CHAPTER 79 : GOLDEN GUY

2K 141 27
                                    

Malam masih panjang dan suasana perkampungan di mana Ikhwan serta sahabatnya yang lain berada,mereka menyiasat mengenai serangan misteri ke atas kampung tersebut. Selain itu Ikhwan turut menyiasat mengenai kes eksperimen yang pernah berlaku 10 tahun lalu,dia meminta pertolongan sepupunya Farhan Tuzeman. Sepupu sama seperti dia iaitu salah seorang lima elemen naga,Wyvern penguasa elemen angin.

"Gelap betul bilik ni,i can't see a thing.." ujar Farhan dan Ikhwan mengepalkan penumbuknya,api merah dinyalakan dan menerangi kawasan bilik tersebut.

"Ha...good we got torchlight over here..." ujar Farhan selamba dan Ikhwan sekadar menjeling,nasib baik sepupu kalau tak...

"Kau nak rasa duk sehari dalam hospital tak? Pakej aku support...macam mana?" Kata Ikhwan selamba tersenyum.

"Gurau kasar tu...tak apa-apa walaupun menarik tawaran kau tapi aku still lebih suka duk rumah sendiri.." jawab Farhan sambil menelan air liur.

"Okay guys ...that enough.." kata Taufeq meleraikan pertelingkahan adiknya dan sepupunya.

"We should focus on mission remember?" Ujar Syafina mencekak pinggang,Rasyid hanya menggelengkan kepalanya.

"Takpe..ada lori ada bas.." ujar Ikhwan selamba dan Alisa hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Okay guys....ni tempat apa huh? Siap ada spatula dengan pisau doktor berselerak?" Syafina mengalihkan topiknya.

"Hmm...maybe ini kawasan tempat pembedahan.." satu suara menegur dan mereka serentak menoleh,malah melakukan posisi bersedia dan Ikhwan terus membaling apinya ke arah datangnya suara itu.

"Woo...! Lek...lek..." Ikhwan terkejut dan menghela nafas lega,dan yang lain turut sama. Soufy Elias tersengih melihat reaksi mereka,Rasyid terus mengaktifkan bara api merahnya.

"Kau kalau aku buat BBQ jangan tanya kenapa...." ujar Rasyid bengang ditakutkan oleh sahabatnya sendiri.

"Woo...jangan la marah,penat aku berkejar ke sini...hehe..." ujar Soufy mengangkat tangannya tanda supaya menyuruh Rasyid bertenang.

"Baiklah..korang shall we continue.." ujar Ikhwan yang memerhatikan mereka dengan muka blur dan sambil memeluk tubuhnya.

"Woopss....sorry-sorry.." ujar Rasyid dan Soufy hanya menjeling sahaja.

"Jadi sini ada berlaku pembedahan haram la ye..?" duga Taufeq dan Ikhwan hanya mendesah sahaja,kemudian dia menggelengkan kepalanya sahaja.

"Ikhwan?" Farhan kehairanan dengan reaksi sepupunya itu,Alisa pula seakan faham dan mendiamkan diri sahaja.

"Kalau kau ada maklumat,beritahu la..." ujar Taufeq menoleh ke arahnya.

"Aku rasa sini bukan setakat pembedahan haram sahaja...." ujar Ikhwan memulakan bicaranya,Soufy pula hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Aku syak sini dijadikan tempat eksperimen manusia...eksperimen untuk menjadikan manusia sebagai senjata..Soufy aku yakin dalam masa 10 tahun ini ada kes kehilangan bukan?" ujar Ikhwan memandang ke arah Soufy yang menghela nafas pendek sebaik sahaja Ikhwan menyoalnya.

"Yeah...dalam jangka masa 10 tahun kes kehilangan meningkat sehingga 100 orang setiap tahun..." sebaik mendengar penerangan Soufy,masing-masing tergamam dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek. Soufy menjeling ke arahnya dan Ikhwan faham lalu mengangguk.

"Kes ini bermula semasa 10 tahun lepas,di mana Yayasan Perlembagaan Anak Yatim yang dibantu oleh Ikhwan sendiri dan puteri ketiga...diletupkan tanpa sebarang sebab pada waktu malam..." sekali lagi mereka terkejut dan menoleh ke arah Ikhwan,Alisa pula sekadar menunggu reaksi daripada Ikhwan.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now