Final Bonus : That's Unexpected

2K 123 30
                                    

Still 2050
After war..

And wedding...

Alisa menguap panjang kemudian menggeliat,dia menoleh ke arah nota yang diletakkan atas meja. Lalu dia capai dan membacanya,dia tersenyum sebaik siap membaca.

Abang ada urusan di luar,maaf tak kejutkan sayang... Seronok tengok sayang tidur jadi abang tak kejutkan...

Alisa hanya tersengih ketawa kecil,dia segera membersihkan diri. Seusai selesai mandi dan menyalin pakaian,Alisa segera keluar dari biliknya. Kesatria-kesatria dan para dayang tunduk hormat padanya.

"Putera Bongsu memang bertuah kerana memiliki seorang isteri yang cantik..." ujar salah satu kesatria tersebut sambil tersengih memerhatikan pinggul Alisa dari jauh.

"Yeah,seksi pula tu biarpun dia tak tunjukkan hahaha..." ujar seorang lagi kesatria.

"Ehem,apa yang kamu berdua bualkan pasal menantu aku?" soal satu suara dan dua kesatria terus pucat lesi.

Mereka berdua menoleh perlahan-lahan ke belakang,lalu terkejut bagaikan mata ingin tersembul keluar apabila melihat Solleh sedang berdiri merenung mereka dengan pandangan membunuh. Intan menjengah dari belakang,sambil jari telunjuk menyentuh bawah bibir.

"KING SOLLEH!!" Jerit kedua kesatria itu.

"One more pervert words,I'll get you guys expelled from this castle..." Solleh mengepalkan penumbuknya dan kedua kesatria itu terus menunduk hormat tanda penyesalan.

"Hehehe..." Intan hanya mampu ketawa sambil tersenyum kelat.

"Mana uncle kamu ni? Biarkan isteri dia berseorangan di istana..." ujar Solleh risau.

"Intan tak pasti la atuk,tapi tadi Intan nampak uncle Ikhwan keluar dengan uncle Raffie dan uncle Yusri..." jelas Intan.

"Bila tu?" soal Solleh menoleh ke arah cucunya.

"Lepas subuh kalau Intan tak silap..." jawab Intan berfikir sejenak.

"Bunyi macam mencurigakan,apa yang tiga uncle kamu nak rancangkan tu?" soal Solleh sendirian.

"Jangan la risau atuk,mereka tu kan kuat..." balas Intan.

"Itu la yang atuk risau..." balas Solleh mengusap janggutnya.

"Eh?" Intan tersenyum kelat.

Alisa berjalan sambil tangan disimpan ke belakang,dia menyedari Reena sedang berada di taman bunga miliknya. Alisa tersenyum lalu singgah ke taman bunga tersebut,Reena yang sedang asyik bercucuk tanam sedar kehadiran Alisa lalu bangun.

"Hi adik ipar,seorang diri?" soal Reena tersenyum.

"Emm... Ikhwan kata ada urusan bangun tidur je dah tak ada...." jelas Alisa mencebik.

"Alololo.. Sian adik akak.." ujar Reena mengusap kepala Alisa.

"Sian kan adik akak ni...hmm.." balas Alisa dan tidak lama lepas itu,mereka terdiam sejenak kemudian Reena ketawa dan Alisa turut ketawa sambil menekup mulut.

"Nak tolong akak?" soal Reena.

"Boleh je,boring kalau tak buat apa..." balas Alisa.

Pada masa yang sama di satu tebing gunung,Ikhwan dan Raffie serta Yusri sedang memerhatikan perkampungan yang berada tidak jauh di bawah tebing mereka berada. Perkampungan itu dikatakan telah diserang perompak,dan para penduduk dijadikan tebusan.

"Perompak tu kata nak wang dollar sejuta...lebih kurang..." ujar Yusri membaca maklumat misi.

"Nak aku rempuh..?" soal Ikhwan sambil Sacred Royal Blade diseru.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now