Bonus 2 : Next Generation

1.7K 138 0
                                    

Aminudden mengatur nafas dan Ikhwan memerhatikannya dengan memeluk tubuhnya,kemudian Ikhwan menghela nafas pendek dan beberapa pedang muncul terapung mengelilinginya. Luqman dan Intan memerhatikan mereka berdua dari jauh,Alisa sekadar mendiamkan diri sahaja.

"Sedia?" Soal Ikhwan.

"Sedia.." jawab Aminudden.

Ikhwan menghalakan tangannya pada Aminudden,dan bulatan magik muncul pada permukaan bawah di mana Aminudden berdiri. Luqman dan Intan ternganga kagum,Alisa melihat dengan muka bersahaja. Pedang Ikhwan yang mengelilinginya,mula bercahaya dan bersinar lalu berhenti bergerak.

"Atas nama pemilik Pedang Ribuan,sini aku Ikhwan Al'Solleh memilih pengguna baru bagi Pedang Ribuan..." keadaan sekeliling mula bertiup kuat,Aminudden pula sedikit demi sedikit mengaktifkan kuasanya bersedia menerima Pedang Ribuan daripada Ikhwan.

"Pemilik baru,Aminudden Al'Reezal!" Sebaik sahaja Ikhwan habis berbicara,sepuluh pedang yang terapung meluru masuk ke dalam tubuh Aminudden satu persatu.

"Ergh!" Aminudden menahan kesakitan.

"Tahan,Aminudden...cuma bertahan.." ujar Ikhwan dengan tegas,namun dia tetap risaukan keadaan anak saudaranya.

"Abang Aminudden tu..akan okay ke?" Soal Intan risau melihat keadaan abangnya menahan sakit apabila menerima kemasukan pedang yang ketiga.

"Abang..?" Soal Intan lagi menoleh ke arah Luqman,namun Luqman tidak dapat menjawab soalan adik perempuannya itu.

"Just believe in him,Intan..." ujar Alisa sambil memegang bahu Intan.

"Argh!!" Aminudden melutut sebaik sahaja pedang yang keenam masuk ke dalam tubuhnya.

"Bangun Aminudden! Kau boleh tahan kesakitan seperti ini..kau boleh lakukannya!" Tegas Ikhwan.

"Tapi kan...kenapa dipanggil Pedang Ribuan..tapi yang nampak cuma sepuluh bilah sahaja...?" Soal Alisa.

"Kalau tidak silap satu pedang boleh menjadi kepada bilangan yang banyak..." jelas Luqman sambil memeluk tubuhnya.

"Sebab itu dipanggil Ribuan Pedang?" Soal Alisa lagi.

"Emm..." Luqman mengangguk lemah.

"Argh!! Ha..ha..ha.." Aminudden masih mampu berdiri sebaik sahaja menerima pedang yang terakhir.

"Tahniah Aminudden...kau berjaya bertahan.." ujar Ikhwan menghulurkan tangannya pada Aminudden,tanpa sebarang curiga dia menyambut tangan bapa saudaranya.

"Huh?" Alisa dan dua beradik itu terkejut,apabila Aminudden tubuhnya bersinar seolah-olah Ikhwan sedang melakukan sesuatu.

"Eh? Hmm...?" Aminudden memeriksa keadaan tubuhnya,dari lengan ke pergelangan tangan. Selepas itu pula kakinya digerakkan kedua-duanya,kemudian bahagian belakang badan cuba dijengah.

"Kau kenapa? Aku tak ada buat apa-apa pun.." ujar Ikhwan dan tangannya menyeluk pada kedua saku seluarnya.

"Tapi badan bersinar tiba-tiba..?" Soalan Aminudden disambut senyuman oleh Ikhwan.

"Kau ada serpihan kuasa api biru pak cik dalam badan kau.." jelas Ikhwan.

"Jadi..." belum sempat Aminudden bersuara,Ikhwan sudah memotongnya.

"Tapi kalau pak cik tak buat sesuatu,api biru tu boleh memakan kamu..." jelas Ikhwan.

"Erk..?" Aminudden berundur setapak ke belakang.

"Apa yang cik Ikhwan cakap kat abang Angah tu? Sampaikan Angah macam takut je...?" Ujar Intan kehairanan melihat perbualan dua orang lelaki tersebut.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now