✧°KTR 152°✧

Start from the beginning
                                    

"Anda datang juga...raja" sapa satu suara

Vex menoleh ada sosok transparan yang rupawan.Dan juga banyak lagi sosok transparan menyembunyikan diri.Dari yang terkecil hinggalah yang terbesar.Mereka semua merupakan monster kuno yang cukup ganas suatu ketika dahulu.

"Aku ingin menyapa kalian....tanpa kalian kami tidak akan menang tadi" balas Vex dalam bahasa spirit.

"Kami semua merupakan pengikut yang pernah berjuang dengan anda....tentunya kami akan mengikut perintah anda..."  tambah salah satu spirit lainnya dengan semangat.

"Kami telah mendapat kabar yang unknown datang dan melukakan ratu Achlys....apa ratu baik baik sahaja" tanya spirit yang paling kecil super comel.

"Mhm......Dia itu ratu yang kuat...kalian jangan bimbang Jawab Vex sambil duduk bersila diatas batu besar.Meskipun para pengikut nya telah tahu kejadian pahit dahulu kala masih lagi ambil berat tentang Chloe.

"Raja....kami juga merasai kehadiran Jendral Demon....kami fikir mereka ke inti dunia" 

"Apa yang kalian lakukan?"  tanya Vex ingin tahu.

"Kami hantar pokok kecil ini....Dia mengatakan mereka hanya ingin memastikan sesuatu..."  jawab spirit yang kerdil.

"Salah satu dari mereka berdua memberi ini"  tambahnya lalu memberikan kantong berwarna hitam.

Vex menerimanya.Dia mengeceknya dan tersenyum kecil.

Sanggul merah yang diberikan pada Chloe tempoh hari dan sebuah surat yang berisikan:

Ini artefak ciptaanmu yang si*l.......jangan berani dekati aku....Aku benci kau

Chloe

'Yernia yernia....berani betul kau sekarang ya...kau mencuri sanggul ini dan pura pura menjadi gadis kecilku yang menulis ini....apa apapun ini tidak akan berkesan' Vex tahu ini bukanlah Chloe yang tulis.

Sebab bau kertas ini berbeza dengan kertas undangan haritu.Bau mawar yang wangi dan elegan tidak setanding dengan bau yang lain.Dia terus membakar kertas itu dan menyentuh sanggul itu.

Ikatan nya dengan Chloe juga telah terputus.Nampaknya dia perlu serius melamar Chloe nanti.

Di perdalaman hutan ada spirit berbahaya dan kuat.Spirit spirit di dalam sana jahat dan aura bunuh sekuat demon kelas tinggi.Mereka sumber kekuatan asli Vex.Tugas spirit lain menjaga setiap sudut agar tiada satu yang terlepas dari hutan Niebla.

Tentang penghuni hutan ini,Azz,Zie mahupun penjaga dunia bawah yang lain tidak tahu.Rahsia di hutan tetap kekal rahsia tanpa perlu orang asing yang masuk.

Hutan Niebla adalah tempat kelahirannya dan misteri belum terungkai dengan kata kata.

4 bulan kemudian,

Setelah pertarungan panjang itu,empayar dibangunkan semula.Banyak kerosakan juga tapi tetap sahaja semua rakyat mahupun bangsawan tidak akan bermalas malasan.

Para bangsawan yang mempunyai wilayah mereka perlu urus dengan baik.Dibina ulang untuk keselesaan penduduk.Dalam masa yang sama,emperor juga telah dimakamkan.

Empress mengambil alih tugas emperor untuk sementara dibantu oleh Alvino dan Arthur.Dalaman istana,politik mahupun aduan rakyat dia perlu uruskan dengan teliti dan cermat.Meskipun dia bersedih tapi dia harus tabah dan menerima takdir namun......

Alexia belum lagi bersedia menerima tanggungjawab nya sebagai penerus tahkta.Dia selalu mengurung diri di biliknya dan selalu mengamuk tidak tentu pasal.Banyak juga pelayan terluka kerananya.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now