CHAPTER 12 : 6 COBRA KNIGHT

2.3K 157 0
                                    

Luqman P.O.V

Aku mengekori adik aku,Aminudden menyelinap masuk ke dalam kampung tanpa disedari oleh pengawal Black Cobra. Aminudden wajahnya serius dan ini kali pertama dia begitu,kebiasaan dia di luar medan pertempuran hanya bermain-main sahaja.

Jika benar cik Reena masih hidup,jenazah semasa pengkebumian itu milik siapa? Malah wajah seiras dan tak mungkin jika jantung ditikam,boleh berdegup kembali. Sedang aku mencari fakta,tiba-tiba sahaja aku ditarik serta tertiarap. Aku amat tahu ini kerja adik aku,Aminudden segera meletakkan jari telunjuk pada bibirnya apabila aku ingin berkata sesuatu.

"Shhh....ada orang.." bisiknya perlahan namun jelas kedengaran.

"Huh?" Aku menoleh ke arah lain,beberapa orang sindiket itu sedang melalui kawasan yang kami berada. Aminudden mengesot seperti gaya askar,dan menjengah melalui celah-celah daun yang tinggi. Mujurlah mereka tidak rajin,membiarkan lalang tinggi adalah salah satu kelebihan pada kami.

"Ramai pula orang kali ni..." ujar aku dan Aminudden sekadar mendesah.

"Mungkin sebab drone yang kita musnahkn tu..." ujar Aminudden.

"Yelah...mesti diorang datang balik selepas kita beredar...tapi.."

Tapi apa?"

"Jika mereka sedar drone mereka dimusnahkan,kenapa tidak masa itu juga mereka datang back up?" Aminudden mengangguk kerana itu menjadi tanda tanya,aku menggaru dagu lalu perasan kewujudan lelaki yang kami amat kenal.

"Raven Nightmare...." ujar aku perlahan serentak,Raven sedang berbicara sesuatu pada salah satu pengawal.

"Sabar...dulu..mereka terlalu ramai..." Aminudden menghalang apabila menyedari aku bangun.

Niat aku terpaksa batalkan dan kini kami berada di kawasan semak itu,sehingga mereka beredar kesemuanya. Namun Raven masih berada di kampung itu,kemudian dia seperti melihat ke arah satu arah. Seperti dia sedang menunggu seseorang,betul jangkaan aku dan orang itu tidak dapat dilihat wajahnya.

"Perempuan..." ujar Aminudden dan seperti mengingatkan sesuatu.

"Tak nampak muka,dia pakai hud..." kata aku menoleh ke arah Aminudden.

"Masa aku ternampak orang yang menyerupai cik Reena,macam itu la pemakaian...dia" aku hanya mendiamkan diri,aku toleh semula ke arah Raven yang berbicara dengan perempuan misteri itu.

"Why i feel so calm and warm,when i look at that mystery woman?" Soal Aminudden menggigit bibirnya,dia seperti mengenali wanita misteri itu jika aku melihat reaksi adik aku.

"Even i don't know her..." katanya sekali lagi,dan aku perasan Raven tersenyum. Aku tidak cakap bohong,Raven tersenyum dengan perasaan tenang dan bukan dengan penuh muslihat. Raven mengangguk selepas wanita itu berkata sesuatu,kemudian dia segera beredar meninggalkan wanita tersebut.

"Orang berada di semak tu,keluar..." ujar wanita itu tidak memandang ke arah kami. Kacau!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Ikhwan P.O.V

Aku dan Alisa tiba di kampung terbiar,kereta aku letak di tepi jalan. Aku menjengah dari dalam,melihat keadaan kampung terbiar itu. Apabila sebelah malam agak menakutkan,namun apabila waktu siang pula begitu sunyi dan kawasan kampung ini jauh dari kota. Aku tidak hairan kenapa kampung ini ditinggalkan,Alisa pula memandang kiri dan kanan,riak air mukanya kelihatan risau sesuatu.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now