CHAPTER 85 : TIME TO ACT

1.7K 148 10
                                    

Ikhwan terkejut dengan Alisa yang muncul sebaik cahaya teleport hilang,Stella dan Elizabeth turut bersamanya. Farhan tersenyum dan Z hanya memeluk tubuhnya sahaja,Harris dan Mai berpandangan tidak faham dengan apa yang berlaku.
Amien pula sekadar memerhatikan sahaja dari tepi,Ikhwan melangkah ke arah Alisa dan memegang kedua bahunya.

"Apa yang kamu buat di sini? Bukan ke saya cakap...tunggu di istana...?" Soal Ikhwan bertalu-talu dan menjeling ke arah Stella serta Elizabeth.

"Jangan marahkan mereka,saya cuma minta mereka iringi saya ke sini..." ujar Alisa mempertahankan mereka berdua,Stella hanya mendiamkan diri bersama Elizabeth.

"Awak kenapa datang sini..? Saya dah nak balik..." ujar Ikhwan merenung tunangnya,Alisa membalas pegangan tangan Ikhwan.

"Saya risaukan awak tahu...sebab itu saya datang..lagipun..." Alisa menghentikan kata-katanya,dan menoleh ke arah gudang lama tersebut.

"Alisa?" Ikhwan kehairanan dengan tindak-tanduk Alisa.

"Ikhwan...awak ada periksa satu pulau ini?" Soal Alisa.

"Err...tak?" Jawab Ikhwan.

"Saya dengar bunyi detik dan ia semakin laju...." jelas Alisa dan Ikhwan menyedari sesuatu.

"GUYS! FLY! THIS ISLAND WILL GONNA BLOW!!" Jerit Ikhwan pada yang lain,Farhan terkejut mendengar amaran Ikhwan. Amien tersengih dan menoleh ke arah gudang lama,Harris dan Mai berpandangan.

"Ada bom??" Elizabeth memeluk lengan Stella dia mula ketakutan.

"Alisa...ada berapa masa lagi?" Soal Ikhwan.

"Tidak sampai 10 saat..." jawab Alisa turut kerisauan,Z yang mendiamkan dirinya menghela nafas pendek.

"GUYS!" Jerit Z dan mereka memandang ke arahnya.

"Datang dekat dengan aku....cepat!" Ujar Z dan Ikhwan menoleh ke arah Alisa semula,Alisa mengangguk supaya mengikut sahaja.

"Okay rapat sini dengan aku..." Z memberi arahan,Ikhwan hanya menurut dan yang lain menyusul. Sebaik sahaja mereka berkumpul rapat dengan Z,bom yang dimaksudkan oleh Alisa kiraannya hanya tinggal lima saat.

5......

4......

3.....

2.....

1.....

Tit!

"Here come the impact..." ujar Alisa berbisik pada Ikhwan.

BOOOMMM.....!!!!!!!

Letupan yang kuat menghancurkan pulau tersebut,Kennedy yang ketika itu sudah berada di kapal armada menoleh ke belakang. Dia tersenyum puas apabila pulau tersebut hancur,kemudian dia memalingkan badannya semula ke depan. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia terasa daya bunuh yang amat kuat. Dia mengambil binokular dan zum ke arah daya bunuh yang kuat itu datang,kemudian dia terkejut melihat bola yang besar di mana dalamnya ada Ikhwan bersama yang lain.

"Phew...nasib baik sempat..." ujar Z tersenyum dan bola lutsinar yang bercorak magik itulah yang melindungi mereka.

"Ikhwan?" Alisa terkejut apabila Ikhwan menyeru meriam naganya,Z seperti faham permintaan Ikhwan dan memberi kuasa tambahan padanya.

"Z?" Ikhwan terkejut apabila abiliti dan daya serangan semakin kuat,kemudian bola magik itu dihasil lubang untuk Ikhwan melakukan serangan.

"Aku kuatkan daya serangan kau...2 kali ganda..." ujar Z dan Ikhwan hanya tersenyum sahaja.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now