Di kediaman Grand Duke pula,
Dinaile mengayunkan pedang dengan tangkas sekali.Lawannya adalah adiknya sendiri.Mikaela pula apa kurangnya cukup trampil dan hebat juga dalam berpedang.Hampir tiga minggu juga berlatih pedang dalam masa yang sama belajar sihir dan sejarah.
Mereka berempat belum diperbolehkan masuk ke akademi sebelum mengetahui pelajaran asas.Jadi itu mengambil masa sebulan.Buat sementara ini mereka perlu asah bakat mereka sehingga boleh menjaga diri.Kerana Chloe mengatakan dia tidak memaksa mereka untuk ke akademi kerajaan secara mendadak....tapi mereka perlu benar benar menjaga diri supaya tak terlalu bergantung pada orang lain.
Ian pula lebih tertarik dengan aura pedang jadi dia berlatih dengan kapten terkuat di pasukan Arthur.Manakala Nio tertarik dengan penelitian sihir jadi dia dihantar ke menara cabang penyihir untuk belajar lebih lanjut.
"Cik Naile....Tuan Kaela....berehat lah sebentar" kata Mary dengan membawa manisan serta minuman.
Mereka berdua pon berhenti lawan.Dinaile hanya mengelap keringat peluh di dahinya.Untung juga dapat melatih kembali skill lamanya.
"Mary....awak dah lama ke bekerja disini" tanya Dinaile.Dia bosan juga kerana tiada teman berborak.Mikaela pula setelah minum dia terus menyambung berlatih.Alasannya dia perlu kuat melindungi orang berharganya.
"Hampir empat belas tahun juga saya berkhidmat dengan Cik Chloe....mengapa anda bertanya" tanya Mary kembali.
"Selama itu.....jadi awak pasti tahu bagaimana sifat cik Chloe" Dinaile ingin tahu juga.Chloe selalu bersifat tak menentu dan juga pola pemikirannya membuat dia takjub kadang kadang.
"Cik Chloe ya.....dia tidak seperti puteri bangsawan lain yang pernah saya temui.Cik Chloe lebih merendah diri,bersopan dan menghormati kami meski status kami rendah.Ceria dan peramah.Itu sahaja yang boleh saya kongsi sikap Cik Chloe.Selebihnya anda akan tahu sendiri" jawab Mary dengan tenang.
Dinaile tak nafikan sikap Chloe yang itu.Sebabnya Chloe bersikap begitu pada mereka.Dia baik memberi mereka tempat tinggal meskipun hanya sementara.Makan,pendidikan dan sebagainya.Bagaimana lah nak balas budinya?
"Mary.....sediakan air untuk ku juga" ujar satu suara lelaki yang entah dari mana muncul.Dinaile dah terkejut beruk....mana taknya laki ni muncul tanpa signal.
"Tuan Leo....bila anda sampai...bukan anda ada misi" ujar Mary dengan tenang.Dia langsung tak terkejut tapi melirik dengan dingin ke arah Leo.
"Aku singgah sebentar....Lagipula Uma dan Earste sedang menjaga Master..." ujar Leo dengan selamba menyambar beberapa manisan di dulang yang ditantang oleh Mary.
"Sekiranya Iris tahu pasti dia akan memarahimu" kata Mary apabila melihat tingkah kekanak kanakan Leo.
Dinaile terpinga pinga melihat Leo."Mary ini siapa" tanya Dinaile.Mary belum sempat nak kata apa apa....
"Oh saya lupa perkenalkan diri wahai cik adik manis....Saya Leo....salah satu bawahan Cik Chloe..Adik manis ini pasti Dinaile Al Svann" kata Leo sambil cium tangan kanan Dinaile.Buaya detect gaisssssss.
Dinaile terkejut dengan perbuatan Leo dan juga mengetahui nama penuhnya.Tiba tiba Mikaela yang juga entah dari mana ingin meninju Leo.Namun Leo dengan reflex mengelaknya dengan santai.
"Siapa kau.....berani menyentuh kakak ku" ujar Mikaela menatap tajam ke arah Leo.
"Kau sudah meningkat pesat....itu sudah bagus.Namun kau masih amatir anak kecil" Leo juga memberi tatapan dingin pada Mikaela.
"Leo,sudah cukup membuli junior mu " kata Cale yang baru tiba disitu.
"Oi pak tua.....sejak bila kau ada di situu" tanya Leo.
"Anak zaman sekarang penglihatan mudah kabur...jadi pak tua ini sudah memeharti sejak tadi" jawab Cale.
Dinaile dan Mikaela turut terkejut keberadaan Cale.Dia sememangnya sudah dimamah usia,namun mereka berdua tidak merasakan langsung Cale datang.Mereka berdua sudah belajar sedikit sihir pendeteksi aura.Namun itu seakan tidak berlaku pada Cale.
"Apa Cik Chloe menyuruh mu pulang" tanya Cale.Leo terus bersiul siul memandang ke arah lain.Seakan mengelak soalan tersebut
"A-aku hanya singgah sebentar...Cik Chloe tidak memerintah kan apa apa padaku..bosan" jawab Leo.
"Jadi begitu....kau di waktu senggang bukan.Mary bawanya kepada Iris....suruh Iris mengurusnya" kata Cale membuatkan Leo terus berpeluh.
"Baiklah...Tuan Leo...jom ikuti saya atau anda mahu diheret oleh saya" Mary memberi senyuman manis.
"Aku ada kaki,aku akan jalan sendiri" jawab Leo seakan pasrah.Baginya semua yang di kediaman ini semua pelayan adalah orang yang insane dan pyscho.Disebalik keramahan dan kebaikan mereka,mereka adalah binatang buas yang dilatih sebagai pelindung keluarga Schulz.
Kekuatan seorang pelayan disini setara dengan tiga kesatria elit.Jadi tidak hairan penceroboh dan orang licik susah memasuki kediaman ini.Ini kerana selama generasi ke generasi Ketua keluarga perlu memberi pelatihan khusus bagi pelayan lelaki atau perempuan.Itupun kalau masih boleh keluar hidup hidup lah.
"Dasar......oh ya....selain kalian ada lagi tiga orang yang bekerja di bawah Cik Chloe.Boleh dikatakan mereka bertiga adalah senior kalian..yang tadi itu Leo...." terang Cale dengan ringkas.
"Kalian boleh menyambung berlatih...maaf kerana gangguan tadi" ujar Cale lalu meminta undur diri dahulu.Setelah dia benar benar pergi dari situ.
"Mika kau perasan tak yang nada Cale lain macam" tanya Dinaile.
"Aku perasan juga...jadi nak sambung tak berlatih" Mikaela sambil melihat sekeliling.Hanya mereka berdua sahaja ada di arena ni.Memang sini ruangan khas untuk Chloe jadi Chloe benarkan mereka menggunakan ruangan ini jadi tak perlu bercampur dengan latihan pengawal lain.
"Sudah pasti.....aku tidak mahu jadi harga diriku dipijak pijak seperti dulu...." ujar Dinaile bersemangat.Dia sudah sedar kesalahannya selama ini,dan dia mahu menebus segalanya.Jadi dia dan Mikaela bertekad untuk membalas budi Chloe tanpa rasa sikit nak berkhianat.
Cale yang mendengar perbualan mereka hanya tersenyum.Dia sebenarnya tidaklah benar benar pergi.Hanya sahaja dia ingin tahu apa keinginan mereka berdua.
Dia berjalan pergi dengan puas hati.Cik Chloe nya pandai menilai walaupun bagi orang lain mereka hanya sampah.Tapi baginya permata yang berkilat disembunyikan dengan lumpur.Mereka berempat mempunyai bakat yang terpendam,sayang kalau tidak diasah lalu dibuang begitu.
Cale mengetuk pintu ruangan kerja Arthur untuk memberi laporan.Setelah dibenarkan masuk,terlihat Arthur sedang melihat dokumen dokumen tanpa henti.Menjadi seorang ketua keluarga bukan senang.Ketua keluarga perlu bahagikan masa mereka.
Cale telah berkhidmat tiga generasi di kediaman ini.Pada mulanya dia hanya budak pelayan biasa lalu dinaikkan pangkat sebagai ketua pelayan oleh kerana dia paling lama berada disini.
Diantara tiga generasi yang ia pernah layani,Arthur lah yang paling berperikemanusiaan berbanding ketua keluarga terdahulu.Keluarga ini menyimpan sejarah kelam dan menakutkan namun disimpan rapi oleh Arthur dan Emilien serta Cale.Mereka berdua lah yang mengubah keluarga ini ke arah lebih baik.
Dan mengubah peraturan keluarga ini yang boleh disebut manusia.
"Tuan....saya ingin melaporkan" kata Cale membuatkan Arthur berhenti melihat dokumen.
"Laporkan sahaja" jawab Arthur lalu memandang dokumen lagi.
"Dinaile dan Mikaela berkembang pesat dalam aliran bidang pedang dan bela diri.Kemungkinan mereka akan beralih bidang sihir pula.Dan apa yang saya lihat mereka bertekad untuk melayani Cik Chloe.Ian pula, juga sudah berkembang namun oleh kerana trauma masa lalu nya membuatkan pelatihannya terhambat.Manakala Nio mempunyai potensi sebagai penyihir kelas 2" lapor Cale semuanya.
Sebelum dia pergi menjenguk Dinaile dan Miakela,dia melihat keadaan Ian kemudian dia dapat laporan dari menara cabang sihir melalui bola kristal.
"Teruskan memerhati mereka....oh ya bagaimana Edward dan Ericc" tanya Arthur.Sejak dua menjak ini dia terlalu sibuk untuk menjenguk kedua puteranya itu.
"Tuan Edward seperti biasa membuat rondaan di kota ini...sementara tuan Ericc sedang berada di dalam bilik dikeranakan dia di gantung selama seminggu oleh pihak akademi..Tuan Ericc memukuli salah satu bangsawan lagi" desah Cale.
Ericc suka buat masalah di akademi hanya kerana mahu cuti nak berjumpa Chloe.Namun takdir berkata lain,Chloe tidak berada disini.Alhasilnya Ericc duduk di penjuru biliknya sambil menguis nguis lantai.Itu yang Cale tengok sebentar tadi.
Arthur menggeleng kepala perlahan lahan.Lalu memicit kepalanya.Banyak juga aduan mengenai Ericc.Dia sudah ceramah ke si Ericc namun degil yang teramat nak bersama dengan Chloe.Dia berharap puteri kecilnya pulang secepatnya untuk pujuk si Ericc ni.
"Masa berlalu sangat cepat melihat pertumbuhan generasi Schulz yang sekarang" kata Cale.
"Anda mungkin sudah terlalu tua..... sepatutnya anda berehat dan pencen" balas Arthur.
"Yah...belum tiba masanya lagi tuanku....tapi saya bersyukur melihat generasi sekarang ini..." ujar Cale.
"Aku juga....." kata Arthur.
"Adakah anda menyesal membunuh ketua keluarga terdahulu dan anggota lainnya......." kata Cale.
Arthur bingkas bangun lalu melihat ke arah jendela."Di hatiku langsung tiada penyesalan....tidak sangka itu sudah lama berlalu...." Mata Arthur kemerahan melihat taman mawar hitam.Ada alasan tersirat mengapa dia menanam banyak mawar hitam dan lili putih.Dia tidak menyangka jika puteri bongsunya menyukai kedua bunga tersebut.
"Maaf atas kelancangan mulut orang tua ini....maaf juga anda perlu mengingat masa lalu tersebut...saya mengundur diri dahulu" ujar Cale lalu pergi membiarkan Arthur menenangkan fikiran.
.
.
.
Minta seketul vote setiap chap...itu kalau korang berbaik hati lah...tak paksa punn༎ຶ‿༎ຶ
Cale