CHAPTER 89 : COUSIN

1.7K 139 1
                                    

"Rey?"

Ikhwan terkejut apabila gadis itu adalah rakannya,dia cuba merasai daya tekanan negatif ketika itu. Namun tiada dan Rey tiada tanda menunjukkan diancam,bahunya dicuit oleh Alisa.

"Alisa?.."ujar Ikhwan berbisik.

"Awak nak tahu sesuatu...kanak-kanak itu juga koma..." ujar Alisa turut berbisik.

"Ha...? Tak mungkin..."balas Ikhwan.

"Ya...seperti ada sesuatu menahan mereka untuk bangun..."kata Alisa.

"Huh? Tapi apa?..."soal Ikhwan.

Jari Alisa dirapatkan pada bibir Ikhwan,tanda meminta Ikhwan mendiamkan diri. Ikhwan menoleh semula ke arah tempat mereka,kanak-kanak itu masih bermain. Kemudian Ikhwan memerhatikan jam di tangannya,masih ada lima belas minit dan ketika itu sesuatu melompat dari satu tempat.

"Kim! Jill! Ran! Sini cepat!" Jerit gadis tersebut dan kanak-kanak tersebut berlari mendapatkan gadis itu.

Ikhwan mengamati benda yang besar itu mendarat tidak jauh dari empat orang tersebut,spirit beast jenis apa ni? Soal Ikhwan dalam hatinya,Alisa hanya memerhatikan sahaja benda tersebut. Kemudian Ikhwan seperti mengingati sesuatu tentang bentuk badan raksasa itu,lantas Ikhwan terus menyalakan api birunya. Dia meluru keluar dari tempat persembunyiannya,makhluk yang aneh itu terkejut menyedari kehadirannya. Gadis tersebut turut sama terkejut,Ikhwan terus melakukan satu pukulan pantas dan deras mengenai badan makhluk tersebut lalu menyebabkannya tercampak ke belakang.

"Ikhwan?" Gadis itu terkejut apabila orang yang mustahil dia jumpa,berdiri di hadapannya dan baru sahaja menyelamatkannya.

"Rey are you okay?" Soal Ikhwan dan Alisa muncul menghampirinya.

"Yeah...but how do you get in here..in this world?" Soal Rey.

"Harris yang tolong...buka pintu dunia mimpi..." Ikhwan tidak jadi terus berkata-kata apabila makhluk itu menjerit.

GROAHHH...!!!

Ikhwan sekadar mendesah sahaja apabila makhluk tersebut meluru ke arahnya,Ikhwan menoleh ke arahnya dan mengangguk lalu dengan pantas Ikhwan sudah berada di hadapannya. Makhluk itu terkejut dan kepalanya dicengkam oleh Ikhwan,tangannya mencengkam dengan kuat sekali. Rey terkejut dengan kelajuan Ikhwan,Alisa sekadar memerhatikan sahaja.

"Suka ambil roh orang ya?" Ikhwan menyalakan api birunya dengan lebih marak.

"ORAHHH....!!!!" Ikhwan menghayunkan penumbuknya tepat ke perut makhluk itu,kemudian tangan kirinya pula menghinggap ke muka makhluk tersebut. Serangan Ikhwan dilakukan berkali-kali sebelum dilepaskan satu tumbukan padu,lalu terbakar dan akhirnya menjadi debu tanpa sebarang sisa kelihatan.

"Hebatnya...." ujar kanak-kanak itu dan yang lain bersorak.

"Rey..." ujar Ikhwan sebaik menghampirinya,Alisa hanya memerhatikan sahaja.

"Jom balik..." kata Ikhwan lagi.

"Saya tak boleh..." jawab Rey.

"Kenapa Rey?"

"Mereka..." Rey menoleh ke arah kanak-kanak yang bersamanya.

"Jadi awak tidak mahu kanak-kanak ini diancam di sini?" Soal Ikhwan dan Rey mengangguk.

"Haa...i guess don't have a choice.." ujar Ikhwan dan rambutnya berubah biru,kemudian tangannya diangkat ke atas. Rey dan kanak-kanak itu serta Alisa kehairanan,tidak faham dengan tindakan Ikhwan.

"Masa hampir 10 minit...aku pula malas nak mencari,jadi gunakan cara ini sahaja..." ujar Ikhwan dan tubuhnya diselubungi api biru,tangannya diturunkan lalu dibentuk silang X dan api biru menyelubungi tubuhnya semakin marak.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now