Di petang hari,
Ericc seperti biasa makan yang ia beli senyap senyap daripada kota Salvorte.Membawa masuk makanan daripada luar adalah tindakan ilegal tapi nyeh....dia ketua Penyihir senior..siapa juga berani nak tegur dia....Ericc menikmati makanan ilegal di bilik dengan tenang.
Tanpa dia sedar di belakang nya ada seorang ketua Pelajar yang sedang tersenyum kecil dengan aura yang agak tidak bersahabat.Sejak tadi melihat 'sahabatnya' sangat senang dan langsung tidak sedar kehadiran dia ini.
3
2
1
BUSH BUSH BUSH....beberapa minit setelah melampiaskan kemarahan pada Ericc.
(Nis tak tahu kenapa tapi ramai betul berdendam dengan Ericc ni)
Hendrix dengan wajah kesal bersila di hadapan Ericc yang sudah berbenjol benjolan itu.Tapi Ericc masih menikmati makanannya tanpa ragu.
"Seharusnya kau sebagai senior harus memperlihatkan teladan yang baik...tapi" Hendrix tak sanggup nak lanjutkan sebab terlalu kesal dengan wajah Ericc tak bersalah tu.Bagaimana si Ericc ini boleh jadi Ketua Penyihir Senior sekaligus rakan sebiliknya.
"Jangan bimbang....aku sudah melihat sekeliling tiada orang jadi aman sahaja" jawab Ericc dengan wajah polos.
Hendrix nak marah tapi dia merasakan ada sesuatu dia lupakan...Apa dia eh...Dia mulai berfikir.
Ericc meletakkan makanannya..."Kau ada apa apa nak beritahu aku kah...Tidak biasa kau kembali ke bilik di jam segini" ujar Ericc menatap kehairanan ke arah sahabat baiknya.Dia memang selalu ponteng kelas tapi dia belajar dan fahami serta menghafal jadual nya dan Hendrix.
Hendrix baru teringat...beberapa minit yang lalu...semasa dia hendak ke arena untuk mengecek seperti biasa,yang ia lihat kerumunan pelajar berada disana.Hendrix rasa tiada yang melaporkan tentang penggunaan arena.
Oleh kerana ingin tahu rupanya ada duel.Yang paling mengejutkan lawannya adalah tahun seangkatan nya dan juga Chloe.Hendrix tidak boleh urus perkara duel ini kerana dia bukan dalam bidang ini.Hanya Ericc yang mampu urus dan tangani kerana stamina dan sihirnya tergolong kuat juga diantara semua pelajar.
"Aku baru ingat....rakan sekelas kita yang tunangan Cik Griselda...siapa namanya"
"Orang yang menjengkelkan ngaku ngaku rival ku itu kah...Tidak silap ku Felix Lawrence kan "
"Ahaa...itu dia..."
"Kenapa dengan dia" tanya Ericc yang masih mengunyah dengan lahap.
"Dia duel dengan adik mu,Chloe"
Ericc terus tersedak...Uhuk uhuk uhuk....Nasiblah Hendrix perihatin akan sahabatnya yang malang itu.Dia menghulurkan segelas air kosong.
Setelah minum dengan gelojoh...Ericc terus mengelap mulutnya."Serius lah kau" tanya Ericc sekali lagi.Hendrix menggangguk bersungguh sungguh.
"Pfff....hahahahahahahaha..." malah Ericc ketawa terbahak-bahak.
"Oi ini benda serius"
"Hadeh....biarkan sahaja... tidak perlu bimbang " ujar Ericc masih hampir tertawa.Benar benar lawak baginya.
"A-apa kau tidak bimbang pada adik perempuan kesayangan kau....dia juga permata keluarga mu bukan" tanya Hendrix mendapat kepastian.Biasanya Ericc bercerita memang Chloe anak kesayangan keluarga bahkan keluarga Empayar juga rapat dengannya.
"Aku tidak terlalu bimbang akan dia hanya kerana duel......dia puteri kecil yang paling berbahaya di dalam keluarga kami" ujar Ericc sambil tersengih beruk.Hendrix belum memahaminya.Otaknya tengah loading.
"Sahabatku sekaligus Ketua Pelajar yang bijaksana...huh...bagi adikku itu penghinaan baginya kerana meremehkan kekuatan nya sendiri...kau beruntung tidak dihajar olehnya sekiranya dia tahu yang kau meremehkan kekuatan dia" lanjut Ericc.
"Dan pasti adikku sedang bersenang-senang....hadapi Felix tu..."
"Apa maksud mu" tanya Hendrix.
"Stamina keluarga kami kan sedikit 'kuat' berbanding keluarga lain.Termasuklah Chloe...dia itu sudah dilatih langsung gerakan pedang turun temurun Schulz oleh Empress...jadi tiada apa yang perlu kau bimbang tentangnya" jawab Ericc dengan sedikit berpeluh.
"Yah kalau cakap tiada gunanya....jom kesana melihat dengan kau punya mata kepala sendiri" sambung Ericc melihat sahabatnya terbengong.Dia bingkas berdiri setelah makanannya habis.
'Kau belum tahu lagi tentang adik aku yang lagi satu itu...lebih ngeri meskipun Chloe lebih kuat...mengingat laporan mereka sahaja bulu roma aku naik' batin Ericc.Dia sedang mengatakan tentang Charlos.
Walaupun Charlos tak pernah menonjol dalam apa apapun tapi jangan pernah pandang dia sebelah mata.Kerana Charlos memang benar sedang 'tidur' kecuali seseorang 'membangunkan' dia dengan mengusik Chloe.
Pernah sekali ada sekelompok hunter mengusik Chloe oleh kerana mereka berdua masih baru menjadi hunter semasa itu. Charlos pada masa itu sedang tiada mood tiba tiba satu belati kecil dilemparkan memenggal kepala mereka dalam sekejap.
Ericc berserta Edward dan Arthur agak terkejut setelah mendengar laporan perisik bayang Arthur memerhati mereka daripada jauh.Charlos agak lemah dengan kemampuan berpedang jarak dekat tapi kemampuan serangan jarak jauh itu lebih mematikan daripada pemanah.
Sementara Chloe,
Dia baru menukar pakaian yang lebih sesuai untuk berduel dengan Felix.Cermin mata tak perlu dilepaskan.Hanya pedang kayu dibenarkan saat ini jadi terpaksalah dia gunakan pedang tersebut.
Chloe hampir tertawa kerana minah tu pandai sungguh menjadikan dirinya seperti protagonis yang ditindas manakala Chloe seakan antogonis yang suka menindas.Meminta bantuan pada tunangan agak klise juga.PE-NGE-CUT...
Bahkan semuanya memandang hina.Tak heran pon sebabnya dia memang menjadi dirinya.Bermakna kesehariannya di akademi tidak lah terlalu bosan menghadapi karenah mereka semua.
Charlos memerhatinya daripada jauh seakan nak memarahinya juga ada yang suka cari masalah.'Aku akan pastikan budak mentah tu menerima akibatnya di festival nanti' ....itu yang Chloe baca dari raut wajah Charlos yang datar itu.
Dan sebenarnya yang mulakan dulu adalah Chloe...ringkas citer yer camni...Chloe dan Miera ingin balik ke asrama.Dinaile ikut Jeslyn ke klub jadi Chloe tak perlu nak tunggu diorang.Tetiber terserempak dengan Griselda teresak-esak menangis berserta lelaki yang tak dikenali dengan raut marah ke arah dia.Rupanya itu tunangan Griselda.
Datang tiba-tiba kena marah.Chloe cam blur dan otaknya tengah loading.Bila masa pulak dia buli Griselda nya.Kebetulan mood dia tengah bosan,jadi mendapat idea supaya duel.Sudah pasti ditertawakan kerana itu.Maklumlah bangsawan kan merendahkan orang lain.Chloe tak kesah asalkan kedua badut ni menghiburkan dia.
Kekadang pikiran Chloe terlintas mahkluk camni ada lagi tak kat luar sana.Adakah sudah pupus? Teringin lagi nak lihat mahkluk camni di luar sana.
Berita tentang duel mereka sudah tersebar.... sehingga ke klub pedang yang dikendalikan oleh Ilijah.Manakan tidaknya,Felix Lawrence merupakan salah satu pelajar terbaik dalam bidang pedang.
Chloe sedikit terkejut apabila mendengar nama keluarga Lawrence.Lawrence antara 6 keluarga Besar seperti keluarga nya.Darah kesatria mereka yang dibangga banggakan agak menjengkelkan.Dan Felix anak bongsu dalam keluarga tersebut.Patutlah.
Berbalik ke arena,
Chloe santai menghayun pedang seperti pertama kali pegang.Memang belum mulai lagi kerana Felix siap pilih pedang kayu berkualiti.Cerewet.
Mata Chloe meliar sekeliling...ada Dinaile dan Mikaela baru tiba dalam keadaan tercunggap cunggap.Pasti mereka berdua berlari ke sini.Dan beberapa orang lagi dia kenali.Charlos sudah menghilang mungkin dah malas nak melihat.
Griselda pula dipujuk oleh rakan-rakan nya.Oleh kerana dia merayu supaya tidak lukai Chloe.'Hah.....wajah rubah kalau dilihat lama lama itu agak memuakkan... boneka menari tanpa muzik...apa aku perlu membuat 'muzik' agar dia menari seperti badut' batin Chloe.
"Apa kau sudah takut melawan ku" tanya Felix menyentakkan lamunan Chloe.
"Takut? Huh....saya sangat takut sangat melawan senpai.Saya takut senpai berbaring di katil selama sebulan" ujar Chloe dengan mimik muka bersahaja.
Felix mengetap erat giginya...kemudian tersenyum."Beginilah....kalau aku beri peluang kau menyerang tiga kali.... sekiranya aku jatuh ke tanah aku dianggap kalah.. bagaimana" ujar Felix.
"Terima kasih atas kebaikan senpai....." jawab Chloe tetapi dalam hati.
'Apa masalah kau si*l.....kau memang remehkan aku bukan hanya kerana aku perempuan.....baiklah....kalau kau nak sangat aku layani.....dasar **** ***** *******......sabo sabo...jangan carut jangan carut....aku kan anak baik' batin Chloe sambil tersenyum paksa.
"Apa kalian sudah bersedia?" tanya Ilijah macam terpaksa jadi pengadil.Dia tidak setuju akan duel ini kerana sepatutnya arena ini digunakan untuk klub pedang namun apa kan daya....Felix dan pelajar lain mendesak membuatkan dia terpaksa.Bahkan diugut oleh bangsawan.Memang diorang suka gunakan status eh.
"Aku akan jelaskan beberapa peraturan...tidak dibenarkan gunakan sihir...membunuh dilarang dan yang terakhir kalian tanggung lah sendiri sekiranya pengetua memanggil kalian" yang terakhir tu saja ditambahkan oleh Ilijah.
Felix memasang kuda kuda seperti biasa manakala Chloe tenang langsung tak buat kuda kuda bersiaga.
"Kiraan 3...2...1..MULA"