(WARNING: DISARANKAN UNTUK YANG TIDAK SUKA AGENDA KASAR SILA SKIP PENUH CHAP INI....CHLOE SEDANG MENGGILA HARAP MAKLUM...jangan salahkan nis kalau nis tak bagi amaran awal)
"Bos...lihatlah apa yang kita dapat...gadis yang cantik...bukankah tangkapan besar kali ini" ujar salah satu penyamun dengan raut wajah menjijikkan.Seorang lelaki berbadan sasa lebih tinggi dari Vex menghampiri mereka berdua.
Vex tentunya tidak akan membiarkan gadis kecilnya disentuh para lelaki baj*ngan ini.Dia sudah tekad untuk lindungi Chloe meskipun Chloe masih ragu dengannya.
"Hemm...gadis ini lumayan cantik dan menawan...Apa ini kekasih mu...Biarkan kami meminjamnya sebentar untuk teman kami tidur di musim luruh indah ini" ujar ketua penyamun dengan wajah pervert.
Semua ahli penyamun yang lain tertawa terbahak-bahak."Boss kelihatan lelaki nya pengecut .....tengoklah kurus kering bahkan mana nya juga tiada...cik sekiranya dibandingkan dengan boss kami mungkin anda akan hidup lebih baik.Atau boss akan mengangkat mu sebagai isteri keempatnya" celah tangan kanan penyamun tersebut.
Vex dah mula geram dan ingin sekali meninju para penyamun tanpa mengeluarkan sepersen mananya.Tetapi ada satu aura lebih dingin dan mematikan dibelakangnya.Gulp...Vex rasa dia tak perlu kot ikut campur.Akan ada serigala yang lebih menakutkan akan mengamuk.
'Gadis kecil sungguh menakutkan' batin Vex.
"Apa anda bangsawan sesat...melihat token mahal itu pasti anda daripada sesebuah keluarga..Kalau dijual pasti menguntungkan" teka salah satu penyamun.
Token Grand Duchess Muda Schulz yang digantung di pinggang Chloe.Mana mungkin Chloe senang senang ingin berikan tanda pengenalnya pada orang lain.
Ketua penyamun itu tertawa terus merangkul bahu Chloe agak kasar."Cik muda bangsawan,sekiranya anda ikuti aku...aku akan pastikan kau kembali dengan selamat....tapi itupun setelah kau boleh bertahan hidup selepas ini" ujarnya.
Wajah Chloe menggelap namun tiba-tiba ketawa terkekeh-kekeh."Oho...takutnya...tuan penyamun yang baik hati dan bijaksana....baiklah mari kita mainkan satu permainan.Kalau anda kalah,anda mahupun semua anggota anda tiada satu yang boleh terlepas dari ajal." ujar Chloe tersenyum menyeringai.
"Terus kalau aku yang menang...kau milikku" Ketua penyamun bersemangat kerana Chloe sungguh menarik.Tapi dia tidak sedar,dia sudah masuk dalam perangkap serigala yang sedang tenang.
Serigala tenang lebih menakutkan berbanding serigala mengamuk tak tentu pasal.Ketenangannya itulah,sekali sudah mempamerkan cakar lalu menerkam musuh susah untuk melepaskan diri dan hanya boleh menunggu ajal.
Vex memandang ke arah Chloe."Kalau kau kalah bagaimana" bisik Vex.
"Tidak mungkin aku kalah dengan permainan ciptaanku...Tunggu aba aba dariku...basmi yang menyerang belakangku.Dan ingat jangan keluarkan mana mu sedikit pun" balas Chloe dengan tenang.
"Untukmu gadis kecil...akan kuturuti" gumam Vex sambil tersenyum tipis.
"Jadi apa permainan nya,Cik muda bangsawan" tanya Ketua penyamun tidak sabaran menjadikan Chloe isterinya.
"Permainan yang cukup senang.... bertarung kosong di dalam bulatan ini...yang terkeluar dari bulatan ini dianggap kalah dan bersedia menyerahkan nyawa....1 lawan 1" kata Chloe sambil melakarkan bulatan sederhana kecil.Yang memang muat untuk dua orang.
BUAHAHAHAHA....semua ketawa kerana bagi mereka permainan ini terlajak senang."Cik,apa anda ini pelawak..... sebaiknya anda menyerah dirilah...Jadi isteriku yang keempat,banyak kemewahan yang boleh perolehi" kata Ketua penyamun.
Vex memang menahan sabar tetapi Chloe menghalang.Bab permainan harus adil dan sesakma.Kalau ada yang guna cara kotor why not dia juga guna cara kotor.Adil dan sesakma.
"Ayuhlah kalian....apa mahu gadis lemah begini jatuh terluka...gadis begini harusnya tidak seharusnya melakukan pertarungan kosong dengan tangan mulusnya...nanti nangis" tambah salah satu anggota yang lain.
Panas telinga Chloe mendengarnya diremehkan...haish lama lama hilang sabar juga kan nak pancung kepala seko sekor ni.
"KAU PENGECUT....BAIK LAWAN DENGANKU...TENGOK LANGIT TU TINGGI KE RENDAH" ucap Chloe dengan lantang.Matanya dingin memancarkan aura membunuh.
Mahu tidak mahu Ketua Penyamun menerima permainan Chloe.Untung dia juga kalau Chloe menjadi isteri nya.Cantik dan tegas.Untuk lelaki yang bersama Chloe itu,nanti dia akan bunuh dan merampas harta kalau ada.
Tanpa basa basi,Chloe menyerang terlebih dahulu.Dan Ketua penyamun cukup takjub ketangkasan dan gerakan lincah.Hampir sahaja Ketua penyamun terkeluar dari bulatan.Hampir ternganga dibuatnya oleh semua anggota penyamun.
Rasanya tidak mungkinkan Chloe boleh membunuh mereka semua walaupun hanya sedikit pakar dalam pertarungan kosong.Vex pula menikmati pertarungan ini.Gadis kecilnya sungguh kuat dan luar biasa.
Sehinggalah kaki ketua penyamun terkeluar sedikit dan Chloe bukan lagi menggunakan tangan malah gunakan kaki menendang nya bagaikan bola sehingga terpelanting ke arah pokok yang beberapa meter dari lakaran bulatannya.
Semuanya terkejut,kerana Chloe langsung tidak mengeskperisi perasaan takut atau senang.Hanya kosong dan dingin.
"Janji tetap janji bukan" ujar Chloe berjalan perlahan-lahan ke arah Ketua Penyamun cuba bangkit dari situ.Tulang rusuknya patah.Kekuatan gadis ini lebih gila darinya.
"C-cik muda...anda main main sahaja bukan...kami kalah jadi lepaskan kami" rayu tangan kanan ketua penyamun.Dia ahli strategi jadi dia rasa gadis ini sungguh ahli bertarung.Mereka salah mangsa.
Chloe mencapai kunainya yang sudah dilumuri racun lalu lempar ke arah orang yang sungguh menjengkelkan."Janji harus ditepati...." Gumam Chloe.Teriakan kesakitan oleh tangan kanan ketua penyamun tersebut membuat para anggota lainnya sedar.
Para ahli lain tidak menerima kerana Chloe sungguh tidak berhati perut.Mereka baru ingin menyerang di belakang Chloetetapi.....ZUP ZIP ZAP...
Satu persatu kepala mereka semua jatuh ketanah.Vex yang melakukan nya dengan cakarannya.Cakaran monster miliknya tidak perlu menggunakan mana.Sesuai untuk membunuh mangsa.
Ketua penyamun yang tadi menyombongkan diri tadi terus bertukar menjadi penakut yang ingin bersembunyi.Melihat kebrutalan dua pasangan ini bagaikan melihat monster haus akan darah.
Dia terus berlutut dihadapan Chloe."A-ampun....tuan...Cikk....s-saya masih berkeluarga dan ingin menyara mereka lagi" katanya sambil menangis nangis macam orang gila.
"Hei...bukan tadi kau sombong dengan kemewahan yang kau miliki...Serta kau menghina dan remehkan diriku..Tuan penyamun...aku ini selalu tepati janji" kata Chloe sungguh dingin sampai menusuk sum sum tulang.
"Sa-saya sungguh b***....dan tidak nampak kehebatan anda" Ketua penyamun tersebut seakan berharap nyawa nya dapat dilepaskan.
"Begitukah....bagaimana kalau" Chloe menggapai kunai yang ia baling tadi menggunakan tali bayangan dan tanpa amaran Chloe terus menusuk salah satu tangan ketua penyamun tanpa belas kasihan.
Sudah tentu itu menyakitkan kerana ditambah lagi racun yang mematikan membuatkan ketua penyamun menjerit kuat.Chloe tersenyum kecil..."Ahh...sungguh irama cukup mengesankan..." gumamnya tapi masih didengari oleh ketua penyamun.
Oh lupa nak kasi tahu yang Chloe awal awal lagi sudah pasang barrier.Dia tidaklah cuai sampai mahu lihat sisi pyscho nya pada orang awam.Lagi lagi mengotori festival musim luruh ini.
"Kkkk-kau mons-monster...kenapa kau buat ni padaku" ujarnya terbata bata.Pembuluh darah nya rasa seakan dibakar oleh api.Racu milik Chloe mulai aktif.
Chloe memiringkan kepalanya..."Wah...ada dua orang yang mengatakan hal yang sama padaku hari ini...Mungkin kalian berjodoh.." kata Chloe dengan gembira.
Chloe terus ubah eksperisi menjadi dingin..."Lalu apa aku peduli kau mengatakan aku monster......oh ya...sejak awal kau mencari masalah denganku.KEBETULAN aku lagi kesal,nyah kalianlah menjadi permainan ku" balas Chloe.
"Vex...apa kau mahu mendengar irama lagu yang merdu...Sungguh merdu tahu" tanya Chloe pada Vex yang baru sahaja menghabisi semua anak buah penyamun tanpa belas kasihan.
Vex ke arah Chloe..."Mahu...apa apapun yang gadis kecilku suka...aku juga suka" jawab Vex dengan bersemangat.Ketua penyamun rasa dua orang ini lebih gila dan pyscho.
"K-kalian akan dihukum mati kerana membunuh penduduk.Mayat kami akan dijumpai...Pihak empayar akan cari kalian" kata Ketua penyamun terbata bata.
"Aha...yang itu Tuan penyamun jangan bimbang...mayat mayat kotoran kalian ini akan dibersihkan oleh serigala comelku dan pihak empayar tidak akan mengejar ku hanya kerana aku membunuh sekelompok serangga....Mereka malah senang tahu kerana hama seperti kalian tidak akan mengganggu para pedagang" balas Chloe.
"Dan lagi......mana mungkin mereka ingin menyerang kerabat sendiri." Mata ruby Chloe bercahaya.
"Apa maks-Arghhhh" tusukan lain di tangan yang satu lagi.
"Irama lagu yang sungguh enak didengari...Kalau tuan penyamun boleh tahan 100 tusukan lagi maka aku akan beritahu identiti ku" kata Chloe dengan ceria.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Setiap kiraan setiap kali itulah ketua penyamun menjerit kesakitan.Tetapi makin lama makin perlahan pada tusukan yang ke 13.Sehingga ketua penyamun hilang nyawa.
"Loh...sudah tidak kuat.Haish sungguh disayangkan untuk mendengar sehingga habis" Chloe agak kecewa.Dia terus pandang ke arah Vex yang turut kecewa kerana sudah habis.
Virus pyscho Chloe sudah terjangkit pada Vex."Gadis kecil...apa dia sudah tidak bernyawa" tanya Vex.Chloe menggangguk kecil.
"Mengecewakan sahaja" desah Chloe.Vex dan Chloe sama sama mendesah kekecewaan.
Kemudian,Chloe bingkas berdiri lalu mengajak untuk keluar kota jalan jalan menghirup udara lebih segar.Sebelum tu Chloe menyuruh Kuro untuk 'bersihkan' sehingga tiada jejak yang tertinggal.Vex juga menggelap darah kotor ketua penyamun itu pada pipi Chloe dengan tangannya.
Nasib Vex dapat membantu bersihkan pakaian secara instan menggunakan sihir daripada kotoran darah darah.Mampus jika Charlos tahu ini.
Chloe dan Vex berjalan jalan menghirup udara segar sambil berborak borak sehingga Chloe tertidur berdiri.Vex mulanya ingin bangunkan Chloe tapi sepertinya Chloe kepenatan.
Tiada pilihan lain Vex terpaksalah menggendong nya ala ala bride style untuk menghantarnya pulang.Vex meneleport sehingga tiba balkoni kediaman di istana Salvorte. Vex melangkah ke arah katil Chloe dengan hati hati.Dia meletakkan Chloe dengan perlahan-lahan di atas kati lalu menyelimutkan nya dengan selimut tebal.
Vex memandang Chloe seketika dengan lembut.Gadis kecilnya sungguh cantik walaupun sedang tidur agak tidak senonoh.Chloe berdengkur weyh...
Vex baru mahu beredar tetapi dia baru sedar ada seorang lelaki di sofa berdekatan menyalakan lampu kristal.Wajahnya seperti Chloe."Kau siapa??" Tanya nya dengan tenang.Dia bingkas bangun lalu ke arah Vex dengan wajah datar.
"Masuk ke dalam bilik adikku...dan juga bawanya....apa yang kau lakukan padanya" rupanya Charlos menunggu kepulangan adik kesayangannya.Dia sejak tadi menunggu adiknya pulang di bilik adiknya.
Setelah Charlos pi penjara bawah tanah tengok perempuan sund*l tu,dia pon ke bilik adiknya.Hampir 2 jam menunggu dan dia juga hampir terlelap mata di sofa.Namun secara tiba tiba dia merasa hawa keberadaan asing memasuki bilik adiknya.
Pada mulanya, Charlos ingin segera serang tetapi melihat adiknya dipangkuan lelaki asing terus tidak jadi nak buat bising.
"Aku hanya menghantar dia pulang" jawab Vex dengan santai.Bukannya dia tidak kenal lelaki tersebut yang merupakan salah satu abangnya Chloe yang sangat overprotective.
"Kau siapa?" Charlos mengulang pertanyaan pertamanya.
"Tanya Chloe sendiri..aku tidak berani mengakuinya sendiri..." Balas Vex.Bukan apa Vex hanya tidak mahu membuat kekecohan di tengah malam begini.
Sebab tugasnya hanya hantar gadis kecilnya selamat pulang ke rumah.Selain daripada itu dia perlu pergi.Vex tidak mahu timbul konflik dengan keluarga Chloe.
Ditambah lagi perasaan Chloe sedang tidak tenang.Chloe hanya pura pura tersenyum untuk menutup keresahan nya.Itulah yang Vex amati Chloe sejak mereka berseronok di pasar.
Vex pergi menghaibkan diri tanpa Charlos berkata apa apa.Charlos menghela nafas berat sambil memandang ke arah adiknya tidur sampai terselak selimut(ganas beno si Chloe).
Adakah ini lelaki yang sama menari dengan Chloe tempoh hari? Siapa lelaki ini?
Bagaimana Chloe bertemu dengan nya?
Banyak persoalan di minda Charlos.Nak tanya tapi si budak ni dah masuk alam mimpi.
Charlos pon menguap...dia juga ngantuk jadi dia kembali ke biliknya dengan malas.Masa emas adalah masa tidur dengan tenang.