Pada waktu petang,
Semua pelajar dibenarkan pulang ke asrama.Dan aktivitas bagi waktu ditangguhkan kerana semua pengajar ada mesyuarat.Tapi ada juga senior yang rajin buat aktiviti dengan junior.
Jeslyn pon bawa Chloe dan Dinaile jalan jalan di sekitar akademi terlebih dahulu.Memperkenalkan semua tempat yang ada di akademi termasuklah tempat terlarang.Seperti biasa ingatan Chloe mengingat selok belok di akademi sudah terukir di otaknya.
Oleh kerana Chloe mengadu keletihan...jadi Jeslyn mengajaki mereka ke asrama.
Pertama kali melihat asrama perempuan buat kan Dinaile takjub melihat struktur nya.Ini asrama Perempuan.Ramai juga pelajar perempuan yang masuk dan keluar membuat hal mereka.
Chloe pula beriak biasa je meskipun Jeslyn menerangkan sejarah tentang bangunan akademi.Dia tidak tertarik sangat akan struktur bangunan.Asalkan ada tempat dia berlindung sudah.Chloe sedikit kagum dengan pengetahuan Jeslyn mengenai sejarah meskipun tomboy.
*Asrama Perempuan (asrama lelaki sama je macam ni )
Sudah tentu barang barang mereka sudah berada di lobby asrama.Tinggal untuk angkut dan naik tangga ke bilik mereka.Setelah buat semacam check in arama,Jeslyn menjadi penunjuk arah bilik.Katanya juga bilik mereka tingkat tiga dihujung sekali.
Saat berada di koridor tingkat 3,
Terserempak dengan minah pontianak dan rakan rakannya.
"Wah ternyata rakyat rakyat jelata....oh ya senpai....jaga sikit mereka...jangan sampai kaki mereka menjejaki depan bilikku... menjijikkan" ujar Griselda disertakan ketawa sinis.
Dinaile menatap tajam ke arah Griselda,berani ya menghina Chloe.Kalau boleh nak pi tampar 10 kali pun takpa juga kat pipi Griselda tu.Tapi Chloe menghalang.
"Tahan dulu emosi....tenang...." ujar Chloe separuh berbisik.Jeslyn geram lalu melakukan gaya tomboy dihadapan Griselda.
"Cik Griselda yang 'dihormati'.....ketua asrama itu adalah aku....jadi kalian siapa untuk mengarah aku.Pengaruh bangsawan tiada guna disini....apa aku perlu menghajar kalian supaya jadi anak baik" jawab Jeslyn sambil tersenyum paksa.
'Uwau.....aku tak sangka Jeslyn-senpai orangnya sangat kasar...yah aku tak permasalahkan nya... memanfaatkan nya ada guna juga' batin Chloe.
Dimana mana sahaja Chloe akan memanfaatkan orang tanpa disedari.Alexia mahupun Charlos juga.But dia bukan jahat oke.Dia gunakan orang demi pura pura untuk sesuatu atau maksud tertentu oke.
Kalau benar benar dia ingin manfaatkan demi keuntungan dan kerugiannya maka orang yang ia dimanfaatkan akan disamakan sebagai boneka menari di tapak tangan Chloe.
Memanfaatkan Griselda adalah kerugian namun disebalik itu ada kebaikan.Makin melampaui tindakan Griselda,keluarganya yang dipandang rendah di dalam sosial bangsawan.Bukankah itu menarik.Mungkin tindakan Chloe adalah pengecut kerana tak melawan secara terang-terangan.Tapi jangan lupa dia pyscho abadi menyukai musuhnya tersiksa secara perlahan..
"Huh orang gasar....Cik Griselda ayuh pergi...sebelum dia bertindak bod*h disini" ujar salah satu rakannya.Sebenarnya dia agak takut Jeslyn.Sebab ada khabar angin mengatakan Jeslyn pernah menghajar 10 pelajar lelaki dengan tangan kosong.Tak fasal fasal mereka semua dihajar disini.
Pihak akademi tak akan bertanggungjawab kalau pergaduhan di luar arena.Jadi semua tanggungjawab sendiri.Kalau betul betul mereka nak lawan perlu berduel di arena itu pun kalau persetujuan dari pengetua...
"Iya juga....aku juga tidak suka berlama lama dengan rakyat bau lumpur..ayuh pergi" ujar Griselda berjalan dengan angkuh dan langgar bahu Chloe.Dinaile mengetap geram.Manakala Jeslyn merapu serapah kepergian Griselda.Chloe pulak rileks je takde pula nak marah.
Yang sebenar yang di fikirkan oleh Chloe,
'Bau lumpur??...hah aku pakai sabun mandian lili keluaran Willia yang mungkin kau takkan mampu..kalau yer pon kot agak agaklah nak disamakan bau lumpur......hidung kau tersumbat dengan bedak eh....korek lah sikit mana tahu ada benda menghalang kau bau sesuatu.Sampai tak kenal bau lili dengan lumpur.Jap lumpur ada bau erk....kenapa aku baru tahu..ke ada lumpur edisi membau'
"Leila...kau tidak apa apa...ada sakit tak..." tanya Jeslyn dengan cemas.Yelah sebab tadikan Griselda melanggar bahu Chloe.
"Tidak apa apa senpai....mereka itu bangsawan...mana mungkin saya boleh melawan mereka" ujar Chloe dengan nada sedih.Charlos tengok ni pasti ketawa terbahak-bahak.Sebab apa?...sebabnya,Chloe kan berkuasa dalam Sosial Bangsawan.Jadi kalau nak jatuhkan keluarga bangsawan di bawahnya,kacang je.
"Le-Leila....aku sebagai kerabat kau....akan lindungi kau" tambah Dinaile supaya lakonan Chloe menjadi lebih perfect.Dinaile agak kaku bila bahasakan aku kau dengan Chloe...tapi oleh kerana Chloe tidak menyukai terlalu formal.
Sudah berkali kali Chloe kata jangan formal kecuali saat mereka dihadapkan depan keluarga nya sahaja formal... Terpaksalah Dinaile tak formal meskipun janggal.
"Leila.....kau boleh je bergantung padaku.Kalau mereka mengacaukan mu lagi laporkan sahaja padaku aku akan pastikan mereka tidak mendekati mu" ujar Jeslyn.
"Baiklah senpai....saya akan bergantung pada senpai" jawab Chloe sambil tersenyum tipis.Lain dimulut lain dihati.
'Alah itu boneka aku.....biarlah dia menghiburkan aku sepanjang aku disini....kebosanan aku nanti' batin Chloe cemberut.
Setelah sampai ke bilik mereka,Jeslyn mengalu ngalukan mereka masuk.Rupanya di dalam sudah ada orang lain selain mereka.Dan juga orang itu Miera.Miera pada mulanya terkejut sebab senpai sudah ada disini.Jadi terus menarik selimut menutupi dirinya.
Tapi bila dia terdengar suara familiar dia terus membuka selimutnya dan ternyata Chloe.Chloe pon menegur Miera dengan ramah.Jadi mereka sebilik ya.Miera sedikit lega kedatangan Chloe dan gadis lain di bilik ini kerana Jeslyn-senpai agak kasar membuatkan dia takut untuk berkomunikasi.
(Lebih kurang begini di setiap bilik penghuni asrama.Asrama lelaki juga begini...susah tahu nak cari gambar🥲)
Sementara Charlos,
'Duh...kenapa ya aku rasa akan ada sesuatu yang buruk? Nak kata aku bimbang si Chloe tu....budak tu mana pernah nak serius dalam hal ini...sia sia juga merisaukan dia' batin Charlos.Dia dan Mikaela sedang mengangkat beg ke bilik yang ditunjukkan oleh Ilijah.
Ilijah ingin memandu mereka sehingga ke bilik mereka.Tapi Charlos menolak supaya tak menyusahkan Ilijah.Jadi Ilijah just beritahu di mana terletaknya bilik mereka.Bilik mereka berada di tingkat 2.Jadi mereka perlu naik tangga.
'Hah....kenapa aku perlu sebilik dengan peti sejuk ini' keluh Mikaela.Hey tak sedar diri.Kau sama je macam Charlos.Dasar dua dua kutub ais utara.
Mengingat kembali keterangan Ilijah,disini lah bilik mereka.Charlos mengetuk terlebih dahulu.Oleh kerana tiada jawapan,masuk je lah..penat dah ni nak tidur.
'Wow bilik tak terkunci' batin Mikaela setelah Charlos membuka pintu.
Namun ada kejadian tidak disangka sangka.Bantal entah dari mana melayang ke arah wajah Charlos.Mikaela terkejut beruk melihat bantal tu melayang ke arah muka Charlos.Nasib dia berada di belakang.Kalau dia ditempat Charlos tak tahu apa jadi.
'Penyambutan yang sangat ramah...aku jadi menyesal mengatakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi' batin Charlos yang pasrah.
Rupanya rupanya ada Oryn dan seorang lelaki bermain kejar kejaran di dalam bilik sehingga membuat semua barang bersepah..Meriah benar suasana disini.Hendrix pula berada di sudut bilik hanya mampu menghela nafas berat.Menjadi kebiasaan dia menjadi tukang perhati.
Hendrix perasan kedatangan mereka terus ke arah mereka.Sambil berhati-hati supaya tak memijak barang barang dilantai."Masuk lah...maaf ya memang bilik ini dalam kondisi agak darurat" ujar Hendrix.Semua rakannya tidak ada yang waras kecuali Roxana.Ilijah,Jeslyn dan Oryn mahupun Ericc semuanya tidak waras apabila Ericc memulakan cari masalah terlebih dahulu.
"Kejarlah kalau boleh....dasar lambat" ujar suara yang sangat dikenali oleh Charlos dan Mikaela.
'Jangan kata.....ada orang yang menjengkelkan ada disini' batin Charlos.
"Ericc si*lan.....kau ni tidak pernah buat orang lain hidup tenang" marah Oryn.
Sedang Ericc lari baru sedar ada orang.Dia berhenti secara mengejut membuatkan Oryn terlanggar Ericc lalu terduduk ke lantai."Ericc si*l..." Oryn menggosok gosok kepalanya lalu mendongak melihat mereka.
Entah kenapa atmosfera disini menjadi lebih tegang dan hening.Otak Ericc memproses keadaan."Woah....kau sebilik dengan ku ya....aku ingat junior mana akan masuk ternyata kau dan siapa ya" ujar Ericc dengan gembira.Matanya tertuju pada Mikalea.
'Sudah nyanyuk rupanya....' batin Mikaela.Walaupun Charlos tak selalu berbual dengan mereka sekurang kurangnya Charlos mengingat nama mereka.Patutlah Charlos macam tak senang je melihat Ericc disini.Menjengkelkan
Hendrix tertepuk dahi.Ericc tak peka.Bukankah ada Oryn disini.Dan juga buat masa ini mereka kan sedang menyamar.
"Tidak...aku tidak mengenali kau" ujar Charlos dengan tenang tanpa perasaan.
"Kau kenal junior ni" tanya Oryn
"Sudah tentu aku kenal...dia tu a-" belum sempat Ericc nak kata lebih lanjut.Charlos terus memukul belakang leher Ericc.Oryn agak terkejut bagaimana Charlos yang berdiri di pintu masuk sudah berada dibelakang Ericc yang agak jauh beberapa meter.
Mikaela apatah lagi...terkejut juga si Charlos dengan selamba memukul Ericc iaitu abangnya sendiri tanpa perasaan serba salah.Charlos ada dendam apa weyh dengan Ericc ni🤣.
"Dia sudah mati ke" tanya Oryn selamba sambil mencucuk pipi Ericc menggunakan tangan bonekanya.
(Boneka Oryn)
"Masih bernafas dan dapat lihat matahari lagi...cuma akan pengsan selama beberapa jam" jawab Charlos.
"Terima kasih sudah mendiamkan rakan ku" ucap Hendrix.
"Tiada masalah...suaranya terlalu membingitkan telingaku" balas Charlos sambil buat thumbs up.
Manakala Oryn dan Mikaela menggangguk angguk faham.Yang peliknya Mikaela kenapa join sekali dengan si Oryn ni....Nasib kaulah Ericc dapat adik macam ni.
Beberapa minit setelah kekecohan kecil berlaku,Oryn pun keluar kerana dia perlu melakukan rondaan petang pula.