CHAPTER 29 : MISUNDERSTANDING

2.2K 142 6
                                    

Bilik Pejabat Raja Solleh Darius
6.30 AM after subuh.....

Raja Solleh memerhatikan sebilah pedang besar yang disimpan pada sebuah peti,berwarna hitam dan kelabu bercampur perak. Dia mengusap janggutnya yang tebal keputihan,dia hanya mendiamkan diri sambil melihat pedang besar tersebut. Sacred Royal Blade nama diberi dan ia adalah pedang turun temurun bagi keluarga kerabat diraja,namun raja Solleh agak risau kerana hanya dia sahaja yang mampu menghayunkan pedang tersebut.

Raja Solleh ada juga memanggil keempat puteranya,iaitu Aswandy,Reezal,Yusri dan Raffie untuk mengangkat pedang besar tersebut. Namun kesemuanya menghampakannya,ketika Ikhwan masih lagi muda dan raja Solleh tidak bersedia untuk memintanya untuk mengangkat. Dia mengusap dan membelai pedang itu secara lembut,pedang yang bertahun membantunya untuk melawan musuh durjana.

Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk dan raja Solleh segera menutup semula peti tersebut,dan menghampiri pintu biliknya lalu dibuka. Ikhwan muncul di hadapannya,dia sekadar tersenyum melihat putera bongsunya datang melawatnya. Dia jengah ke belakang Ikhwan,ternyata Alisa turut bersamanya. Macam belangkas...bagus bagus.....

"Anakanda awal-awal pagi datang....ada apa-apa ke?" Soal raja Solleh tersenyum,Ikhwan menggelengkan kepalanya.

"Ni kami ada bawa sarapan,bonda tak habis-habis bebel pasal ayahanda tidak bersarapan...." kata Ikhwan menunjukkan teko dan cawan,yang berada di atas dulang titanium. Alisa menekup mulut menahan ketawa,raja Solleh hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ouh....bonda kamu memang macam tu,mari masuk....jangan berdiri kat luar...Alisa sekali...temankan ayahanda..." ujar raja Solleh pelawa Ikhwan dan Alisa memasuki bilik pejabatnya.

"Terima kasih raja...." kata Alisa menunduk.

"Panggil ayahanda...kamu berdua dah bertunang bukan?" Raja Solleh tersenyum sambil duduk di meja,Alisa tersipu-sipu malu dan Ikhwan pula menuangkan air teh'o panas di cawan masing-masing.

"Baik ayahanda..." Alisa mengangguk menurut kata-kata raja Solleh.

"Eh memaksa orang pulak,orang tua ni...herr..." kata Ikhwan mengangkat sebelah keningnya.

"Kau pehal? Tak puas hati? Nak gaduh cakap ah..." kata raja Solleh selamba berseloroh,lantas dua beranak melagakan kepala mereka. Alisa ketawa kecil melihat gelagat dua beranak itu,Yusri yang berada di bilik pengawasan kamera sekadar menggelengkan kepalanya.

"Oh ye...Ikhwan...." raja Solleh memulakan kata-katanya.

"Ye ayahanda..? Ada apa?" Ikhwan menoleh ke arah ayahandanya.

"Kamu nampak peti tu?" Raja Solleh menunjukkan ke arah peti berwarna perang kehitaman,agak gelap dan sedikit klasik.

"Kenapa dengan peti buruk tu?" Selamba Ikhwan berkata.

"Buruk kamu kata? Itu menyimpan Sacred Royal Blade kamu tahu?" Ikhwan membulatkan kedua anak matanya,terkejut dan patutlah dia merasai tekanan kuasa yang kuat setiap kali dia memasuki bilik pejabat ayahandanya. Namun dia fikirkan itu mungkin kuasa ayahandanya,dia sekadar mendiamkan dirinya.

"Okay.....then what?...." Ikhwan menyoal dan Alisa hanya mendengar sahaja.

"Ayahanda tengah cari pengganti pemilik pedang itu...lagipun kamu tak berminat untuk jadi raja..." raja Solleh hanya menghela nafas pendek.

"Ayahanda simpan la dulu...nanti kalau anakanda nak..datang ambil la...." Ikhwan berkata selamba dan raja Solleh hanya ketawa mendengarnya.

"Empat-empat kanda kamu pun tak mampu nak angkat...jadi mampu ke?"

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now