Hampir tiga hari Chloe dan yang lain bersekolah.Tiga hari tu juga tiada apa apa yang menarik berlaku.Minah tu hilang lesap daripada pandangan Chloe.Kalau mangsa buli mungkin akan lega kerana pembuli tiada buat sementara.Tapi Chloe gelisah dimana minah tu menghilang untuk hiburkan dia.
Ya sehari tak cari masalah memang tak sah.Rasa cam ada benda tak lengkap je hidup Chloe.Kalau Charlos menyukai ketenangan dan damai.Jauh daripada masalah itu sudah cukup buatnya.
Selain itu,dalam masa tiga hari ini Chloe sudah mempunyai ramai rakan dari kelasnya.Kebanyakan daripada mereka adalah golongan bangsawan kelas bawah dan juga rakyat.Miera pula macam segan tapi Chloe memperkenalkan mereka tentang Miera.Ini supaya Miera tidak rasa dipinggirkan.
"Leila....kenapa kau termenung? " tanya suara lelaki.Ini Jackson,budak lelaki yang memaklumkan pertarungan kecil tempoh hari.
Jackson merupakan anak petani disebuah desa yang di bawah naungan Baron Frank.Seingat Chloe, Baron Frank antara bangsawan kelas bawah yang bekerja di bawah ayahnya.Chloe pernah juga bertemu beberapa kali Baron Frank di kediamannya.Kemungkinan Baron Frank yang merekomenkan Jackson untuk bersekolah disini.
"Haah Leila....apa mungkin awak tidak sihat" tanya suara perempuan.Perempuan tersebut adalah anak Baron Frank,Vivy Frank..Dia sahabat Jack sejak kecil.Tidak hairanlah dia agak dekat dengan Jack.
Chloe tersentak...memang jauh sangat ke dia termenung.Salahnya juga sebab dia diam sementara mereka berborak rancak.Charlos acuh tak acuh melihat mereka dan memfokuskan membaca buku.Sekarang ini waktu luang.Ada pelajar menghadiri kelab dan juga lepak.Chloe dan rakan rakan barunya pelajar yang lepak di kelas.
Maklumlah kelas terbelakang plus bermasalah susah diatur dan juga para prof tak terlalu memerhatikan mereka juga.Pintar juga si Chloe.Kelas yang tidak mencolok,tiada perhatian berlebihan dan juga tak perlu mengikut sangat kelab yang diadakan.Nyaman dan tenang.Tapi satu masalah,Ericc.
Lama lama dia boleh mati sebab stres hanya satu orang.Masalah itu sampai sekarang tidak ada penyelesaian yang tepat.
"Tidak,...bolehkah saya bertanya...Griselda itu bangsawan mana" tanya Chloe.Dia jadi ingin tahu Griselda ini faksi bangsawan kelas atas atau faksi bangsawan kelas bawah.
"Hmmm....seingat saya, Cik Griselda adalah anak Count Richard." jawab Vivy.
"Huh mentang mentang ayah dia kaya....sudah sesombong itu..Kalau nak tahu dia tidak disegani kerana keangkuhan dia" celah Jack mengata mengalahkan perempuan.
"Jack...bagaimana kalau dia mendengar...awak akan susah nanti" pesan Vivy.Dia tak mahu kalau Jack diapa apakan oleh Griselda dan gengnya.
"Biarlah.....aku sudah muak dengan gadis angkuh itu..." ujar Jack.
'Count Richard??! Setahu ku dia yang menguruskan perdagangan cabang Schulz di selatan...wow....kebetulan macam apakah...apa nanti sekali sekala melawat keadaannya' batin Chloe.Sedang mereka berborak rancak tiba tiba Griselda dan gengnya baru masuk.
Griselda baru masuk ke dalam kelas dengan ceria."Benarkah anda rakan baik Grand Duchess Muda" ujar salah satu rakan Griselda.Sungguh kecoh bila mendengar khabar tersebut.
"Yah...bagaimana ya... Grand Duchess Muda mengundang saya bermalam di kediaman Schulz kelmarin....kerana itu lah saya tidak hadir ke sekolah" ujar Griselda dengan bangga terus ke tempat duduknya.
'Hah...apa....hah..apa telinga aku tak salah dengar...apa telinga aku oke lagi' Chloe sudah tahap blur.Bila masa pula dia undang bangsawan ia tak kenali.
Dan lagi kediaman Schulz tak pernah menerima tetamu selagi itu bukan masalah besar untuk diselesaikan kecuali keluarga Empayar.Yang itu pon Empress paling berani nak terobos masuk secara paksa.
Charlos hampir tertawa.Adiknya undang pontianak ke kediaman? Kelakar sangat.Jamuan teh pun boleh dihitung berapa kali je dibuat.Itupun ada sikit masa terluang.Kerana mereka berdua bukannya jenis duduk rumah.
Berjalan keluar,pergi mencari informasi,memburu dan juga kadangkala mencari masalah.Nak undang bangsawan bermalam,mimpi ngerilah jawabnya.Sebabnya aura di kediaman Schulz serupa binatang buas.Hanya orang tertentu telah biasa dengan aura tersebut.
Seriously,pontianak ini buatkan dia nak tertawa.Charlos terus mendapat idea unruk nak sakat si Chloe.
'Wah....kau ada kawan serupa pontianak nampak....kau tak beritahu aku pon ' ujar Charlos melalui telepati.
'Wait no....fitnah fitnah......sumpah aku tak kenal pontianak celah mana muncul.....dia ini siapa nj*r.....se pyscho aku pon aku pon pilih kawan oke....siapa juga nak kawan pontianak sombong camni' bantah Chloe dengan keras.
'Kau urus lah mereka .....aku malas bab bab macam ni...bab manipulasi kata bukan dalam bidang aku' ujar Charlos seakan beri nasihat tersirat.
'Memanggg aku akan uruskan nanti.....tapi biarlah mereka berseronok menggunakan namaku...Nak tahu juga apa pendapat mereka tentangku' ujar Chloe yang sudah mula hidung tinggi.
Charlos malas nak lanjutkan.Kalau tak Chloe makin memuji diri sendiri pulak.Makin dilayan makin hilang juga kewarasan dan kenormalan batinnya.Chloe kembali mencuri dengar.
"Wah anda sungguh beruntung...jadi cerita lah lebih lanjut tentang kegemaran Grand Duchess Muda" tanya pula rakan Griselda yang lain.
"Aduh....Grand Duchess Muda sudah memberitahu saya supaya merahsiakan pertemanan rahsia kami....kalau tidak Grand Duchess Muda murka" ujar Griselda.
'Habis itu kalau rahsia perlu ke suara kuat kuat sampai ke meja belakang' ketus Jack agak kesal.Miera yang di tepi Chloe bahkan rasa sedikit iri.Berteman dengan Grand Duchess Muda sememangnya mustahil.Tapi mereka belum sedar,orang yang disebut sebut itu sudah dihadapan mata mereka semua.
"Begini sahajalah.....saya akan memberitahu warna kegemaran Grand Duchess Muda....warna kegemarannya adalah warna kuning dan merah jambu..." Kata Griselda.Yang sebenarnya itu adalah warna kegemaran Griselda.
Pfff hahahaha.....satu kelas melihat ke arah Chloe yang tiba tiba ketawa."Oh maaf...saya tiba tiba rasa nak ketawa....saya teringat akan satu jenaka"ujar Chloe dengan tenang setelah tertawa.
'Kuning, merah jambu?? Tolonglah warna warna itu paling aku alergik kot....kalau yer pon nak kelentong...guna otak' batin Chloe.Charlos apatahlagi hampir juga nak tergelak tapi cam dosa pulak.Boneka yang dipilih Chloe sememangnya daripada yang lain.
"Oh rakyat jelata....apa kalian iri dengan persahabatan Cik Griselda" tanya salah satu rakan Griselda.
"Iri? Tidak lah.....lagipula kalau difikirkan kembali...siapa ya Grand Duchess Muda.Mohon maaf saya ini rakyat jelata perdesaan jadi harap maklum..." ujar Chloe sambil tersenyum polos.
Griselda menatap Chloe dengan tajam....kemudian terus tersenyum licik."Rakyat jelata tidak perlu tahu....Grand Duchess Muda seorang gadis bangsawan ternama yang tidak layak diketahui oleh rakyat jelata"
"Oh begitu.....oh ya apa kalian pernah dengar cerita dongeng seekor rubah tidak layak berteman dengan serigala putih.Serigala putih mempunyai bulu putih yang bersinar dan merupakan pemangsa dipuncak rantai makanan.Sementara rubah hanyalah karnivor yang licik suka mencuri makanan demi kepentingan perutnya-" terang Chloe namun tidak dapat dihabiskan kerana tiba tiba Griselda terus menuju ke arah pintu keluar dengan wajah marah pon ade.
"Cik Griselda tunggu kami" ujar rakan Griselda.
"Apa saya salah bicara" tanya Chloe dengan polos membuat seisi kelas melihat ke arah nya.Beberapa minit kemudian seisi kelas kecoh seperti pasar seakan tiada apa apa yang berlaku.
"Bagus...Leila...kau buat gadis angkuh itu beredar tanpa mempamerkan keangkuhan nya lagi...kau lah penyelamat kami" celah Jackson dengan tersenyum lebar.
"Lagipula siapa Grand Duchess Muda itu..." tanya Chloe dengan polos.
"Apa Leila/awak/kau tidak tahu???" ujar Miera,Vivy dan Jackson secara serentak.Chloe terus menggangguk polos.
"Grand Duchess Muda merupakan gadis bangsawan yang terkenal dengan kecantikan yang mengalahkan semua gadis bangsawan.Nama penuhnya Chloe De' Schulz." kata Vivy dengan semangat.
"Yang kudengar juga,Grand Duchess Muda merupakan salah satu komandan Penyihir dan mempunyai teknik berpedang yang diakui oleh Emperor." celah Jackson.Dia kagum dengan Chloe...
Chloe pulak apalagi dia punya kembang hidung takleh bawak bincang.Bukan nak berlagak tapi ini fakta.Charlos mampu mengeluh dalam hati.
"Tttapi yang saya dengar Grand Duchess Muda...seorang psiko,kejam,tidak perikemanusiaan dan juga pembunuh berdarah dingin" tambah Miera membuatkan panah mental berkali kali menusuk ke hati Chloe.
Psycho iya
Kejam iya
Tidak perikemanusiaan fifty fifty
Pembunuh berdarah dingin juga iya
Hampir sakit tak berdarah dibuatnya.Itu rupanya khabar angin buruk tentang dirinya.Siapa pulak menyebarkan khabar tak enak didengari meskipun semuanya benar belaka.
'Kenapa aku rasa aku yang villain sejati disini ' batin Chloe mampu menangis tiada air mata.
'Padan muka ko....dapat pujian then dapat 'pujian' sakit tak berdarah...itu mantap' batin Charlos sambil membetulkan cermin mata nya.Sambil tersenyum jahat seketika.
"Haish....tidak baik tahu... walaupun begitu Grand Duchess Muda itu mana mahu memandang orang rendahan seperti kita" ujar Vivy sehingga mereka bertiga murung.
"S-semangat kalian.....kalian tidak usah bimbang....nanti ada lah peluang nak bertemu nya..." kata Chloe memberikan kata kata semangat.Mereka kembali bersemangat.
Pengajar mereka pon masuk terus kelas menjadi sunyi oleh kerana kedatangan pengajar mereka.Maklumlah aktiviti kelab sudah habis waktu jadi sekarang adalah waktu belajar.Unik betul jadual belajar disini.
.
.
.
.
Tbc
I know tak berapa logic...harap maklum kekalkan fantasy logik dalam citer ni yer .......so harap enjoy dan abaikan typo.
Bye Assalamualaikum.....