CHAPTER 77 : TWIN DRAGON

2.1K 138 4
                                    


Angin bertiup kencang dan seseorang berdiri melihat kawasan perkampungan yang jelas baru lepas terkena serangan,rambutnya beralun apabila ditiup angin kuat. Seorang gadis menghampiri daripada belakang,namun langkahnya terhenti kerana raut air muka lelaki yang serius itu.

"Syafina?" Lelaki itu menoleh ke belakang.

"Bagaimana?" Soal gadis bernama Syafina.

"Bagaimana Element Knights yang lain? Dapat hubungi?" Soal lelaki berkaca mata itu,Syafina mengangguk sambil menahan angin yang kencang. Kemudian seseorang muncul dipertengahan kampung yang separuh musnah itu.

"Bang...." ujar pemuda itu,Farhan Tuzeman berjalan menghampiri pemuda berkaca mata.

"Farhan...bagaimana ada yang terkorban ke?" Soal lelaki tersebut.

"Hmm alhamdulillah tiada bang...tapi kita kena mintak bantuan si Ikhwan tu.." ujar Farhan dan menoleh ke belakang,ke arah kampung tersebut.

Dia masih lagi keadaan kejadian kampung itu diserang,tiada petanda dan ketika itu dia bersama abangnya Taufeq Tuzeman sedang minum petang. Nasib baik dia dan Taufeq ada ketika itu,memberi bantuan apa yang patut kerana penyerangnya tidak kelihatan.

"Soufy sibuk...Hamizi ada di luar negara...dan Rasyid dalam perjalanan.." Syafina mencelah dari tepi,Taufeq menghela nafas pendek dan mengangguk faham.

"Han...kau panggil si Wan tu.." ujar Taufeq dan Farhan mengangguk,telefon pintar visual ditekan dan nama Ikhwan dipilih.

"Asalamualaikum?" Sapa Farhan memberi salam sebaik sahaja Ikhwan menyambut panggilannya.

"Waalaikumussalam...jarang kau call aku ni..ada apa-apa yang aku boleh bantu?" Suara Ikhwan muncul,Farhan tersenyum lega.

"Ada kawasan perkampungan kena serang..jadi aku minta kau bantu aku menyiasat..." ujar Farhan tenang.

"Hmm....kau dah pastikan tiada yang tercedera?" Soal Ikhwan lagi.

"Ya...tiada yang terkorban,itu pasti.."

"Better kau check kawasan bawah tanah...." Ikhwan memberi cadangan.

"Apa maksud kau? Mana ada bilik bawah tanah di sini?" Farhan terasa pelik dengan cadangan Ikhwan.

"Just do it..i'll be there in 20 minutes.." ujar Ikhwan mematikan talian.

"Huh? Hey..." belum sempat Farhan bertanyakan lagi soalan,Ikhwan telah memutuskan talian.

"Macam mana?" Soal Taufeq dan Farhan menoleh ke arahnya.

"Dia suruh kita periksa kawasan bawah tanah,dan akan sampai sini dalam masa 20 minit..." jawab Farhan.

"Periksa kawasan bawah tanah...?" Taufeq mula kehairanan.

"Jangan tanya aku...dah pening ni..hmm?" Farhan menyedari kehadiran Rasyid.

"Bila dia sampai?" Soal Farhan lagi memandang ke arah Rasyid yang sedang berbual dengan penduduk yang terselamat.

"Masa kau tengah call Ikhwan.." jawab Taufeq sambil memeluk tubuhnya.

Farhan sekadar mengangguk dan berjalan memasuki semula kawasan perkampungan,dia meninjau keadaan sekeliling kemudian memerhatikan lokasi serangan. Dia perasan tidak kesemua kawasan kampung diserang,lantas dia mengingati kata-kata terakhir Ikhwan sebelum mematikan talian.

Kau rasakan aliran udara di situ..kau akan faham maksud..aku...

"Hmm..." Farhan memandang sekeliling kawasan,dia mula merasai aliran udara bawah tanah. Taufeq hanya memerhatikan tindak-tanduk adiknya,menunggu tindakan seterus daripadanya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now