYI SEPERTI BETUL
TEKNOLOGI DALAM FIKSYEN
RANDOM: Karya yang boleh diindahkan lagi...
GENRE SERAM
BEBAS DALAM TANDA KUTIP
FAKTOR FAKTOR BUKU TIDAK LAKU
KISAH PLAGIAT BERGAMBAR
PENULIS DAN PENERBIT - Sri Diah
BUAL BICARA
DIALEK KELANTAN
RAPAT ATAU JAUH? GANDAAN DAN MORFEM
BERADA DALAM DUNIA PERBUKUAN
(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.
CONTOH EDITAN - MENGEDIT
BUKU BUKU PILIHAN PENULIS DAN PEMBACA
APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?
GTLF2019
DIARI GTLF2019
ANEKDOT SAAT GTLF 2019
SELAMAT JALAN: CUKARIA
BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)
PUBLICIST
PEMBUNUH SEMANGAT
TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?
SIAPA IDOLA KAMU DI DUNIA PENULISAN?
NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN
JATUH CINTA PADA PENULIS?
TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI
PENULIS PROLIFIK PENDIAM?
BERTEMU PENULIS PEMULA
APA ITU BLURB?
APA YANG SILAP?
DIALEK UTARA - BUKAN KAMUS
KERJA MENTERJEMAH
SYOK SENDIRI
REAKSI PEMBACA
KATA PEMERI: ialah & adalah
DINSMAN TENTANG KERIS MAS
CONVERSATION - Am I slowing down?
PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.
REPRESENTASI JANTINA
BERCERITA
SMART STYLISH WRITING
MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?
PEMULA: PUISI/SAJAK/PROSA/LIRIK
BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?
DUNIA TANPA INTERNET (SURAT SURAT YANG DILUPAKAN)
MENCARI INSPIRASI MENULIS
BILA PENULIS SEORANG TRANSFOBIA
KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN
WEBINAR, BICARA TALIAN, WACANA
SETELAH KARYA DICETAK
ANTOLOGI
KISAH ROYALTI BUKU LAGI?
PENULIS BERSAJAK
NOVEL SAMPAH?
GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU
HADIAH NOBEL SASTERA 2020
PILU MENJADI PENULIS (SATU RENUNGAN)
TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN
KHABARNYA SEMUA ORANG BOLEH MENULIS
KENAPA BAHASA INGGERIS?
MENGEDIT LAGI.
BICARA BUKU INDIE
YOU SIRIES DI NETFLIX
MARI SAMA SAMA BELAJAR
GTLF 2021 (GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL)
PENULIS MENONTON: MEMILIH FILEM TERBITAN NETFLIX 2021
MERIVIU KONSERT/PERSEMBAHAN
NOVEL AUSTRALIA - kenapa FIXI?
GTLF 2022 - Georgetown Literary Festival 2022
QUESTIONAIRES
CERITA MENULIS DAN PENULIS
ASAS PEMBENTUKAN WATAK DALAM NOVEL & SEBARANG PENCERITAAN
PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH
KULIT BUKU

BEST TAK KARYA DIA?

49 1 0
By ReginaIbrahim

BEST TAK BEST KARYA DIA?

Sekadar meminjam lantunan bahasa jalanan anak anak muda Malaysia. Best tak? Sukar untuk dijawab. Di negara dan dunia penulisan yang kecil ini bahu akan saling bersentuhan. Awal awal lagi diri dipesan bahawa kata kata harus dijaga. Mengkritik berpada pada.

Sebagai manusia yang menulis juga membaca kita tidaklah mahu mendorong diri untuk jadi pengkritik lancang dan sensasi. Sungguhpun ada buku diserahkan untuk tujuan reviu. Pembahagian genre terbitan yang wujud menyukarkan lagi nilaian pada setiap karya yang dicetak. Atau kita hanya mahu memberikan sepatah dua kata untuk mendukung teman penulis.

Mana mungkin secara lancang kita menggunakan landasan sebagai penulis untuk mengatakan karya orang lain sebagai SS (syok sendiri) dan melatah/defensif pula bila karya kita dikritik. (dikatakan pula itu adalah dendam...). Allahuakbar! Dibuatnya itu buku yang dicetak sendiri tanpa melalui proses rumah penerbitan... lagilah parah. Berperang!

Dari tahun ke tahun buku masih dihasilkan untuk tujuan dagang dan menjulang nilai sastera. Itu belum termasuk tulisan mengenai biografi para pengasas produk, orang orang besar yang merasakan diri mereka harus dan layak dikenali. Buku buku motivasi dan buku buku agama juga masih diterbitkan bagi meleraikan jiwa mencari ilmu sang pembaca.

Roslan Jomel dalam artikel yang diterbitkan oleh SelangorKini memperjelaskan lagi dunia kritikan buku Malaysia: "Setelah membaca esei Dicari: Krtik(us) Sastra Indonesia dari buku Politik Sastera karangan Saut Situmorang, jelaslah ada perbezaan besar memisahkan antara kritikan sastera dengan tulisan-tulisan apresiasi dan ulasan. Secara ringkas, itulah batasan takrifannya. Tidak semua penulis membicarakan karya sastera di akhbar atau majalah dianggap kritikus sastera berautentik. Seorang pengarang fiksyen menulis tentang sepak terajang permasalahan dunia sastera dalam esei, tidak semestinya karangan yang dihasilkan itu diistilahkan sebagai kritikan. Bahkan ruangan Kritikan Cerpen dalam majalah seumpama Dewan Sastera belumlah layak sepenuhnya dijadikan contoh kritikan sempurna sebagai rujukan."

Kembali pada soalan asas 'best tak buku dia?" saya fikir buat masa ini sukar untuk dijawab. Mungkin boleh dibicarakan secara peribadi/lisan dan tidak layak untuk dipamir di sesawang interent atau dicetak. Lainlah sekiranya hanya membabitkan senarai pujian melulu.

Dalam artikel yang sama dilampirkan kenyataan SN Muhammad Haji Salleh menyatakan, "seorang kritikawan yang baik, adalah seorang yang benar-benar teliti dan menyeluruh dalam menurunkan kesannya terhadap sesebuah karya, daripada seluruh peribadinya: akal, emosi, pengetahuan dan sebagainya, kerana sesebuah karya sastera itu adalah hasil daripada keseluruhan manusia penulis, penuh dengan kompleksiti dan paradoks yang terdapat dalam hidup tiap-tiap manusia."

Memang benar ada buku buku yang dirasakan tidak berisi apa apa menjadi bestseller (ini hanyalah pendapat) dan ia tidak memberi lesen padu pada kita untuk mengkritik berhelai helai. Kerana di hujung proses penerbitan, jaya diukur melalui graf jumlah cetakan dan jualan. Kamu pasti sudah pernah mendengar kisah bagaimana reviu baik dari komunitas perbukuan tidak menjanjikan apa apa.

"Selagi buku tidak jatuh ke tangan pembaca dan dinikmati, ia tidak membawa makna," pendapat yang sering didengari.

Kritik dan Reviu sebenarnya kekal subjektif kerana:

1. Membaca dianggap hiburan seronok semata mata?

2. Bacaan yang diharapkan dapat menambah ilmu?

3. Tahap pemahaman dan apresiasi sastera pembaca?

4. Stail peribadi penulisan yang diminati atau dibenci?

5. Isi kandung yang kebetulan dekat dengan si pembaca? Cannot relate?

6. Persoalan yang terbuka atau tamat berkesimpulan yang dimahukan?

Jelasnya mengkritik boleh hadir dari pelbagai sudut. Tidak adil untuk diukur secara peribadi (ikut nafsu si tukang kritik). Jadi penjelasan di atas melalui lidah Roslan Jomel dan SN Mohammad Haji Salleh saya kira tepat dan boleh diteliti secara mendalam.

Mengambil jalan mudah buat masa ini, hanya disentuh akan hal hal biasa sahaja melibatkan kata puji sekiranya menarik, bentuk font, isi cerita, hias kulit dan cadangan, sekali sekala mungkin akan terbaca ulasan ringkas di situs goodreads (yang adakalanya nakal ringan) atau mungkin artikel kurang 1000 ayat berkata akan hal yang baik baik pada sesetengah karya atau langkah mudah menjawab tentang best tak best hanyalah dengan mengatakan, "not bad at all... bacalah... belilah!"

Kalau dahulu para pelajar universiti mengangkat buku buku hebat untuk dijadikan karya analisa dan dicetak sewaktu pengajian: Misalnya... perspektif RSJ dan Banggol Derdap atau Falsafah Salina dalam konteks moden... kini ia mungkin tidak wujud lagi.

NOTA: sebagai penulis, artikel kritikan masih dibaca. Dicelahnya suka atau tidak akan terselit beberapa rahsia. Penulis juga percaya bahawa dunia yang sedia subjektif ini akan sentiasa kabur sama seperti kita membaca puisi dan cerpen cerpen eceran setelah itu kita semakin bermain selamat bila ditanya, "best ke tak best?"

"Minggu ini penulis gembira kerana sudah membaca 2 artikel hebat dan padu, sifatnya langsung dan berinformasi tulisan Ku Seman Ku Hussien, wartawan kondang Malaysia yang belajar secara self taught. Artikel tentang ITBM dan Penghargaan Editor Buku, best sangat...," 

Buku di atas sudah pasti dihasilkan dengan harapan ia memberi pengertian. AKU dan RASA sudah mendapat tempat di kalangan pembaca fixi, juga diberikan reviu yang tidak berat sebelah. Manakala Manusia (tidak boleh dipuja puji sangat kerana itu kerja gabung penulis dan Fahmi Mustaffa yang berbakat - memiliki falsafah yang hampir sama terhadap dunia penulisan)

Continue Reading

You'll Also Like

140K 3.5K 27
MUHD NAZMIRUL seorang pelajar mesra dipanggil Mirul berumur 15 tahun yang telah kehilangan kedua ibubapanya juga abang tersayang. Dia sendiri pun tak...
177K 5.5K 28
Berdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirka...
73 0 9
Di bawah langit penuh harapan, Sofia Qaisara adalah gadis yang menghadapi cabaran hidup dan masa lalu yang penuh luka. Dibesar tanpa mengenali keluar...
21.9K 1.4K 33
NAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu men...