CHAPTER 92 : UNEXPECTED DISRUPTION

1.8K 136 27
                                    

BOOMM.....!!!!!

Letupan yang kuat diiringi gegaran akibat impak tiga serangan yang kuat bertembung,asap memenuhi ruang bilik dan membuatkan Alisa serta Intan terbatas penglihatan mereka dari sebalik dinding kaca transparent yang tebal. Alisa segera menekan mesin kawalan bilik visual,asap yang tebal disedut oleh sistem khas kemudian kelihatan Luqman dan Aminudden terduduk keletihan. Rambut Aminudden sudah berubah hitam semula,Alisa menarik nafas lega begitu juga Intan.

"Haa....!! Okay cik menang!" Ujar Aminudden terbaring di atas lantai.

"Bila masa pak cik ada cakap sudah habis?" Ikhwan tersengih menyeringai.

"Hoh...?" Luqman terkejut dan tersengih.

"Ouh...shit..." kata Aminudden tersenyum paksa.

"Language bro..." ujar Ikhwan pula dan mengangkat tangannya separuh,pedang yang banyak muncul terapung.

"Hoh?" Luqman tersengih.

"Alamak..." Aminudden pula berundur ke belakang.

"Paksa korang atasi limit korang...kalau kamu berjaya. Tiada siapa dapat halang korang..." kata Ikhwan.

"Pak cik..." Luqman seperti terharu dengan kata-kata ayah saudaranya.

"Sambut serangan ni.." ujar Ikhwan menurunkan tangannya,pedang yang beribu itu menuju ke arah mereka dengan laju.

"Marilah..!!" Luqman kembali kepada synchro mode,rambut tetap sama cuma seperti bercahaya warna kilat putih.

"I'm fired up!" Aminudden kembali berubah warna rambutnya kepada merah.

"That's the spirit.." ujar Ikhwan tersenyum.

"HAHH...!!!!" Jerit dua beradik serentak melihat berpuluh bilah pedang meluru ke arah mereka.

==================

Jamel dan Raven berpandangan di sebuah tempat,kawasan tanah lapang dikelilingi gunung ganang yang tinggi. Angin bertiup deras menerbangkan rambut Jamel yang panjang,Raven membuka baju jaket putihnya dan dilemparkan jauh. Jamel mengikat rambut dengan kemas,mereka berpandangan sekali lagi. Angin masih lagi bertiup deras,diselangi angin sepoi bahasa.

Mereka membuka langkah dan meluru antara satu sama lain,tinju mereka berlaga dan tekanan yang kuat terhasil. Pergerakan mereka sama tangkas,sama hebat dan Jamel membuka luas telapak tangannya. Raven menyedari tindakannya lantas dia segera berundur,Jamel menghayunkan cakaran harimau dan kesan cakaran terhasil dan mengakibatkan kerosakan pada tanah.

Raven tersenyum dan api hitamnya dinyalakan,Jamel teruja kerana dia sudah lama tidak berlatih dengan sahabatnya ini. Raven menghayunkan serangan api hitamnya,Jamel mengelak dengan pantas dan dia tahu api ameterasu adalah api yang membakar sehingga habis.

"Oi ko nak bunuh aku ke pe?" Jamel berkata sambil menghayunkan penumbuknya,ditahan oleh Raven dengan kemas.

"Heh...macam la kau tak boleh elak kan?" Raven memberikan satu sepakan,Jamel dapat menepis dengan mudah.

"Macam tu ya..." ujar Jamel dan kaki Ravem dicengkam,lalu ditarik dan Jamel menumpukan tekanan pada tinju cakarnya. Raven menyedari sesuatu dan Jamel tersengih dengan mengerikan.

"CAKARAN HARIMAU GILA..!!!" Jerit Jamel dengan gaya cakaran dihayunkan dari bawah ke atas,Raven segera melepaskan dirinya serta mengelak dari mengenai cakaran tersebut.

"Woo....agak-agak la.." Raven tersengih memandang Jamel.

"Ala boleh elak kan? Hehehe..." ujar Jamel dan Raven terdiam apabila kata-katanya diberikan semula kepadanya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now