MENULIS

By ReginaIbrahim

30K 645 145

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di... More

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS
DIALOG DALAM PENULISAN
CERTOT (bila Malaysia keliru)
APA ADA DALAM CERTOT?
APA YANG PENULIS BACA?
APA STAIL PENULIS ALAF BAHARU?
3 BUKU BERTEMA HARIMAU
BAIK PULIH KERJA LAMA
NARATIF - SEDIKIT TIPS
MENULIS: Panduan Sang Pemula
ONE TWO JAGA
KESALAHAN BILA MENULIS (leksikal)
GHAIRAH PENULIS
PROMOSI BUKU
REVIU - Cerpen Santiago
BANK IDEA
PANDUAN MENULIS LAGI?
MOHON TIPS LAGI?
KLITIK, PROKLITIK DAN ENKLITIK
SOROTAN
WAWANCARA
KERAGUAN BILA MENULIS
BICARA ZINE LAGI...
GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018
DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018
MENCARUT
BUKAN MUDAH MENEGUR
GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB
PERIBAHASA
ALASAN MENULIS?
MANUSIA BAGAIKAN BUKU
EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?
PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?
BACAAN TAHUN 2018
CUKARIA MENUJU 2019
EDITAN SAJAK
MENULIS DI TAHUN 2018
NOVEL WATTPAD?
NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH
APA SAHAJA KEGIATAN MENULIS DI TAHUN 2018?
JANGAN BACA NOVEL INI - Ismi Fa Ismail
HAMKA - PUISI BUKAN LAGI SENJATA
BABAK SEKS LAGI?
NAMA SAMARAN. NAMA PENA
KENAPA MASIH MENULIS?
PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?
HONORARIUM
Wawancara Di Taman Armenian
PENULIS BILA BERADA DI MEDSOS
MENULIS LIRIK LAGU
PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH
PENULISAN KREATIF
MENULIS SETAKAT INI
LAGI TENTANG MEMBACA
PUISI SEBAGAI TERAPI
MEMBACA
MENGHANTAR MANUSKRIP
SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN
PERSPEKTIF TENTANG SAJAK
MAHU MENJADI PENULIS - Sue Emoqwin
MENIKMATI KARYA TEMPATAN
CABARAN PENULIS, WARTAWAN DAN SASTERAWAN DALAM MEDIA ALAF BAHARU.
PUISI MHS
MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG
UMPANKLIK
MENULIS SECARA LITERAL ATAU NON-LITERAL
PENULIS HANTU - Ghost Writer
PENULISAN QUEER
BUKU FIXI
MENGEDIT LONGGAR
MANUSIA MEMBACA
SENSASI DUNIA PENULISAN
JARGON - KATA KATA BESAR
BEST TAK KARYA DIA?
MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)
MENEMUI PENULIS
BERFIKSYEN DI ALAF BAHARU - PANDANGAN PERIBADI
SASTERA. APA SEBENARNYA?
MAHU BIKIN SIAPA KAGUM?
EDITAN RINGKAS.
MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN
MENULIS MEMBACA
MATA HELANG
SASTERAWAN NEGARA 2019
MENULIS ESEI
MENILIK KERJA LAMA
TIPS MENULIS (PEMULA)
5 CERPEN TERBAIK CUKARIA PERTENGAHAN 2019
IBUKU SI PATTU
PANDUAN MENULIS NOVEL
CORETAN - Regina Ibrahim
MENULIS DI MALAYSIA
PAPARAN NOVEL DI WATTPAD?
MANA MUNGKIN?
SEDAP MENULIS SEDAP EDIT
ADJEKTIF
HOW WAS IT WRITING IN MALAYSIA?
GENDER DALAM SASTERA
NO 4 YANG TIDAK DISEBUT?
NIRLABA
MAHU TULIS APA?
KALI PERTAMA
SELF PUBLISHED AUTHOR? (SWATERBIT)
MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?
SIAPAKAH PEMBACA KITA?
HUMAN STORIES (BERKISAH TENTANG MANUSIA)
YANG LAMA YANG BARU
SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW
LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG
BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.
SAYA KEMBALI MENGEDIT
GENDER IN LITERATURE
BICARA TERUS TERANG DUNIA PENULISAN.
KESALAHAN BERBUNYI SEPERTI BETUL
TEKNOLOGI DALAM FIKSYEN
RANDOM: Karya yang boleh diindahkan lagi...
GENRE SERAM
BEBAS DALAM TANDA KUTIP
FAKTOR FAKTOR BUKU TIDAK LAKU
KISAH PLAGIAT BERGAMBAR
PENULIS DAN PENERBIT - Sri Diah
BUAL BICARA
DIALEK KELANTAN
RAPAT ATAU JAUH? GANDAAN DAN MORFEM
BERADA DALAM DUNIA PERBUKUAN
(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.
CONTOH EDITAN - MENGEDIT
BUKU BUKU PILIHAN PENULIS DAN PEMBACA
APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?
GTLF2019
DIARI GTLF2019
ANEKDOT SAAT GTLF 2019
SELAMAT JALAN: CUKARIA
BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)
PUBLICIST
PEMBUNUH SEMANGAT
TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?
SIAPA IDOLA KAMU DI DUNIA PENULISAN?
NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN
JATUH CINTA PADA PENULIS?
TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI
PENULIS PROLIFIK PENDIAM?
BERTEMU PENULIS PEMULA
APA ITU BLURB?
APA YANG SILAP?
DIALEK UTARA - BUKAN KAMUS
KERJA MENTERJEMAH
SYOK SENDIRI
REAKSI PEMBACA
KATA PEMERI: ialah & adalah
DINSMAN TENTANG KERIS MAS
CONVERSATION - Am I slowing down?
PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.
REPRESENTASI JANTINA
BERCERITA
SMART STYLISH WRITING
MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?
PEMULA: PUISI/SAJAK/PROSA/LIRIK
BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?
DUNIA TANPA INTERNET (SURAT SURAT YANG DILUPAKAN)
MENCARI INSPIRASI MENULIS
BILA PENULIS SEORANG TRANSFOBIA
KERINDUAN PADA SASTERA VINTAJ YANG MENJENGKELKAN
WEBINAR, BICARA TALIAN, WACANA
SETELAH KARYA DICETAK
ANTOLOGI
KISAH ROYALTI BUKU LAGI?
PENULIS BERSAJAK
NOVEL SAMPAH?
GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU
HADIAH NOBEL SASTERA 2020
PILU MENJADI PENULIS (SATU RENUNGAN)
TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN
KHABARNYA SEMUA ORANG BOLEH MENULIS
KENAPA BAHASA INGGERIS?
BICARA BUKU INDIE
YOU SIRIES DI NETFLIX
MARI SAMA SAMA BELAJAR
GTLF 2021 (GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL)
PENULIS MENONTON: MEMILIH FILEM TERBITAN NETFLIX 2021
MERIVIU KONSERT/PERSEMBAHAN
NOVEL AUSTRALIA - kenapa FIXI?
GTLF 2022 - Georgetown Literary Festival 2022
QUESTIONAIRES
CERITA MENULIS DAN PENULIS
ASAS PEMBENTUKAN WATAK DALAM NOVEL & SEBARANG PENCERITAAN
PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH
KULIT BUKU

MENGEDIT LAGI.

40 5 2
By ReginaIbrahim


Tulisan eceran ini ditemui di dinding medsos. Ia mahu bercerita dan mengambil kira suasana terkini Covid-19 perbualan dan perasaan antara pakar psikologi dan klien. Penulis mempunyai isi yang baik dan pandangan, editan dilakukan untuk hal hal redundancy - terlebih dan pemilihan ayat mudah. Kerap terjadi penulis pemula takut pembaca tidak faham. 

Perhatikan tulisan asal dan editan dalam nada bold di bawah.

EDITAN TULISAN: Mohd Rashidi Bin Radzali

--------------------------------

KERJA TULISAN ASAL & kerja editan.

Suasana bilik itu agak lain, berbeza dari apa yang dia pernah bayangkan sebelum ini. Bilik itu merupakan sebuah bilik kecil biasa, tanpa meja pejabat yang agak sederhana dan bersepah dengan buku-buku dan juga kertas-kertas mencatat nota. Bilik itu juga tiada sofa mewah, ataupun sofa biasa yang berpatutan. Bilik itu cuma semata-mata mempunyai sebuah meja sebesar meja guru kelas, dua kerusi yang disusun secara bertentangan dan mempunyai meja di tengah-tengahnya dan juga rak buku yang sederhana, tidak sebesar atau himpunan rak-rak buku yang penuh dengan buku seperti yang dibayangkannya dalam filem Good Will Hunting. Bilik itu juga menurut perhitungannya, besar sedikit daripada bilik Professor Sean Maguire. Mungkin sebab susunannya yang kemas dan tersusun rapi, tidak seperti bilik Prof Sean yang dilihatnya di dalam filem Good Will Hunting yang agak berselerak sedikit. Mungkin juga sebab dia selalu menonton filem-filem yang mempunyai babak di dalam bilik kaunseling ataupun bilik ahli psikologi, dia mudah membayangkan sebuah bilik yang mempunyai sofa, meja yang agak besar dipadankan dengan kerusi yang agak mewah, serta rak buku yang besar dipenuhi oleh buku-buku terletak di hujung bilik. Ah, itu semua kan babak di dalam filem Inggeris, getus hatinya.

Bilik itu menurut perhitungannya, besar sedikit berbanding bilik Professor Sean Maguire. Mungkin sebab susunannya yang kemas dan rapi, tidak seperti bilik Prof Sean yang ditontonnya dalam filem Good Will Hunting yang agak berselerak sedikit. Mungkin juga terlalu kerap menonton filem-filem yang berlatar babak bilik kaunseling, bilik pakar psikologi, mindanya terjurus membayangkan sebuah bilik yang bersofa, meja gedabak kukuh dipadan pula dengan kerusi mewah didampingi rak buku besar dibarisi oleh buku-buku di hujung bilik. Ah! Itu semua kan babak di dalam filem Inggeris, hatinya menjawab sendirian. 

Bilik kaunseling di Malaysia ini pasti berbeza.

"Maaflah, bilik ini tiada sofa. Terus terang, kami sebenarnya tidak mempunyai dana untuk menghias bilik semewah bilik-bilik yang kerap ditunjukkan di dalam filem. Namun, jika klien memerlukan sebuah tempat yang selesa, kami selalunya akan menggunakan sebuah bilik kaunseling bersebelahan dengan wad psikiatri di tingkat atas".

"Oh, it's okay. Saya pun mungkin sudah terbiasa dengan menonton filem, jadi dia macam rasa perlu untuk lihat benda atau suasana yang familiar supaya tak rasa gugup dan gementar sangat".

"It's okay. Lagipun ini baru sesi pertama. Tak perlu untuk bersusah payah bercerita apa yang awak sedang hadapi. Let's think about this. Apa kata kita cuma berborak sahaja, sementara awak sedang menyesuaikan diri dengan segala situasi ini. Apabila awak sudah bersedia untuk bercerita, kita akan mulakan proses kaunseling kita, okay?"

"Ok baik puan".

"Just call me Kat, short for Katrina. So, just tell me about yourself, atau anything yang awak nak cerita, just cerita ok".


Dia memandang muka ahli psikologi tersebut, terpinga-pinga. Badannya yang sebelum ini agak tegang, mula dilonggarkan dan ditenangkan. Dia menyandarkan badannya ke kerusi, sambil menghela nafas dengan perlahan, cuba untuk menyusun kata-kata yang ingin diluahkan.

Bilik kaunseling di Malaysia pastilah berbeza!

"Maaflah, bilik ini takda sofa. Terus terang, kami sebenarnya tidak ada dana menghias bilik semewah bilik-bilik yang kerap ditunjukkan di dalam filem. Namun, jika klien memerlukan sebuah tempat yang selesa, kami selalunya akan menggunakan sebuah bilik kaunseling bersebelahan dengan wad psikiatri di tingkat atas".

"Oh, takpa... it's okay. Saya ni terbiasa sangat menonton filem, jadi dia macam rasa perlu tengok suasana yang familiar supaya tak rasa gugup dan gementar sangat...".

"It's okay. Lagipun ini baru sesi pertama. Tak perlu untuk bersusah payah bercerita apa yang awak sedang hadapi. Let's think about this. Apa kata kita cuma borak-borak sahaja, sementara awak menyesuaikan diri. Bila awak sedia untuk bercerita, kita akan mulakan proses kaunseling kita, okay?"

"Okay, baik puan".

"Just call me Kat, short for Katrina. So, tell me about yourself, or anything you feel like telling okay?" 

Dipandangnya muka ahli psikologi tersebut, terpinga-pinga. Badannya yang agak tegang, mula dilonggarkan tenangkan. Disandarkan badannya ke kerusi, sambil menghela nafas perlahan, cuba menyusun kata-kata yang ingin diluahkan.

"Err. Saya sebenarnya tidak tahu kenapa saya datang ke sini. Saya rasa saya perlu untuk meluahkan apa yang saya pendam dan rasa sekarang. Sebab saya rasa saya ni seorang yang tidak berguna sangat, puan," air wajahnya mula berubah. Matanya mula bertakung dengan air mata, cuba untuk mengawal dari ia keluar. Namun, ia tetap mengalir juga terus dari mata turun ke dagu melalui pipinya yang mulus itu. Dia mengelap air mata yang mengalir itu menggunakan tangannya.

"Err... Saya sebenarnya tak tahu kenapa saya datang ke sini. Saya rasa perlu meluahkan apa yang dipendam sekarang. Sebab saya rasa saya ni seorang yang tidak berguna sangat, puan," air wajahnya mula berubah. Matanya bergenang, cuba menahan dari menitis. Namun, ia tetaplah mengalir melepasi pipi mulusnya laju ke dagu. Air mata diseka hanya menggunakan tangan.

"Kenapa awak cakap macam tu?" Kat bertanya sambil menghulurkan kotak tisu yang tadi berada di tepinya kepada klien itu.

Dia mengambil tisu yang diberi, mengeluarkan sekeping dua, lalu digunakan untuk mengelap pipinya yang basah dengan air mata tadi. Tisu seterusnya diambil untuk mengelap bendasing yang keluar dari hidungnya. Dadanya yang tadi agak laju berdegup, kini sudah berentak normal semula, menunjukkan dia sudah boleh mengawal emosinya kembali. Dia melihat Kat, wanita itu juga sedang memandangnya dengan penuh tanda tanya dan pelik, namun tetap nampak tenang dan nyaman. Seolah-olah raut wajahnya itu menunjukkan kepada dia supaya dia boleh bercerita apa sahaja tanpa rasa seperti dihukum. It's a safe place here, don't worry. kata Kat di dalam telefon 3 hari lepas sewaktu dia menelefon wanita itu, cuba untuk membuat temujanji berjumpa dengan ahli psikologi ini.

"Kenapa awak cakap macam tu?" Kat bertanya sambil menghulurkan kotak tisu yang tadi berada di tepi.

Dicapai tisu yang diberi, dicarik sekeping dua, mengelap pipinya yang basah. Dicapainya lagi kertas tisu untuk mengelap aliran dari hidungnya. Jantungnya yang laju berdegup, kini kembali tenang semula, emosinya kembali terkawal. Dipandangnya wajah Kat yang memandangnya dengan penuh tanda tanya dan pelik, namun Kat tetap tampil tenang dan nyaman. Raut wajahnya itu bagaikan berisyarat bahawa dia boleh terus bercerita apa sahaja tanpa merasa dihukum. It's a safe place here, don't worry. kata Kat di dalam telefon 3 hari lepas di talian telefon, terngiang di benaknya.

"Puan, saya dah tak rasa apa-apa bila tengok pesakit meninggal dunia. Sebelum ini, rasa itu masih ada. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh bekerja, untuk membantu mereka agar tidak meninggal di zon merah. Namun, sejak lambakan pesakit keluar masuk disebabkan COVID ini, saya tidak merasakan apa-apa jika pesakit meninggal. Sebab saya dah tak rasa apa-apa, saya jadi tak kisah jika ada pesakit yang meninggal di dalam wad kami. And the worse part is, I feel like they deserved that and I feel like i'm a murderer now. Please help me, puan."

"Puan, saya dah tak rasa apa-apa bila tengok pesakit meninggal dunia. Sebelum ini, rasa tu masih ada. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh bekerja, cuba membantu mereka agar tidak meninggal di zon merah. Namun, sejak lambakan pesakit keluar masuk disebabkan COVID ni, saya tidak merasakan apa-apa jika pesakit meninggal. Sebab saya dah tak rasa apa-apa, saya jadi tak kisah jika ada pesakit yang meninggal di dalam wad kami. Dan paling teruk, I feel like they deserved all that and I feel like I'm a murderer now. Please help me, puan."

Katrina melihat kliennya itu yang sedang menangis. Riak wajahnya yang berkerut ketika mendengar luahan tadi sudah mula bertukar menjadi riak wajah biasa, lembut dan tenang. Dia melihat waktu baru hendak masuk pukul 11 pagi. Ini perkara baru, getus hatinya. Mungkin perkara baru, mungkin juga perkara biasa yang staf kesihatan sedang lalui sekarang ini, namun masih kurang yang datang untuk menerima rawatan. Buku nota hitam dibukanya, membelek helaian demi helaian. Kemudian dia terhenti di helaian yang baru, kosong tidak terusik. Pen hitam diambilnya dari bekas alat tulis yang tersusun rapi di bahagian kanan meja. Dia melihat kliennya itu, cuba memberi ruang untuk dia menyusun kata-kata, dan kembali bercerita tentang masalah yang dihadapi itu.

"This is gonna be a very long case," getus hatinya.

Katrina melihat kliennya menangis. Dahi yang berkerut awalnya mendengar luahan tadi mula bertukar kembali biasa, lembut dan tenang. Waktu baru hampir pukul 11 pagi. Ini perkara baru, getusnya di bawah nafas. Mungkin baru, mungkin juga hal biasa yang dilalui para staf kesihatan saat ini, namun masih kurang yang datang untuk menerima rawatan. Buku nota hitam dicapai buka, membelek helaian demi helaian, terhenti di helaian baharu, kosong tidak terusik, dicapainya pen hitam dari bekas alat tulis di kanan meja. Direnungnya kembali klien itu, cuba memberi ruang untuk dia terus menyusun kata-kata, dan kembali berbasa basi tentang masalah yang sedang dihadapi itu.

"It's gonna be a very long case," getus hati Katrina.

------------------------

Semoga mendapat manafaat dari editan ringkas ini. : Banyak hal yang melibatkan 'show and tell'. Penulisan asal betul dan baik, cuma perlu dibaiki (antara membiarkan pembaca fikir, dan membayang daripada terus menjamu mereka - tidak perlu diulang ulang) begitu juga dengan dialog yang seharusnya mudah yang berkesan untuk gambaran watak. Redundancy - yakni kata kata terlebih perlu dielakkan. Begitu juga dengan pemilihan POV. Jangan ambil hati akan perkongsian ini... (ini hanyalah latihan mengedit dan pembelajaran  di pihak kita).

Continue Reading

You'll Also Like

812K 3.8K 18
Mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan disalah sebuah institusi pendidikan di Malaysia. Ianya diambil dari kisah benar yang pernah terjadi sua...
674K 2.5K 14
📣❌🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞❌ THIS IS JUST FOR A SCENE. KALAU NAK BACA MESTI KENA FOLLOW. VOTE AND COMMENT DOWH... JANGAN LUPE SHARE KAT KAWAN-KAWAN KORA...
257K 31.4K 18
"bulan masih cantik." 2022 | @mintytxt - e
72.4K 4.5K 22
Highest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI K...