MENULIS

By ReginaIbrahim

32.2K 653 145

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di... More

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS
DIALOG DALAM PENULISAN
CERTOT (bila Malaysia keliru)
APA ADA DALAM CERTOT?
APA YANG PENULIS BACA?
APA STAIL PENULIS ALAF BAHARU?
3 BUKU BERTEMA HARIMAU
BAIK PULIH KERJA LAMA
NARATIF - SEDIKIT TIPS
MENULIS: Panduan Sang Pemula
ONE TWO JAGA
KESALAHAN BILA MENULIS (leksikal)
GHAIRAH PENULIS
PROMOSI BUKU
REVIU - Cerpen Santiago
BANK IDEA
PANDUAN MENULIS LAGI?
MOHON TIPS LAGI?
KLITIK, PROKLITIK DAN ENKLITIK
SOROTAN
WAWANCARA
KERAGUAN BILA MENULIS
BICARA ZINE LAGI...
GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018
DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018
MENCARUT
BUKAN MUDAH MENEGUR
GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB
PERIBAHASA
ALASAN MENULIS?
MANUSIA BAGAIKAN BUKU
EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?
PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?
BACAAN TAHUN 2018
CUKARIA MENUJU 2019
EDITAN SAJAK
MENULIS DI TAHUN 2018
NOVEL WATTPAD?
NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH
APA SAHAJA KEGIATAN MENULIS DI TAHUN 2018?
JANGAN BACA NOVEL INI - Ismi Fa Ismail
HAMKA - PUISI BUKAN LAGI SENJATA
BABAK SEKS LAGI?
NAMA SAMARAN. NAMA PENA
KENAPA MASIH MENULIS?
PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?
HONORARIUM
Wawancara Di Taman Armenian
PENULIS BILA BERADA DI MEDSOS
PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH
PENULISAN KREATIF
MENULIS SETAKAT INI
LAGI TENTANG MEMBACA
PUISI SEBAGAI TERAPI
MEMBACA
MENGHANTAR MANUSKRIP
SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN
PERSPEKTIF TENTANG SAJAK
MAHU MENJADI PENULIS - Sue Emoqwin
MENIKMATI KARYA TEMPATAN
CABARAN PENULIS, WARTAWAN DAN SASTERAWAN DALAM MEDIA ALAF BAHARU.
PUISI MHS
MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG
UMPANKLIK
MENULIS SECARA LITERAL ATAU NON-LITERAL
PENULIS HANTU - Ghost Writer
PENULISAN QUEER
BUKU FIXI
MENGEDIT LONGGAR
MANUSIA MEMBACA
SENSASI DUNIA PENULISAN
JARGON - KATA KATA BESAR
BEST TAK KARYA DIA?
MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)
MENEMUI PENULIS
BERFIKSYEN DI ALAF BAHARU - PANDANGAN PERIBADI
SASTERA. APA SEBENARNYA?
MAHU BIKIN SIAPA KAGUM?
EDITAN RINGKAS.
MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN
MENULIS MEMBACA
MATA HELANG
SASTERAWAN NEGARA 2019
MENULIS ESEI
MENILIK KERJA LAMA
TIPS MENULIS (PEMULA)
5 CERPEN TERBAIK CUKARIA PERTENGAHAN 2019
IBUKU SI PATTU
PANDUAN MENULIS NOVEL
CORETAN - Regina Ibrahim
MENULIS DI MALAYSIA
PAPARAN NOVEL DI WATTPAD?
MANA MUNGKIN?
SEDAP MENULIS SEDAP EDIT
ADJEKTIF
HOW WAS IT WRITING IN MALAYSIA?
GENDER DALAM SASTERA
NO 4 YANG TIDAK DISEBUT?
NIRLABA
MAHU TULIS APA?
KALI PERTAMA
SELF PUBLISHED AUTHOR? (SWATERBIT)
MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?
SIAPAKAH PEMBACA KITA?
HUMAN STORIES (BERKISAH TENTANG MANUSIA)
YANG LAMA YANG BARU
SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW
LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG
BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.
SAYA KEMBALI MENGEDIT
GENDER IN LITERATURE
BICARA TERUS TERANG DUNIA PENULISAN.
KESALAHAN BERBUNYI SEPERTI BETUL
TEKNOLOGI DALAM FIKSYEN
RANDOM: Karya yang boleh diindahkan lagi...
GENRE SERAM
BEBAS DALAM TANDA KUTIP
FAKTOR FAKTOR BUKU TIDAK LAKU
KISAH PLAGIAT BERGAMBAR
PENULIS DAN PENERBIT - Sri Diah
BUAL BICARA
DIALEK KELANTAN
RAPAT ATAU JAUH? GANDAAN DAN MORFEM
BERADA DALAM DUNIA PERBUKUAN
(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.
CONTOH EDITAN - MENGEDIT
BUKU BUKU PILIHAN PENULIS DAN PEMBACA
APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?
GTLF2019
DIARI GTLF2019
ANEKDOT SAAT GTLF 2019
SELAMAT JALAN: CUKARIA
BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)
PUBLICIST
PEMBUNUH SEMANGAT
TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?
SIAPA IDOLA KAMU DI DUNIA PENULISAN?
NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN
JATUH CINTA PADA PENULIS?
TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI
PENULIS PROLIFIK PENDIAM?
BERTEMU PENULIS PEMULA
APA ITU BLURB?
APA YANG SILAP?
DIALEK UTARA - BUKAN KAMUS
KERJA MENTERJEMAH
SYOK SENDIRI
REAKSI PEMBACA
KATA PEMERI: ialah & adalah
DINSMAN TENTANG KERIS MAS
CONVERSATION - Am I slowing down?
PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.
REPRESENTASI JANTINA
BERCERITA
SMART STYLISH WRITING
MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?
PEMULA: PUISI/SAJAK/PROSA/LIRIK
BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?
DUNIA TANPA INTERNET (SURAT SURAT YANG DILUPAKAN)
MENCARI INSPIRASI MENULIS
BILA PENULIS SEORANG TRANSFOBIA
KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN
WEBINAR, BICARA TALIAN, WACANA
SETELAH KARYA DICETAK
ANTOLOGI
KISAH ROYALTI BUKU LAGI?
PENULIS BERSAJAK
NOVEL SAMPAH?
GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU
HADIAH NOBEL SASTERA 2020
PILU MENJADI PENULIS (SATU RENUNGAN)
TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN
KHABARNYA SEMUA ORANG BOLEH MENULIS
KENAPA BAHASA INGGERIS?
MENGEDIT LAGI.
BICARA BUKU INDIE
YOU SIRIES DI NETFLIX
MARI SAMA SAMA BELAJAR
GTLF 2021 (GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL)
PENULIS MENONTON: MEMILIH FILEM TERBITAN NETFLIX 2021
MERIVIU KONSERT/PERSEMBAHAN
NOVEL AUSTRALIA - kenapa FIXI?
GTLF 2022 - Georgetown Literary Festival 2022
QUESTIONAIRES
CERITA MENULIS DAN PENULIS
ASAS PEMBENTUKAN WATAK DALAM NOVEL & SEBARANG PENCERITAAN
PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH
KULIT BUKU

MENULIS LIRIK LAGU

615 0 0
By ReginaIbrahim

MENULIS LIRIK LAGU.

Lirik lagu bagaikan menulis sajak dan prosa yang bercerita. Kamu sudah pasti mendengar bagaimana langsungnya (direct) lagu lagu di zaman terdahulu. Puitisnya lagu lagu evergreen dan ada ketikanya ketawa mendengar lagu lagu vintaj (lagu dendangan mat Sentul, Zaharah Agus dan dua beberapa lagu yang dikenang bukan kerana melodi dan lantunan yang sedap tetapi dianggap naif lucu). Begitu juga lagu lagu patriotik Malaysia yang kekal menyengat sehingga kini.

Penerbitan hasil rakaman (album/single) selain menitik beratkan melodi yang merdu dan sudah tentu LIRIK yang berkesan. Diolah dalam studio oleh penerbit yang peka pada sebutan, lantunan (pitching, expression, kunci). Hal hal Vibrato, tremolo, Coda tergantung pada sang pemilik vokal. Pokoknya diolah di situ.

Melodi yang baik tanpa LIRIK yang bersesuaian akan mencacatkan produksi. Dilupakan, atau lebih terus diketawakan kerana dianggap kurang matang.

Penulis lirik yang baik peka pada TATA BAHASA walaupun mahu berpuitis sekalipun. Sayangnya di negara ini, serahan tugas menulis lirik sering jatuh pada mereka yang sudah menulis untuk artis artis hits, lagu lagu yang sebelumnya memikat. Bagaikan ayah saudara yang menyerahkan kerja pada anak buah sendiri lagaknya, akhirnya tanpa variasi lagu terkubur begitu sahaja walaupun pendengar memuji melodi lagu tersebut.

Lirik membawa impak besar penceritaan isu dalam sesebuah lagu. Tidak kiralah samada ia lagu patriotik, iklan atau lagu romantik.

Tidak ada syarat syarat khusus bila menulis lirik sebagai filler/isi kata yang berdasarkan pada ruang kosong melodi muzik untuk diisi (minus one). Ia masih lagi berada dalam kondisi BEBAS. Namun selalunya ia dihasilkan begini.

LIRIK MELIPUTI: (contoh lagu mudah bertajuk DIA lantunan Fauziah Latif)

Dia  Ciptaan Ross Ariffin LIRIK Amran Omar.

Intro: melodi yang sama seperti rangkap/bait dalam lagu.

BAIT: Dia insan pertama yang bertakhta

Dia insan pertama yang ku cinta

Dia pernah membuatku bahagia

Dia yang mengajarku

Tentang erti rindu

Ulangan bait/cerita: Dia yang dulu pernah ku sanjungi

Pergi sehingga kini tak berganti

Hilang dari pandangan hidup ini

Membawa luka pedih tak terperi

Korus: Tiada ku duga

Permulaan yang jernih

Menjadi keruh dengan tiba-tiba

Bisa rintangan antara ku dan dia

Cinta terhalang oleh orang tua

BAIT dengan sambungan cerita: Kini terkilan sungguh rasa hati

Dia tak pernah lagi ku temui

Dia ku abadikan dalam jiwa

Terima kasih atas segalanya

(musik guitar solo mewakili nafsu lagu)

Ulangan korus: Tiada ku duga

Permulaan yang jernih

Menjadi keruh...

Ditamatkan dengan damai syahdu dengan ulangan: Terima kasih atas segalanya sebanyak dua kali.

INTRO – frasa cerita pembukaan: Mungkin muzik bermelodi (ketikan piano atau guitar solo termasuk humming dari pelantun suara). Boleh dibiarkan kosong memperkenalkan melodi. Intro sangatlah biasa, kerana jarang ada lagu yang berlirik sewaktu intro muzik.

BAIT – Bermula bahagian penting penulisan lirik/cerita dalam lagu. Bait disusun mengikut suku kata berdasarakan muzik. Selalunya bait lebih panjang dari bahagian Korus, tetapi tidak semenstinya begitu. Ada lagu yang tidak berkorus (kerana terbiasa pendengar merasa aneh). Dikenali sebagai rangkap awal/ rangkap akhir/rangkap tengah. 

KORUS akan diulang ulang (adakalanya 2 kali dalam lagu – sebagai pengukuh cerita/isu dalam lagu) ada waktunya hanya ditukar satu kata atau tambahan. Korus adalah bahagian yang menjadi penarik pendengar agar mereka terpesona pada lagu secara keseluruhan. Mudah, tepat dan boleh diulang nyanyi walau sekali dengar. Korus dalam lagu balada digelar sebagai pemikat. Ada waktunya korus diulang jadi penamat hingga coda (bunyi diperlahankan hinggal hilang).

BRIDGE - Jarang ada dalam lagu lagu Melayu. Frasa pendek satu atau dua barik sebelum kembali pada korus setelah lafazan bait bati dan mengisi ruang muzik.

E.g: Lagu Whitney Houston Didn't We Almost have it all:

Setelah ulangan 2 korus intense, bahagian paling bawah sebelum ulangan korus penamat, "didn;t we all have the best of time...when love was young and new...couldn't we reach inside and fine, that world of me and you... we'll never lose it again..couse when you know what love is, you'll never let it end...." Kemudiannya masuk ulang lagi ke bahagian korus.

Bridge adalah bahagian yang ada di beberapa lagu tetapi tidak semua lagu memilikinya. Biasanya bagian ini muncul setelah chorus yang kedua, bridge adalah bahagian lagu yang terdengar sama sekali berbeza dengan keseluruhan lagu. Bahagian ini biasanya pendek, hanya terdiri dari satu atau dua baris lirik, dan kadang-kadang menjadi awalan perubahan kunci nada pelantun demi menekankan kisah dalam lagu. (lagu balada moden Malaysia banyak yang ada bridge): Bridge banyak digunakan oleh pelantun hebat yang merupakan pakar style lagu seperti beberapa contoh Dionne Warwick, Mariah Carey, Whitney Houston dan Celine Dion.

Lirik ditulis mengikut SUKUKATA bersesuaian dengan kemahuan pengubah lagu. Kiraan sukukata adalah begini. Di/a in/san per/ta/ma yang ku/cinta (8 sukukata), Hu/jan yang tu/run ba/gai/kan mu/ti/a/ra (11 sukukata)

Sukukata membenarkan penulis lirik merangka bait bait puisi (tidak kiralah samada puitis atau mahu gembira bercerita)

A – Bait

B – sebagai korus

C – sebagai bridge

Susunannya pula boleh jadi AABA (paling banyak digunakan). Mungkin kamu boleh mencuba susunan AABB, ABA, AAAA, ABCBA, ABABCB, ABACABA, dan seterusnya. Terpulang pada kreativiti.

C sekiranya ada bridge dalam lagu.

Terdapat banyak lirik lirik lagu di zaman ini tidak memikat. Bunyinya bagaikan orang bercerita secara langsung (contoh lagu lagu di zaman rock kapak 80an). Ia tidak IN lagi. Ada yang bercerita satu persatu...bagaikan ditulis oleh pelirik yang kurang matang dan hanya mahu berlagu.

Malaysia sudah melahirkan ramai penulis lirik yang baik sejak zaman berzaman antara mereka yang harus menjadi panduan adalah Habsah Hassan, JS KEVIN, Juwie, Amran Omar, Mukhlis Noor, Jamil Sulong dan yang paling terbaharu adalah Hael Azmi dan Ezra Kong. Jangan lupa, Yuna menulis lirik dan lagunya sendiri. Begitu juga dengan Allahyarhamah Sharifah Aini dan Sudirman yang banyak menulis lirik untuk lagu sendiri dan teman teman seangkatan.

Selaras zaman LIRIK lagu tidaklah boleh diambil lewa... walaupun untuk lagu sedih meleleh hata lagu rock sekalipun.

LIRIK LIRIK BERKESAN SECARA RANDOM:

1. Hujan – Lirik Habsah Hassan (beliau paling banyak menulis lagu hits berlirik kualiti)

2. Melawan Perasaan – Juwie (terkenal dengan lagu hits meleleh cinta)

3. Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai JS Kevin atau juga Masterpiece, ZN Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Joe Kevin dan An Kevin merupakan seorang penulis lirik dan penggubah lagu rock yang terkenal suatu masa dahulu, banyak menyumbangkan di dalam menulis lagu dan lirik untuk kumpulan rock tempatan sekitar '80-an dan '90-an.

4. Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Azizah – Jamil Sulong

5. S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim – banyak lagu ditulis liriknya sejak 80an. Umpama Mimpi Dalam Mimpi lantunan Kumpulan Damasutera.

6. Altimet, Jo Flizzow dan Malique – perangka lirik walau dalam nada rap sekalipun. (sila semak bagaimana mereka merangka cerita dalam lagu).

Secara ringkasnya apabila menulis lirik, kemahiran membaca sukukata yang dimahukan, menyusun cerita/ayat/irama dan kerjasama dengan pengubah, penerbit dan pelantun sangatlah digalakkan. Masuk sekali dalam studio untuk melihat pantau segala proses penerbitan adalah penting. Kerana di akhirnya cerita dalam lagu tersebut adalah dari KAMU Penulis Lirik. Menulis lirik tidak semestinya kamu harus membaca skala muzik.

NOTA: Artikel ini ditulis setelah beberapa kali menegur penghasilan lagu baharu yang dikongsikan di internet oleh pelantun, pencipta lirik yang didapati TIDAK MEMENUHI syarat zaman. Lirik yang kampungan dan tata bahasa yang tidak betul. Info dua tiga didapatkan dari Wikipedia.

3 rangkap/bait sebelum memasuki korus

susunan bait dan korus dalam bentuk AABB. Lagu Let it go ada bahagian Bridge kalau diperhati dengar....cuba kamu latih.

Continue Reading

You'll Also Like

SERAKAH By yinyeen

Non-Fiction

392K 1.2K 14
Kisah benar seorang bapa yang berhati binatang. Menjadikan nafsu sebagai raja yang memimpin akal fikiran yang waras. Sehinggakan sanggup menjadikan a...
712K 2.5K 14
📣❌🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞❌ THIS IS JUST FOR A SCENE. KALAU NAK BACA MESTI KENA FOLLOW. VOTE AND COMMENT DOWH... JANGAN LUPE SHARE KAT KAWAN-KAWAN KORA...
4.5K 194 11
Maryam mempertaruhkan kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Sayangnya majlis perkahwinan mereka bertukar kecoh apabila Asyraf bertindak me...
21.4K 759 28
kisah ini tentang...seorang lelaki bernama taehyung..bertemu dengan jeon Jungkook(seorang PSYCHO&MAFIA)... KALAU NAK TAHU CERITA SELANJUTNYA...BACALA...