MENULIS

By ReginaIbrahim

30.1K 645 145

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di... More

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS
DIALOG DALAM PENULISAN
CERTOT (bila Malaysia keliru)
APA ADA DALAM CERTOT?
APA STAIL PENULIS ALAF BAHARU?
3 BUKU BERTEMA HARIMAU
BAIK PULIH KERJA LAMA
NARATIF - SEDIKIT TIPS
MENULIS: Panduan Sang Pemula
ONE TWO JAGA
KESALAHAN BILA MENULIS (leksikal)
GHAIRAH PENULIS
PROMOSI BUKU
REVIU - Cerpen Santiago
BANK IDEA
PANDUAN MENULIS LAGI?
MOHON TIPS LAGI?
KLITIK, PROKLITIK DAN ENKLITIK
SOROTAN
WAWANCARA
KERAGUAN BILA MENULIS
BICARA ZINE LAGI...
GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018
DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018
MENCARUT
BUKAN MUDAH MENEGUR
GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB
PERIBAHASA
ALASAN MENULIS?
MANUSIA BAGAIKAN BUKU
EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?
PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?
BACAAN TAHUN 2018
CUKARIA MENUJU 2019
EDITAN SAJAK
MENULIS DI TAHUN 2018
NOVEL WATTPAD?
NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH
APA SAHAJA KEGIATAN MENULIS DI TAHUN 2018?
JANGAN BACA NOVEL INI - Ismi Fa Ismail
HAMKA - PUISI BUKAN LAGI SENJATA
BABAK SEKS LAGI?
NAMA SAMARAN. NAMA PENA
KENAPA MASIH MENULIS?
PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?
HONORARIUM
Wawancara Di Taman Armenian
PENULIS BILA BERADA DI MEDSOS
MENULIS LIRIK LAGU
PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH
PENULISAN KREATIF
MENULIS SETAKAT INI
LAGI TENTANG MEMBACA
PUISI SEBAGAI TERAPI
MEMBACA
MENGHANTAR MANUSKRIP
SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN
PERSPEKTIF TENTANG SAJAK
MAHU MENJADI PENULIS - Sue Emoqwin
MENIKMATI KARYA TEMPATAN
CABARAN PENULIS, WARTAWAN DAN SASTERAWAN DALAM MEDIA ALAF BAHARU.
PUISI MHS
MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG
UMPANKLIK
MENULIS SECARA LITERAL ATAU NON-LITERAL
PENULIS HANTU - Ghost Writer
PENULISAN QUEER
BUKU FIXI
MENGEDIT LONGGAR
MANUSIA MEMBACA
SENSASI DUNIA PENULISAN
JARGON - KATA KATA BESAR
BEST TAK KARYA DIA?
MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)
MENEMUI PENULIS
BERFIKSYEN DI ALAF BAHARU - PANDANGAN PERIBADI
SASTERA. APA SEBENARNYA?
MAHU BIKIN SIAPA KAGUM?
EDITAN RINGKAS.
MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN
MENULIS MEMBACA
MATA HELANG
SASTERAWAN NEGARA 2019
MENULIS ESEI
MENILIK KERJA LAMA
TIPS MENULIS (PEMULA)
5 CERPEN TERBAIK CUKARIA PERTENGAHAN 2019
IBUKU SI PATTU
PANDUAN MENULIS NOVEL
CORETAN - Regina Ibrahim
MENULIS DI MALAYSIA
PAPARAN NOVEL DI WATTPAD?
MANA MUNGKIN?
SEDAP MENULIS SEDAP EDIT
ADJEKTIF
HOW WAS IT WRITING IN MALAYSIA?
GENDER DALAM SASTERA
NO 4 YANG TIDAK DISEBUT?
NIRLABA
MAHU TULIS APA?
KALI PERTAMA
SELF PUBLISHED AUTHOR? (SWATERBIT)
MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?
SIAPAKAH PEMBACA KITA?
HUMAN STORIES (BERKISAH TENTANG MANUSIA)
YANG LAMA YANG BARU
SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW
LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG
BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.
SAYA KEMBALI MENGEDIT
GENDER IN LITERATURE
BICARA TERUS TERANG DUNIA PENULISAN.
KESALAHAN BERBUNYI SEPERTI BETUL
TEKNOLOGI DALAM FIKSYEN
RANDOM: Karya yang boleh diindahkan lagi...
GENRE SERAM
BEBAS DALAM TANDA KUTIP
FAKTOR FAKTOR BUKU TIDAK LAKU
KISAH PLAGIAT BERGAMBAR
PENULIS DAN PENERBIT - Sri Diah
BUAL BICARA
DIALEK KELANTAN
RAPAT ATAU JAUH? GANDAAN DAN MORFEM
BERADA DALAM DUNIA PERBUKUAN
(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.
CONTOH EDITAN - MENGEDIT
BUKU BUKU PILIHAN PENULIS DAN PEMBACA
APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?
GTLF2019
DIARI GTLF2019
ANEKDOT SAAT GTLF 2019
SELAMAT JALAN: CUKARIA
BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)
PUBLICIST
PEMBUNUH SEMANGAT
TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?
SIAPA IDOLA KAMU DI DUNIA PENULISAN?
NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN
JATUH CINTA PADA PENULIS?
TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI
PENULIS PROLIFIK PENDIAM?
BERTEMU PENULIS PEMULA
APA ITU BLURB?
APA YANG SILAP?
DIALEK UTARA - BUKAN KAMUS
KERJA MENTERJEMAH
SYOK SENDIRI
REAKSI PEMBACA
KATA PEMERI: ialah & adalah
DINSMAN TENTANG KERIS MAS
CONVERSATION - Am I slowing down?
PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.
REPRESENTASI JANTINA
BERCERITA
SMART STYLISH WRITING
MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?
PEMULA: PUISI/SAJAK/PROSA/LIRIK
BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?
DUNIA TANPA INTERNET (SURAT SURAT YANG DILUPAKAN)
MENCARI INSPIRASI MENULIS
BILA PENULIS SEORANG TRANSFOBIA
KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN
WEBINAR, BICARA TALIAN, WACANA
SETELAH KARYA DICETAK
ANTOLOGI
KISAH ROYALTI BUKU LAGI?
PENULIS BERSAJAK
NOVEL SAMPAH?
GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU
HADIAH NOBEL SASTERA 2020
PILU MENJADI PENULIS (SATU RENUNGAN)
TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN
KHABARNYA SEMUA ORANG BOLEH MENULIS
KENAPA BAHASA INGGERIS?
MENGEDIT LAGI.
BICARA BUKU INDIE
YOU SIRIES DI NETFLIX
MARI SAMA SAMA BELAJAR
GTLF 2021 (GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL)
PENULIS MENONTON: MEMILIH FILEM TERBITAN NETFLIX 2021
MERIVIU KONSERT/PERSEMBAHAN
NOVEL AUSTRALIA - kenapa FIXI?
GTLF 2022 - Georgetown Literary Festival 2022
QUESTIONAIRES
CERITA MENULIS DAN PENULIS
ASAS PEMBENTUKAN WATAK DALAM NOVEL & SEBARANG PENCERITAAN
PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH
KULIT BUKU

APA YANG PENULIS BACA?

259 14 7
By ReginaIbrahim

APA YANG PENULIS BACA?

Secara terus terang, sering terbit rasa malu mahu menggelar diri sebagai penulis. Bayangkan dalam keramaian, diperkenalkan sebagai penulis. Lama lama barulah dibiasakan. Secara berjenaka, dilapik kata santai bahawa menulis di medsos juga adalah penulis bukan?

Bertemu dengan teman teman penulis yang pembacaannya luas boleh menjadikan kamu diserang rasa rendah diri. (entah buku apa dan penulis mana yang dia sebut?) Ingat! Bukan buku popular sahaja yang boleh dibincangkan, bukan nama nama besar sahaja yang harus dipulun seolah olah ia kemestian/wajib. Bukan, jangan silap. Kalau kamu sudah membaca bentangkan sahaja karya tersebut dan perasaanmu terhadapnya secara adil. Jika masih ragu ragu, jangan! Memang, timbul rasa menakutkan apabila nama nama pengkarya antarabangsa dipetik, sedangkan dunia penulisan yang kita terokai masih kecil. Kamu boleh memilih untuk mendengar dan bertanya sahaja, apa salahnya?

Ya, penulis perlu membaca. Nasihat klise yang sering dihulurkan oleh sang senior pada junior. Mana mungkin penulis tanpa sebarang isu duduk mengadap papan kekunci lalu automatik menaip. Secara tradisi penulis membekalkan diri dengan segala golak isu dan polemik sosial negara atau global demi jalinan kreatif yang mahu diangkat jadi bahan tulisan. Segala ini dicakup dari bahan bacaan dan pemerhatian hati. Galur sosial dan manusiawi ditekuni, dibaca dari pelbagai sisi agar wujud proses mudah ketika merangka penulisan, tidak kiralah samada ianya berbentuk artikel akademik, puisi, cerpen atau sebarang jenis fiksyen.

Buat penulis pemula, jangan gentar!

Kamu sebelum ini sudah tentu sudah membaca banyak bahan bacaan kegemaran. Meski ada kecenderungan tertentu, membaca biarlah luas dan mencakupi genre yang pelbagai, nasihat sang senior lagi. Membaca pula tidak boleh dipaksa paksa, kerana badan dan otak manusia harus selagu dengan apa yang sedang dibaca. Membaca pula bukanlah sekadar membaca, ia lebih dari itu. Ingat, kalau buku tersebut masuk hingga bab 3 masih lagi membuatkan kamu menguap, letih, kabur, terkial kial tidak berdaya dan masih kosong, tinggalkan sahaja. (mungkin kembali membaca semua bila sudah bersedia) Perihal ini akan jadi panduan apabila kamu menulis nanti. Setiap halaman yang dicetak harus menarik, menggoda dan menangkap. Jadi kalau bahan bacaan masih tidak sedap, meski dipuji oleh portal reviu dan rating tinggi jualan, tinggalkan sahaja. Mungkin boleh kembali kemudian, bila otak dan badan bersedia. Harus ingat suka atau tidak perlu ikhlas... menidakkan kecenderungan genre pilihan bukanlah bermaksud kamu berlesen mengutuk. Bukan semua penulis berkongsi suka pada Murukami, Eka Kurniawan, Wan Nur Azriq, Faisal Tehrani dan Edgar Karet.

Bacaan boleh dialihkan pada sidang editor, jurnal sains sosial, majalah dan macam macam termasuk bacaan percuma yang ada di sidang internet tertakluk pada genre pilihan. Kata kata lama bahawa membaca membawa kemakmuran fikiran ada benarnya. Dari situ penulis boleh mempelajari bagaimana kosa kata dihasilkan, mungkin juga menemui beberapa istilah baharu dan lama yang boleh diguna pakai dalam penulisan mendatang. Mungkin mempelajari silap eja, editan silap, salah tatabahasa atau salah info dalam penulisan orang lain, ya, silap orang adalah antara jambatan latihan dan panduan kita. Membaca karya lama dan mencari bahan cetak di perpustakaan amat digalakkan.

Penulis fiksyen disarankan membaca novel atau kumcer sementara menanti stail peribadi menyusul. Setakat ini novel dan kumcer tempatan sudah mempamirkan pelbagai teknik penceritaan dan penulisan. Kita sudah memasuki fasa tidak lagi membicarakan hal hal sastera indie dan sastera asli. Ia menghabiskan waktu dan airliur, sedangkan karya para penulis mendatang dipercayai akan berbunyi lebih bijak, moden mendepan dan lebih bersifat inovatif meskipun masih bercerita tentang 'cinta manusia' yang sama genrenya. Percayalah bahawa kita semua mampu hadir ke tahap kualiti penulisan yang mewakili zaman atau paling tidak sejajar dengan karya antarabangsa.

Lebih beruntung sekiranya kamu pemula yang jadi pengamal dwi- bahasa. Jengok jengok juga karya karya terjemahan dari bahasa asing ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Paten dan stail bercerita sebenarnya bukanlah hal yang dilatih. Kursus kursus menulis hanyalah memperkenalkan kamu pada teknik dan cara melampirkan maklumat agar jadi susunan cerita, selainnya tergantung pada kreatif luahan hati yang disusun istimewa untuk pembaca sasaran.

Sewaktu membaca banyak karya, kamu secara tidak langsung menemukan teknik teknik menulis para penulis yang sudah established. Lagi banyak ditelaah, lebih jelas proses mereka menyusun informasi (untuk akademik mahupun fiksyen), plot cerita, pilihan kosa kata dan ketaatan pada tatabahasa yang piawai. Ramai di kalangan kita menganggap Bahasa Melayu itu mudah, apabila mula menulis barulah kamu mula melihat kesulitan susunan dan aturan yang seharusnya bagaimana. Di sinilah muncul musabab tentang perihal rajin membaca menjadikan kerja menulis/merangka ayat semakin mudah. (isu atau jalan cerita sudah ada, tinggal menongkah kata sahaja)

Kita sudah berbicara tentang tanda tanda bacaan, ejaan, kata sendi, huruf huruf condong, akronim dan isitilah isitilah bahasa yang diiktiraf pusat bahasa negara. Diulang pesan berkali bahawa penulisan yang baik hadir dari pengalaman yang banyak, matang dan panjang. Banyak membaca mempercepatkan proses penulisan agar tampil lebih matang. Membaca genre pelbagai akan membolehkan kamu membezakan hal hal lewah, apa yang boleh dan tidak boleh. (harus ingat ada karya karya sastera yang sengaja dilewahkan demi menyentuh mood rasa sewaktu dibaca – banyak juga karya yang tidak memerlukan teknik lewah tersebut).

Membaca dan tersangkut hanya pada satu genre juga tidak molek, namun lebih baik membaca dari tidak membaca langsung. Sang bijak pandai yang berura ura menulis ada mengatakan bahawa dia tidak membaca kerana takut terikut ikut. Ingat, terikut ikut itu adalah situasi di mana penulis berimaginasi lemah, tidak kreatif dan gagal mendakap isu yang mahu diketengahkan. Kita sudah tentu tidak mahu 10 buku bernada sama, dengan cerita yang lebih kurang dan dibandingkan nanti.

Apabila sudah membaca dan menulis, masuk pula hal hal reviu dan kritik. 

Kita sudah berbicara tentang etika semasa di negara ini panjang lebar mereviu di dinding Independent wattpad. Dunia medsos kini bersemarak tanpa batasan, ingin dinasihati penulis agar hati hati ketika memberi reviu karya orang atas sebab sebab tertentu. Kawal nafsu aneh yang bersarang, atau boleh memilih untuk berhubung terus dengan si penulis tempatan tersebut. Marah/kutukan kita sudah tentu akan diangkat jadi sensasi kerana ia melibatkan orang lain... mula mula sensasi, lama lama ia akan membentuk persepsi dunia penulisan terhadapmu. Membaca dan memberi bintang tanpa reviu juga boleh bukan? Tidak mereviu juga boleh, kamu tidak akan mati. Sahsiah diri sebagai penulis penting. Nah, satu lagi teknik menulis yang akan kamu pelajari sewaktu memberi reviu. Ada sebabnya bila penulis veteran menasihati kamu yang mula berkarya agar tidak membaca reviu langsung.

Ingat, kritik tidaklah berat sebelah pada hal hal buruk sahaja. Mata jangan terlepas pada niat niat baik sang penulis.

Penulis selalunya dianugerahkan sifat mahu membaca sambil tercari cari bahan bacaan yang baik untuk diangkat, di waktu yang sama mampu menikmati variasi karya orang lain. Percayalah akan ada bahan bacaan yang mampu menaikkan semangat dan menyumbang inspirasi untuk terus mantap menulis.

Jadi bacalah apa sahaja: Ruang Editor, Surat Pembaca, Cerpen Mingguan, Majalah Lama, Novel Tempatan, Kerja kerja terjemahan, Situs situs politik atau situs sosial percuma, hatta pamplet jualan sekalipun.

Selagi ada cerita/bahan kamu akan mampu menulis. Semangat jangan mati!

SASTERA?

Manusia pembaca hanya mahukan pembacaan yang membawa fikir, menarik dan menghiburkan jika boleh. Sesekali pembaca menelah kebijaksanaan penulis dan diri mereka sekaligus. Tidak melintas rasa rugi (waktu & wang) atau dihurung nguap kantuk bagai dipaksa.

Secara amnya apa yang meneruja langkah pembacaan?

1. Rasa ingin tahu

2. Keterpaksaan akibat peperiksaan? atau tugasan?

3. Mencari wadah pengukuhan bahasa dan ilmu baharu

4. Keterujaan naskah dinobat sebagai 'best-seller'

5. Nama penulis disebut sebut – mungkin tema/tajuk kontroversi?

Sastera seperti yang dibicangkan terdahulu adalah:

"Seni kreatif yang menggunakan bahasa sebagai medium utama. Sastera Melayu boleh dibahagikan kepada tradisional dan moden, di mana sastera tradisional disebarkan secara lisan manakala sastera moden melalui tulisan"

Bertolak dari kata seni kreatif hadirlah kepelbagaian genre pembacaan dari bacaan kanak kanak sehinggalah bacaan dewasa/ matang (bukan merujuk pada kelucahan semata mata – merangkumi kematangan manusiawi masyarakat sekaligus).

Apa sahaja mampu dialih menjadi karya sastera selagi sanggup.

- Cereka sains, roman, seram, politik

- Melirik berpuisi (syair, pantun, sajak, gurindam)

- Candat masyarakat (isu lapuk atau isu hangat semasa)

- Certot, antologi cerpen, novella atau novel.

- Esei santai dan ilmiah

- Ulasan, kritik dan reviu sastera

Sambil sambil bersastera para pengkarya sering diingatkan bahawa MEMBACA tidak hadir mudah pada semua. Bukan hanya kerana buta huruf atau diakibatkan oleh bahasa asing, malah atas pelbagai alasan, ada ketikanya satu halaman dengan hanya 1000 patah perkataan pun belum mampu ditamatkan dengan pemahaman penuh.

Sastera ringan dan sastera berat? Masuk pula dalam wacana (Wacana adalah unsur kebahasaan yang lengkap, lengkap dari segi kebahasaan maupun segi maknanya. Wacana adalah satuan bahasa yang lengkap, sehingga dalam hierarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar) kita jadi terfikir apakah ia hanya untuk para akademia?

Sastera terus berevolusi dalam rentak tersendiri. Siapa penjaga pagar yang digadang sebagai panelis kayu ukur pengkarya, malah terbit kesanggupan mengherdik bahawa adanya sastera picisan, syok sendiri atau diuliti oleh kemelut peribadi dengan rontaan suara hati nan rentan mahu didengari.

Motivasi pengkarya adalah pelbagai. Boleh jadi kecintaan pada bahasa, isu, luahan atau sekadar mahu didengar baca, boleh jadi juga atas dasar yang tidak akan mampu kita fikirkan (termasuk jualan nilai hidup, tahap khayalan dan kepercayaan).

Jika ditelusuri terdapat banyak buat bicara tentang sastera. Masing masing hadir dengan perspektif peribadi (secara beracuan, dirangka semula atau aturan aturan dominan) yang diselaras oleh zaman.

Secara peribadi saya fikir bahawa sastera harus memikat, mengoda dan membuah nafsu agar halaman karya dibaca, angguk dan ditutup lantas dibawa ke dada dengan reaksi KEPUASAN.

Continue Reading

You'll Also Like

79K 8.5K 33
Apabila seorang 'ice prince' merasa cinta buat kali pertama. started : 15122019 ended : 20032020 ●●● ☾ 500 - 261219 ☾ 1K - 030120 ☾ 5.5K - 210320 ☾...
186K 10.3K 50
Yang pasti cinta itu buta.
363K 26.7K 82
Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius ...
814K 3.8K 18
Mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan disalah sebuah institusi pendidikan di Malaysia. Ianya diambil dari kisah benar yang pernah terjadi sua...