MENULIS

By ReginaIbrahim

30.1K 645 145

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di... More

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS
DIALOG DALAM PENULISAN
CERTOT (bila Malaysia keliru)
APA ADA DALAM CERTOT?
APA YANG PENULIS BACA?
APA STAIL PENULIS ALAF BAHARU?
3 BUKU BERTEMA HARIMAU
BAIK PULIH KERJA LAMA
NARATIF - SEDIKIT TIPS
MENULIS: Panduan Sang Pemula
ONE TWO JAGA
KESALAHAN BILA MENULIS (leksikal)
GHAIRAH PENULIS
PROMOSI BUKU
REVIU - Cerpen Santiago
BANK IDEA
PANDUAN MENULIS LAGI?
MOHON TIPS LAGI?
KLITIK, PROKLITIK DAN ENKLITIK
SOROTAN
WAWANCARA
KERAGUAN BILA MENULIS
BICARA ZINE LAGI...
GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018
DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018
MENCARUT
BUKAN MUDAH MENEGUR
GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB
PERIBAHASA
ALASAN MENULIS?
MANUSIA BAGAIKAN BUKU
EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?
PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?
BACAAN TAHUN 2018
CUKARIA MENUJU 2019
EDITAN SAJAK
MENULIS DI TAHUN 2018
NOVEL WATTPAD?
NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH
APA SAHAJA KEGIATAN MENULIS DI TAHUN 2018?
JANGAN BACA NOVEL INI - Ismi Fa Ismail
HAMKA - PUISI BUKAN LAGI SENJATA
BABAK SEKS LAGI?
NAMA SAMARAN. NAMA PENA
PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?
HONORARIUM
Wawancara Di Taman Armenian
PENULIS BILA BERADA DI MEDSOS
MENULIS LIRIK LAGU
PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH
PENULISAN KREATIF
MENULIS SETAKAT INI
LAGI TENTANG MEMBACA
PUISI SEBAGAI TERAPI
MEMBACA
MENGHANTAR MANUSKRIP
SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN
PERSPEKTIF TENTANG SAJAK
MAHU MENJADI PENULIS - Sue Emoqwin
MENIKMATI KARYA TEMPATAN
CABARAN PENULIS, WARTAWAN DAN SASTERAWAN DALAM MEDIA ALAF BAHARU.
PUISI MHS
MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG
UMPANKLIK
MENULIS SECARA LITERAL ATAU NON-LITERAL
PENULIS HANTU - Ghost Writer
PENULISAN QUEER
BUKU FIXI
MENGEDIT LONGGAR
MANUSIA MEMBACA
SENSASI DUNIA PENULISAN
JARGON - KATA KATA BESAR
BEST TAK KARYA DIA?
MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)
MENEMUI PENULIS
BERFIKSYEN DI ALAF BAHARU - PANDANGAN PERIBADI
SASTERA. APA SEBENARNYA?
MAHU BIKIN SIAPA KAGUM?
EDITAN RINGKAS.
MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN
MENULIS MEMBACA
MATA HELANG
SASTERAWAN NEGARA 2019
MENULIS ESEI
MENILIK KERJA LAMA
TIPS MENULIS (PEMULA)
5 CERPEN TERBAIK CUKARIA PERTENGAHAN 2019
IBUKU SI PATTU
PANDUAN MENULIS NOVEL
CORETAN - Regina Ibrahim
MENULIS DI MALAYSIA
PAPARAN NOVEL DI WATTPAD?
MANA MUNGKIN?
SEDAP MENULIS SEDAP EDIT
ADJEKTIF
HOW WAS IT WRITING IN MALAYSIA?
GENDER DALAM SASTERA
NO 4 YANG TIDAK DISEBUT?
NIRLABA
MAHU TULIS APA?
KALI PERTAMA
SELF PUBLISHED AUTHOR? (SWATERBIT)
MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?
SIAPAKAH PEMBACA KITA?
HUMAN STORIES (BERKISAH TENTANG MANUSIA)
YANG LAMA YANG BARU
SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW
LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG
BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.
SAYA KEMBALI MENGEDIT
GENDER IN LITERATURE
BICARA TERUS TERANG DUNIA PENULISAN.
KESALAHAN BERBUNYI SEPERTI BETUL
TEKNOLOGI DALAM FIKSYEN
RANDOM: Karya yang boleh diindahkan lagi...
GENRE SERAM
BEBAS DALAM TANDA KUTIP
FAKTOR FAKTOR BUKU TIDAK LAKU
KISAH PLAGIAT BERGAMBAR
PENULIS DAN PENERBIT - Sri Diah
BUAL BICARA
DIALEK KELANTAN
RAPAT ATAU JAUH? GANDAAN DAN MORFEM
BERADA DALAM DUNIA PERBUKUAN
(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.
CONTOH EDITAN - MENGEDIT
BUKU BUKU PILIHAN PENULIS DAN PEMBACA
APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?
GTLF2019
DIARI GTLF2019
ANEKDOT SAAT GTLF 2019
SELAMAT JALAN: CUKARIA
BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)
PUBLICIST
PEMBUNUH SEMANGAT
TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?
SIAPA IDOLA KAMU DI DUNIA PENULISAN?
NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN
JATUH CINTA PADA PENULIS?
TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI
PENULIS PROLIFIK PENDIAM?
BERTEMU PENULIS PEMULA
APA ITU BLURB?
APA YANG SILAP?
DIALEK UTARA - BUKAN KAMUS
KERJA MENTERJEMAH
SYOK SENDIRI
REAKSI PEMBACA
KATA PEMERI: ialah & adalah
DINSMAN TENTANG KERIS MAS
CONVERSATION - Am I slowing down?
PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.
REPRESENTASI JANTINA
BERCERITA
SMART STYLISH WRITING
MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?
PEMULA: PUISI/SAJAK/PROSA/LIRIK
BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?
DUNIA TANPA INTERNET (SURAT SURAT YANG DILUPAKAN)
MENCARI INSPIRASI MENULIS
BILA PENULIS SEORANG TRANSFOBIA
KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN
WEBINAR, BICARA TALIAN, WACANA
SETELAH KARYA DICETAK
ANTOLOGI
KISAH ROYALTI BUKU LAGI?
PENULIS BERSAJAK
NOVEL SAMPAH?
GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU
HADIAH NOBEL SASTERA 2020
PILU MENJADI PENULIS (SATU RENUNGAN)
TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN
KHABARNYA SEMUA ORANG BOLEH MENULIS
KENAPA BAHASA INGGERIS?
MENGEDIT LAGI.
BICARA BUKU INDIE
YOU SIRIES DI NETFLIX
MARI SAMA SAMA BELAJAR
GTLF 2021 (GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL)
PENULIS MENONTON: MEMILIH FILEM TERBITAN NETFLIX 2021
MERIVIU KONSERT/PERSEMBAHAN
NOVEL AUSTRALIA - kenapa FIXI?
GTLF 2022 - Georgetown Literary Festival 2022
QUESTIONAIRES
CERITA MENULIS DAN PENULIS
ASAS PEMBENTUKAN WATAK DALAM NOVEL & SEBARANG PENCERITAAN
PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH
KULIT BUKU

KENAPA MASIH MENULIS?

119 3 0
By ReginaIbrahim

MENGACARA MAJLIS, BERTUKANG DAN MENULIS

Ramai membayangkan enaknya menulis sepenuh masa. Kerjaya yang hampir mustahil, kecualilah kamu wartawan, penulis iklan (copy writer), editor majalah, penulis tetap/kontrak media arus perdana, penulis skrip lakon layar dan penulis tersohor dari benua Eropah.

Tahap pembacaan dan pembelian buku buku tempatan sebenarnya sangatlah menyedihkan. Mungkin sesuai dengan kadar jumlah purata penduduk yang membaca, atau mungkin ada sebab lain? Semuanya sudah dibincangkan dari waktu ke waktu, begitu juga penutupan rumah penerbitan yang pada mulanya ghairah secara tidak langsung menjadi aras ukur.

Tidak perlulah dibincangkan tentang isi dan misi rumah penerbitan bila muncul persoalan sebegini. Persepsi masih seperti biasa, apabila diperkenalkan diri sebagai penulis, suasana akan jadi sepi seketika. Kekaguman itu MAHAL sebenarnya...

"I am a published author in Malaysia," gah bukan bunyinya?

Kita masing masing mencari makan, sesuap nasi kata hemahnya. Pembaca juga membayangkan rencana rencana tentang penulis berprolifik seperti J.K Rowling atau secara tempatan Ramlee Awang Murshid. Paling tidak kamu tahu ada penulis muda seperti Nadia Khan dan Mohd Fatrim yang menekan punat yang betul dalam dunia penulisan moden untuk anak anak muda di Malaysia.

Impian emulasi sebagai JK Rowling musnah?

2017 – 2018 adalah tahun di mana saya mencuba menjadi penulis sepenuh masa, agar menemui rasa yang lebih dekat bagaimana situasi sebenar.

Berikut adalah pecahan pecahan bandingan kasar akan pulangan tiga kegiatan yang sudah dilakukan:

PENTAS:

Mengacara majlis sebagai emcee – nilainya secara tunai adalah antara rm1,200 - 2,500 mengikut besar kecil majlis.

Menyanyi 30 hingga 45 minit (1,200 – 2000 ringgit)

Segala terpulang pada persaingan dan permintaan agen dan klien. Harus melobi dari waktu ke waktu, bertekak akan sistem bunyi. Tidak konsisten dan ada ketikanya mengecewakan. Dibatalkan atau ditolak di minit terakhir kerana seksualiti sebagai transnita (sudah ditangani sejak awal tahun 90an)

BERTUKANG:

Membuat perhiasan kostum. Satu lagi cabang seni yang sudah dicuba sejak awal tahun 90an. Menjual rekaan tangan yang unik dan tidak dijual di kedai perhiasan. Bermusim, perlu ada modal mencari bahan bahan dan menjual secara langsung di pesta, secara talian atau festival kecil.

Melukis juga dilihat sebagai hal glamer. Apa tidaknya, sudah pernah punya pameran solo dan dibeli oleh para kolektor. Ia bermusim dan tidak kosisten. Ekonomi yang runtuh membuatkan pembeli tidak ada. Ketakutan pada harga akan sentiasa bermain di benak pelukis. Peratusan potongan galeri, hal hal konsimen dan jenis lukisan. (mana mungkin pelukis yang baik melukis ikut citarasa pembeli semata mata). Setakat ini lukisan dijual dengan harga paling rendah 500 ringgit – 1200 ringgit.

2 kegiatan ini berhenti sebenarnya di sekitar 2017 dan 2018, akan dikembalikan secara aktif di tahun 2019.

MENULIS:

Nikmatnya hebat tetapi tidaklah seindah yang dibayangkan. Kata SEPI sebagai penulis mungkin menyentuh tentang imbuhan yang diterima. Buku selalunya dicetak oleh penerbit sebanyak 3000 unit. (ada penerbit yang membayar wang pendahuluan diikuti oleh kiraan royalti) dan persen yang sudah dimaktubkan dalam kontrak.

Ada royalti yang tidak diterima kerana pura pura dilupakan dan mungkin alasannya buku tidak terjual, kedai tutup dan pengedar yang lari. Alasannya pelbagai.

Mempunyai buku membolehkan kamu sebagai penulis untuk dijemput menghadiri wacana atau menjadi panel. Ada majlis yang awal awal lagi disebut tentang tidak berbudget, ada yang bermurah hati memberikan elaun pengangkutan dan tempat tinggal. Begitu juga siaran artikel/cerpen di majalah dan media imbuhannya tidaklah sehebat menyanyikan 5 lagu di panggung. Langit dan bumi pembayaran jika ingin dibandingkan.

Panel wacana – 400 – 800 ringgit (mengikut reputasi Penganjur)

Artikel dan cerpen: 350 hingga 500 ringgit (juga tidak seragam)

Persoalannya berapa kerap ia boleh terjadi? Apa kualiti penulis untuk di kehadapankan? Sekali dijemput apakah akan berterusan/terhenti?

KENAPA MASIH MENULIS?

Kerana kepuasan dan sumbangan pada diri dan pembaca dianggap penting. Menulis berkuasa magik pembangunan yang tersorok. Kegiatan menulis mengizinkan rasa, pendapat, kesimpulan, pemikiran didengari, bukan hanya hal hal seronok semata mata.

Ada penulis yang mahu memenuhi nafsu pembaca semata mata, mahu tampil bijak, menjual nilai hidup dan tidak kira apa alasan mereka menikmati dunia penulisan. Terpulang.

Atas dasar itu para pembaca akan sering menemui penulis yang bekerja sebagai guru, mejawat jawatan awam malah ada yang menjadi pemandu GRAB, perkeranian atau ada yang membantu isteri membuka gerai makan. Lainlah kalau kita isteri sang Dato kaya yang menulis, itu kisah yang lain.

Penulis muda Malaysia tidak mampu menjawat tugas menulis 24/7. Mereka berkreatif hanya di waktu senggang atau mencuri waktu menjadi penulis. Kenapa mereka masih mahu menulis? Kerana ada terselit tanggungjawab besar di situ tanpa berharap pada LABA menjana keuntungan komsersil yang mustahil dengan iklim penulisan di Malaysia.

Lokman Hakim – Jurutera

Dayang Noor – Guru

Sri Rahayu Mohd Yusuf - Guru

Uthaya Shankar – Pemandu grab

Wan Noor Azriq – Pemandu grab

Johan Radzi – Peguam muda

Mohd Fatrim – Pelajar jurusan penulisan

Abdullah Husaini – Peladang moden dan guru

Azrin Fauzi – bidang arkitek.

Ahmad Muziru – bidang perubatan

Ted Mahsun – pakar IT

.... Hanya beberapa contoh nama penulis yang diberikan di atas. Jadi para penulis pemula harus memikirkan awal awal lagi bagaimanakah survival mendatang dalam dunia penulisan. Bagaimana mahu mencuri waktu menulis, mencari penerbitan yang betanggungjawab, mencetak sendiri atau secara berkumpulan?

Sama seperti penulis penulis sebelumnya yang ramai terdiri dari pendidik/guru/pensyarah sekolah dan penjawat awam, amatlah jarang ditemui mereka yang jatuh dalam kelompok istimewa menjawat jawatan PENULIS sepenuh masa. Saya masih membayangkan alangkah indahnya kalau semua penulis mampu begitu, menjana pendapatan dengan menulis semata mata.

Harus ingat menulis tentang akademik juga antara cabang bidang penulisan. Sekiranya tepat waktu dan kehendak sudah tentu digunakan secara menyeluruh dengan kontrak yang berbaloi. Bayangkan buku sekolah rendah, menengah dan buku rujukan untuk seluruh universiti di Malaysia.

Jadi kita tidak menjadi hairan sekiranya ada penulis penulis yang mantap hilang dari radar setelah beberapa tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan. Hal mencuri waktu dan mengimbangi kerjaya ini tidak sama jika mahu dibandingkan sesama para penulis.

Boleh disimpulkan bahawa menulis menyumbang secara emosi dalam cara yang berbeza dan di samping tujuan asas para penulis tidak pernah sama.

NOTA: Artikel ini hanyalah pandangan secara peribadi dan tidak mewakili mana mana kumpulan penulis di Malaysia.

Continue Reading

You'll Also Like

79K 8.5K 33
Apabila seorang 'ice prince' merasa cinta buat kali pertama. started : 15122019 ended : 20032020 ●●● ☾ 500 - 261219 ☾ 1K - 030120 ☾ 5.5K - 210320 ☾...
40.1K 3.7K 29
҂৲ stray.kids fanfic : ❝Aku masih tak tahu kenapa korang culik aku!❞ -Y/N ❝Sebab darah kau sedap...❞-SKZ START : 15 Mei 2020 END : 10 Oct 2020
119K 12.1K 44
Do you suffer from social anxiety? This book is only for people who suffer from social anxiety. Kalau rasa diri tu normal tapi jenis menganjing, sil...