Sementara Chloe,
Dia berpenampilan seperti hunter 'Nine'.Dia menelusuri hutan belantara.Chloe perlukan ketenangan alam sebentar.Alam kadang kadang dapat menyejukkan jiwanya.
Chloe melihat pohon yang boleh dia istirahat sebentar.Dia pun ke arah pohon terus duduk dengan posisi tidur."Hah...hari ini lebih melelahkan" gumam Chloe.
Jujur sahaja,Chloe lebih suka ketenangan seperti Charlos.Dia juga ingin hidup senormal mungkin tetapi kenyataannya dia tidak boleh lari nafsu membunuh mahupun bersikap normal.
Kalau dia bersikap 'normal' makin lama makin bayangan wanita yang kehidupan lalunya menghantui nya lagi.Cara untuk dia melupakan atau tidak melihat ke masa lalu dengan sibukkan diri,membuat masalah atau memburu 'mangsa'.
Sekali dia cuba bersantai hanya buat perasaan berkecamuk.Charlos pula perlu bersantai atau membaca buku setelah melakukan 'memburu'.Sebab Charlos bukannya mesin pembunuh seperti Chloe.Cerita lama harus segera dilupakan.
Chloe baru ingin melelapkan mata nya seketika tiba tiba ada anak panah hampir mengenainya.Untung sahaja kepala Chloe memiringkan ke kanan.Dia bingkas berdiri melihat siapa yang menyerangnya.
Matanya tertangkap ke arah seorang lelaki elf memegang busur panah.Lelaki elf itu seperti kesal dan terus meneruskan melepaskan anak panah ke arah Chloe.
'Ck...tak boleh diajak bicara' batin Chloe dengan geram.Dia hanya menangkis anak panah dan maju tanpa beban.Memang dia pertarung jarak dekat tetapi Chloe boleh baca serangan jarak jauh.Lelaki elf itu menembak dari atas dahan tidak jauh dari Chloe.
Chloe terus melesat hilang daripada pandangan lelaki elf itu.Sudah tentu lelaki elf terkejut keberadaan misteri itu.Tanpa amaran,ada senjata tajam mengarah tepat di lehernya.
"Kenapa menyerang orang lain tanpa sebab...aku tiada sebarang dendam dengan elf" bisikan Chloe datar.
"Pohon dan spirit disini berkata,kau ancaman bagi mereka....mana kau terlalu gelap...jadi kuingat kau adalah demon" jawab lelaki elf lebih tenang meskipun senjata tajam hampir menghiris kulit lehernya.
"Hah....hanya kerana mana ku kegelapan bukan bermakna aku ini berbahaya..." Desah Chloe.Dia terus menyarungkan kembali kunainya.
"Aku ini manusia...bukan demon...apa kau tidak tahu membezakannya" sindir Chloe.
"I-itu...yah bau mu tidak seperti manusia umumnya apatahlagi mana mu sebanding dengan demon" jawab lelaki elf tersebut.Chloe disebalik topeng menatap dengan datar.'Elf kekadang ini menjengkelkan' batin Chloe.
Chloe terus melompat ke tanah."Ka-kau tidak membunuhku" tanya lelaki elf.
"Mengapa aku harus membunuh kau...apa keuntungan ku" tanya Chloe kembali.Lagipula mereka hanya salah faham sahaja jadi buat apa Chloe bunuh lelaki elf hanya perkara remeh begini.
"Kalau begitu....ayuh ke desaku...sebagai tanda minta maaf kerana aku menyerang mu" tawar lelaki elf itu.
"Aku menolaknya"
"Kenapa?"
"Elf mana mungkin menerima manusia berelemen gelap datang ke kawasan murni kalian" sebenarnya Chloe ingin mengelak dengan tatapan sinis elf.Malas tahu nak berdebat dengan sesiapa sekarang ni.
"Tetapi abang angkatku mengatakan aku harus mengundang mu" kata lelaki elf itu dengan tegas.
"Kau telepati" teka Chloe.
Lelaki elf itu terus menggangguk laju dan baru tersedar."BAGAIMANA manusia ketahui sihir kelas atas" terkejut lelaki elf itu.
Chloe mengangkat bahu tanda tidak tahu apa apa..."Aku hanya meneka sahaja" jawab Chloe.'Tentulah aku tahu...aku dan Arl penyihir kelas atas dan kami juga sering bertelepati tanpa sepersen mana...' batin Chloe.
"Sudahlah...cepat.Aku hanya perlu bertemu dia sahajakan...lalu aku akan terus pulang" kata Chloe.Lelaki elf itu terus mendarat di hadapan Chloe.
Dia terus menunjukkan jalan ke desanya.Alasan Chloe menerima begitu sahaja,kerana dia malas nak bertemu dengan elf aneh ini lagi.Satu sifat elf yang Chloe merasa jengkel,mereka sungguh terhutang budi sehingga akan melakukan apa apa sahaja untuk balas budi.
Kan Chloe melepaskan nyawa lelaki elf ini bermakna dia terhutang budi.Dia mungkin tidak menyerang Chloe kembali adalah dikeranakan jurang kekuatan cukup besar diantara mereka berdua.Dan tahu lelaki elf ini akan kalah telak.
Nama lelaki elf ini Jhian...Katanya dia adalah antara pengawal desa yang meronda kawasan hutan ini.Kebelakangan ini para manusia merosak pohon pohon disekitar sehingga alam hampir mengamuk.
Tetapi Chloe merasa janggal dengan nada Jhian ketika bercakap,dia seolah-olah timbul rasa benci terhadap nya.Chloe menepis perasaan negatif itu,mungkin hanya perasaan dia sahaja.
Chloe hanya diam dan tidak mencelah apa yang dikatakan oleh Jhian.Tuh bukan urusannya juga.Sesampai di perkarangan desa,kebanyakan elf menatap Chloe yang bertopeng dengan curiga dan sinis.
Chloe hanya berjalan mengikuti Jhian sambil melirik lirik ke arah beberapa elf yang tidak senang dengan keberadaan nya.Nyeh bukannya dia ingin memporak-perandakan desa elf ini.
Tetapi anehnya kenapa mereka langsung menunduk setiap kali Jhian lalu dihadapan mereka.Seakan menyambut raja sahaja.Atau ini hanya perasaan dia sahaja.
Mereka berdua sebuah rumah pokok yang cukup megah dan cantik daripada rumah rumah penduduk pada umumnya.Dalamnya tak usah dibicarakan lagi.Cantik dan elegan.Semuanya rapi dan tersusun.
Terdetik kekaguman di lubuk hati Chloe terhadap elf yang sungguh pandai menggunakan alam tanpa merosakkan ia.
Langkah Jhian terhenti, membuatkan langkah Chloe juga terhenti.Jhian terus berlutut..."Salam hormat Raja Elf...." kata Jhian dengan separa lantang.
'Raja Elf?? Biar betul... biasanya susah giler nak jumpa pemimpin mereka' batin Chloe.
Seorang lelaki elf yang sungguh tampan sedang menyirami pohon dengan sihir air.Dia masih fokus menyirami pohon sehingga selesai.
"Jhian berdirilah...." ujar suara lelaki itu dengan lembut.Dia terus menoleh ke arah mereka.Dan tatapan lembutnya sungguh menawan.
Sekali lihat Chloe sudah dapat tangkap wajah lembut tersebut.Dia sangat kenali walaupun tertutupi dengan perbezaan yang ketara.Dia boleh cam wajah seseorang..
"Jhian.... tinggal kan kami sebentar" ujar Raja Elf.Jhian terus menggangguk faham lalu pergi meninggalkan mereka berdua dalam ruangan yang sama.
"Terima kasih kerana sudi melepaskan nyawa adik angkat ku....Cik " ucap Raja Elf dengan hormat.
"Tiada masalah" jawab Chloe agak dingin.Kedengaran seperti gementar.Dia mengepal erat tangannya.Dan terus membuka topeng,wajahnya terlihat sendu.
"ノア兄弟、これはあなたですか..."
(Abang Noah,adakah ini kau?)...tanya Chloe dalam bahasa jepun.
"それともこれは私の夢ですか?" (Atau ini hanya mimpiku?) sambung Chloe lagi.Dia hanya mencuba nasib, sekiranya Raja elf itu jawab juga dalam bahasa jepun.Memang sah itu Senior Noah.
Raja Elf itu langsung tidak terkejut bahkan tersenyum lembut."そうです、これは私です" (Benar itu aku).Dia ketahui yang Chloe lah yang akan kesini.
"とても面白い...運命のゲーム" (Lawak sangat ...permainan takdir) balas Chloe dengan sinis.
Noah a.k.a Raja Elf mendepakan tangan."You don't want to give a hug,my little sister" tanya Noah dengan senyuman lebar.
"Hah....Noah...aku minta maaf" Noah blur kejap kenapa Chloe tiba tiba meminta maaf.Entah bagaimana Chloe sudah dihadapan nya lalu melayankan satu tumbukan keras pada wajah tampan Noah.
Noah termundur beberapa langkah.Beranglah tetibe ditumbuk sebegitu.Baru mahu bahagia dengan bertemu semula."Li...kenapa kau-"
"Jangan tanya....aku hanya kesal dengan wajah tampan mu yang terlihat seperti baj*ngan itu sahaja" balas Chloe dengan selamba.
"Bukannya kau menyukai lelaki tampan yang soft soft begitu" tanya Noah sambil memiringkan kepalanya.
"Iya...aku suka- kejap bagaimana kau ketahuinya ciri lelaki idamanku...Kau pervert" teriak Chloe sambil memerah wajahnya.Teringat pada Vex kejap.Mamat tulah yang berada dalam fikiran Chloe sekarang.
Noah terus ketawa....."Sudah lama aku ingin bertemu dengan mu Li...." Wajahnya seakan sendu melihat Chloe yang semakin matang.
"Rasa aneh melihatmu dengan penampilan elf....Dan aku harap....kau tidak buat perkara tabu semata mata untuk bertemu denganku...." Ujar Chloe sambil menilik air wajah Noah dengan teliti.
"Yah...." Noah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Chloe curiga yang Noah sudah bertindak jauh kehadapan darinya.
Chloe mendesah perlahan..."Kalau Lyle ketahui ini...pasti akan membunuh mu" sampai Chloe terangguk-angguk seperti anak ayam patuk dedak.
"Nampaknya kau sudah pandai mengawal emosi... berbanding sebelum ini...jauh lebih matang" kata Noah.
Chloe tersenyum kelat...."Tidak semua....matang juga tidak...Ah ya...nama aku sekarang Chloe..dan abang kembarku sekarang bernama Charlos" ujar Chloe.Dia malas mahu bercakap tentang hal perasaan jadi dia menukar topik.
"さて、あなたの名前を覚えておきます" (Baiklah akan kuingat nama kalian) .
"Li erm tidak, Chloe.....terima kasih kerana melepaskan nyawa adik angkat ku.." kata Noah.
"Itu hanyalah kesalahfahaman sahaja...dia seperti orang penting disini,jadi untung sahaja aku tidak membunuhnya" jawab Chloe tersenyum kecil.
"Dia itu-"
"Stop....aku tidak mahu tahu menahu tentang kalian...buat masa ini aku ingin ketenangan dan mendinginkan kepalaku yang panas ini...Memang ini aku ada banyak ingin tanya padamu 'apa yang sebenar nya berlaku' 'bagaimana kau ada disini' tetapi itu malah menambahkan beban di kepalaku sahaja.Jadi pertemuan selanjutnya,tolong jujur semuanya padaku oke" celah Chloe panjang lebar.
"Sampai jumpa,Senior Noah" katanya sebelum beredar pergi meninggalkan Noah sendirian.
Chloe menutup kepalanya dengan mantel lalu pasang topeng pada wajahnya.Kepalanya serabut apabila kejadian tidak terduga berlaku pada hari yang sama.Kebetulan yang aneh.
Melihat kepergian Chloe,Noah mendesah perlahan."Sudah banyak perubahan ya.....semakin matang semakin berfikiran rasional..Lily...Lily yang dulu selalu mengamuk, mencederakan diri sendiri apabila emosi tak terkawal.Masa lalu sudah berlalu,pasti dia sudah menemukan sesuatu untuk lindungi " monolog Noah sambil melihat pohon kecilnya yang sedang tumbuh.
Jhian terus masuk dengan kasar ke dalam ruangan itu...semua keformalan terbang habis."Noah-nii,kenapa Noah-nii tidak beritahu sahaja tentang itu...biar gadis manusia itu terhutang budi" ujar Jhian separa lantang.
Ya dia tahu semuanya,kerana Noah telah menceritakan identiti Lily mahupun Lyle.Tetapi tidak tahu pula gadis manusia ini merupakan identiti Lily.
"Aku tidak mahu dia rasa bersalah atas apa yang aku lakukan" jawab Noah dengan tenang.Dia memandang lembut ke arah adik lelakinya.
"Noah-nii, dia harus serba salah....kerana Noah-nii telah korbankan separuh nyawa anda semata-mata menghidupkan kembali mereka berdua" marah Jhian.
"Jhian,aku sudah hidup lebih 5 ribu tahun....dia dan kembarnya merupakan manusia istimewa" ujar Noah.
"Aku menyesal membenarkan anda pergi mengembara dimensi lain.... alhasilnya nyawa anda yang sekarat" kata Jhian.
"Bahkan anda sanggup menyerahkan roh mana anda untuk hidupkan mereka...dan juga anda buat perjanjian dengan Demon Pillar itu....bukannya itu tabu?!" Sambung Jhian dengan marah.
"Hahaha....bagiku tidak tabu...mana ku cukup untuk menutup retakan dimensi untuk 3 ribu akan datang lagi....dan kau,Jhian adalah penerus tahta Raja Elf yang seterusnya...apa yang harus kubimbangkan lagi" jawab Noah yang masih tenang.
Jhian mengepal erat tangannya...Noah sudah nekad dan tiada yang boleh hancur tekadnya itu.Jhian berlalu pergi tanpa sebarang kata.Noah hanya tersenyum tipis melihat kepergian adik angkatnya.Mungkin tindakannya terlalu keterlaluan tetapi dia tidak menyesal apa yang dia telah buat.
"Baiklah...aku nak lepak di rumah Yernia lah...Jhian memarahiku pasti makan malam aku dipotong" gumam Noah tertawa kecil.Seketika cahaya menukar penampilan Noah seperti elf biasa.Lalu teleport tanpa basa basi lagi.
......
Noah (Raja Elf)
Jhian (penerus raja elf)