FINAL CHAPTER : IKHWAN & ALISA

2.4K 155 32
                                    

"Cepat la weh...!!" Siddiq melambai ke arah seseorang,dia hari ini mengenakan tuxedo kemas serba hitam.

"Diam la...bukan senang nak jalan dengan pakaian macam ni tahu?" Aqirah berlari anak dengan gaun berwarna biru muda,Raven menyusul dari belakang bersama Elena.

"Hehe...they really cute...they have something special?" Soal Elena sambil tangannya memeluk lengan Raven.

"Nah...mereka macam adik beradik sejak dari kecil.." ujar Raven pula sambil melihat bow tie Siddiq dibetulkan oleh Aqirah.

"Sebulan ada ya? Perang berlalu..?" Soal Elena dan Raven hanya mengusap kepalanya sahaja.

Sebulan telah berlalu perang antara dua pihak,kesemua perkara menjadi normal semula. Professor Darweez pula diserap masuk berkhidmat pada negara Rembulan,atas budi bicara Aswandy yang memerlukan tenaga saintis seperti Darweez. Suasana di bandar Kota Hijau begitu sibuk,seperti meraikan sesuatu majlis. Sebuah kereta jenis Chevrolet Camaro berhenti di sebelah pasangan itu,Raven dan Elena berpandangan hairan kemudian cermin tingkap kereta diturunkan.

"Yo..lovebirds...wanna ride?" Kepala Jamel terjengul keluar.

"Jamel..Jane.." ujar Elena menundukkan kepala melihat ke dalam kereta,Jane pula tersenyum sambil melambai tangannya.

Sementara itu Reezal sedang menyalin pakaiannya,pakaian diraja dibantu oleh Razeedah. Intan pula menongkat dagunya,melihat babak mesra kedua orang tuanya sambil tersenyum. Hari ini adalah hari penting,Luqman dan Aminudden berjalan menuju ke satu arah dengan pakaian tuxedo hitam.

"Hari ni harinya kan?" Soal Aminudden.

"Yeah..betul la tu.." jawab Luqman dan ketika itu kelihatan Stella serta Elizabeth di tepi ruang legar.

"Kak Stella,kak Elizabeth.." tegur Luqman.

"Luqman..Aminudden.." ujar Elizabeth tersenyum.

"Kenapa kat sini?" Soal Luqman kehairanan.

"Yela kak...kenapa tak pergi terus?" Soal Aminudden pula.

"Boleh ke kami sertai?" Soal Stella dengan memegang gaun paras bawah lututnya.

"Emm...kami ni bukan orang sini.." ujar Elizabeth sambil memeluk tubuh,gaya gaun milik Elizabeth berwarna pink dan labuh sehingga buku pergelangan kakinya.

"Kak Stella..kak Elizabeth..." panggil Aminudden dan dua orang gadis itu menoleh ke arahnya.

"Kamu berdua cantik..elegan..terbaik.." ujar Aminudden lagi dengan tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya,Stella dan Elizabeth merah padam air mukanya lalu memalingkan wajah mereka daripada Aminudden.

"Huh? Aku ada salah cakap ke?" Soal Aminudden dan Luqman sekadar mengangkat bahunya.

"Ouh my gosh..that kid only 15..but he's charming..." ujar Elizabeth dalam hatinya sambil menekan dadanya,jantung dia berdegup kencang.

"Ha..this boy..." Stella menahan nafasnya tercungap-cungap,mukanya merah padam memikirkan Aminudden ketika senyum.

"Hey lady..." Stella dan Elizabeth serentak menoleh,Aminudden dan Luqman menghulurkan tangan masing-masing.

"Shall we?" Kali ini mereka lebih teruk serangannya,tadi Aminudden kali ini sekali dengan abangnya iaitu Luqman.

"Okay..." Elizabeth mengalah begitu juga Stella,menyambut tangan mereka berdua.

Jamel pula bersama Jane dan Maria berjalan menuju di ruang legar istana,Jamel melonggarkan tali lehernya biarpun dileteri oleh Jane. Tuxedo putih dipilih oleh Jane sendiri,kerana Jamel bukan jenis suka melaram. Maria hanya memerhatikan gelagat dua pasangan di hadapan matanya,dia menoleh ke luar tingkap dan hanya tersenyum malah teringat kepada Zero.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now