CHAPTER 83 : HARRIS AND MAI

1.8K 139 15
                                    

Ikhwan dan Farhan serta Amien memasuki hutan,mesin yang menyerang mereka diletupkan oleh Amien sehingga melambung jatuh di tepi pantai pulau. Farhan melihat kiri dan kanan,dia memerhatikan keadaan hutan tersebut.

"Hey..Wan,kau tak terasa sesuatu ke?" Soal Farhan menyentuh bahu sepupunya itu.

"Yeah...tapi dia tidak lakukan sebarang tindakan,jadi biarkan je la.." balas Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Okay if you say so..." ujar Farhan mengangkat kedua bahunya,Amien sekadar menghela nafas pendek.

Satu sudut lokasi yang tersembunyi,Kennedy memerhatikan sahaja dari monitor kamera litar tertutup yang mana imej Ikhwan bersama dua orang rakannya. Matanya merenung tajam ke arah Ikhwan,dia menyimpan dendam kesumat pada Ikhwan.

"Tuan Ken...sini..." salah seorang yang sedang mengawasi kamera memanggilnya.

"Kenapa?" Soal Kennedy.

"Tuan tengok ni..ini rakaman sebelum putera Mentari dan dua orang rakannya mendarat di pantai.." ujar orang yang mengawasinya.

"Put on screen...." arah Kennedy dan orang itu mengangguk,kemudian dia menaip sesuatu lalu muncul rakaman yang mengejutkan Kennedy. Rakaman seorang lelaki berhud bersama seorang perempuan bertopeng menyelinap masuk ke kawasan mereka,Kennedy mengetap giginya menahan geram kemudian dia segera berjalan menuju ke pintu keluar.

"Tuan Ken?" Soal orang yang sedang mengawasi kamera itu.

"Aku nak uruskan 'tikus' kamu semua teruskan perhatikan tiga orang penceroboh tu..." arah Kennedy dan masing-masing mengangguk faham.

Ikhwan masih lagi berjalan sekitar kawasan hutan,Farhan dan Amien sekadar mengekorinya sahaja. Ikhwan menyedari lama kewujudan kamera yang merakam kehadiran mereka,kemudian Ikhwan sekadar senyum sinis. Farhan dan Amien berpandangan kerana bagi mereka,apabila Ikhwan tersenyum seperti itu petanda tidak baik. Pedangnya dalam 4 bilah diseru,Farhan dan Amien masih tidak faham dengan tindakan Ikhwan. Lantas Ikhwan memetik jarinya dan keempat-empat pedang itu,meluru ke arah kamera yang merakam tindak-tanduk mereka. Seluruh monitor di bilik pengawasan terus kabur,tiada lagi imej Ikhwan dan Farhan serta Amien.

"VIDEO LOST!!" Jerit salah seorang dari yang mengawasi kamera litar tertutup itu.

"Ouh..ada kamera litar tertutup...tak tahu..." ujar Farhan menggaru dagunya yang tidak gatal,Ikhwan dan Amien memandang Farhan serentak.

"What?" soal Farhan sedar dua orang rakannya memandangnya blur,Ikhwan dan Amien beredar meninggalkan dengan menggelengkan kepala mereka.

"Woi...apa salah aku weh?" Soal Farhan mengejar mereka.

Pada masa yang sama lelaki berhud itu bersama rakannya perempuan bertopeng,sudah menyelinap masuk ke dalam kawasan gudang. Lelaki berhud itu menjengah dan berjalan sambil menunduk mengelakkan dikesan pengawal yang bertugas,perempuan bertopeng itu hanya mengekori tanpa sebarang soal.

"Kau tak payah main sembunyi-sembunyi la Harris..." satu suara menegur dan lelaki berhud itu memusingkan tubuhnya,menghadap perempuan bertopeng lalu menolaknya ke belakang. Satu tembakan dilakukan dan lelaki berhud itu turut mengelak,tindakan dia menolak perempuan bertopeng itu untuk menyelamatkannya dari terkena serangan.

Serangan dilancarkan berturut dan mereka berdua terpaksa berlari mengelakkan tembakan tersebut,Kennedy mula kelihatan dalam pandangan lelaki berhud itu lantas dia mengeluarkan senjatanya dari jubahnya. Satu tembakan dilakukan mengenai tubuh salah seorang anak buah Kennedy,kemudian perempuan bertopeng itu menghasilkan dagger dengan menyentuh dinding lalu dibaling tepat mengenai kepala seorang lagi anak buah Kennedy. Bunyi tembak menembak dan letupan itu dapat didengari oleh sang naga,Ikhwan menoleh ke arah Farhan serta Amien.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now