CHAPTER 22 : THE WRATH OF BLUE FLAME

2.3K 175 18
                                    

Awan mendung diperhatikan sepasang mata,guruh berdentum kilat menyabung silih berganti. Raven mendongak selepas beberapa langkah,orang ramai tidak mengendahkannya dan terus berjalan. Cermin mata dipakai dan Raven kembali meneruskan langkahnya,kemudian dia menyedari perempuan berhud di hadapannya. Sekadar menghela nafas dan berjalan dan perempuan berhud itu mengekorinya.

"Sampai bila kita kena macam ni?" Soal Raven tidak menoleh ke arah perempuan berhud itu.

"Apa maksud awak?" Perempuan berhud itu tidak faham,Raven menghentikan langkahnya dan pada masa yang sama hujan mula turun.

"Kau patut fikirkan perasaan Ikhwan..." kata Raven menoleh ke arah perempuan berhud itu,siapa sebenarnya perempuan di sebalik hud dan apakah motif sebenar Raven? Kilat menyabung dan guruh berdentum kuat,awan semakin gelap dan hujan semakin lebat.

"Wah.....hujan lagi!" Luqman mengintai ke luar dari tingkap,komputer baru sahaja dimatikan. Aminudden pula yang mengangkat dumbbell menoleh ke arah tingkap juga,sekadar mengeluh kepenatan dia hanya meletakkan semula dumbbell tersebut.

"Sekarang kan musim panas,bagus juga hujan..." kata Aminudden mengelap peluh,dia menoleh ke arah pintu sebaik terdengar bunyi ketukan pintu.

"Siapa pula tu?" Soal Luqman sambil melihat Aminudden berjalan ke arah pintu,lantas pintu dibuka oleh Aminudden dan Intan segera menerpa masuk memeluknya.

"Intan?" Aminudden terkejut dan Luqman pula hanya menyandar di kerusi malasnya,yang biasa digunakan untuk bermain permainan video online.

"Abang...." Intan memeluk Aminudden,Luqman pula sudah faham apa yang berlaku.

"Adik kita takut kilat....biar je la..dia duduk sini dulu.." kata Luqman mengambil bekas berisi makanan.

Hujan tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti,Solleh merenung ke luar tingkap. Kerjanya terhenti sebentar dan menghela nafas pendek,dan meletakkan kertas laporan yang diperiksa. Hujan masih lagi turun dengan lebat,pintu bilik dibuka dia menoleh dan Ikhwan memasuki biliknya.

"Ikhwan...jarang anakanda datang ke mari..." kata Solleh tersenyum melihat puteranya menunduk hormat,dia menjengah ke belakang Ikhwan.

"Mana Alisa? Dia tidak bersama kamu?" Soal Solleh hairan,kerana sejak Alisa dibawa ke sini Ikhwan dengan Alisa sentiasa bersama.

"Dia ada di luar ayahanda..."

"Lah....kenapa tidak dibawa masuk sekali?"

"Ayahanda.....ada sesuatu yang saya ingin tanyakan pada ayahanda..." riak air muka Ikhwan berubah,Solleh terkejut dan mengangguk faham.

"Baiklah....tanyalah apa yang anakanda ingin tahu" Solleh memberi kebenaran,sambil mengusap janggutnya.

"Setiap orang ataupun pahlawan di negara ini adakah sama daya ki milik mereka?"

"Tidak mungkin sama,kerana setiap orang berlainan kuasa dan daya ki...kenapa anakanda tanyakan soalan ini?"

"Jika anakanda katakan dapat rasakan daya ki yang serupa dengan kak Reena...apakah jawapan ayahanda?" Soalan Ikhwan mengejutkan Solleh.

"Mana mungkin kita dapat rasakan daya ki yang sama...melainkan" Solleh mula berfikir satu teori.

"Kak Reena masih lagi hidup?" Ikhwan menyambung kata-kata Solleh,kemudian kilat menyabung dan guruh berdentum. Alisa yang berada di luar bilik ketika memandang ke luar tingkap,seperti ada perkara yang dia tahu.

"Mungkin masuk akal teori kamu..." kata Solleh lalu bangun dari kerusinya,dia tersenyum sendirian.

"Ayahanda?"

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now